CdiQ™

Saturday, 13 October 2012

Aku dan Psikosomatik

Assalamualaikum wbt.....selamat sejahtera semua.

Didoakan semua anak-anak yang terlibat dengan peperiksaan PMR, peperiksaan akhir tahun dan tahniah buat yang sudah berjaya melepasi UPSR. Semoga semua berjaya. 


Untuk pengetahuan semua, diriku telah alami episod yang sukar sebenarnya. Walaupun ianya berlalu tenggelam dan diubati nan hari-hari berlalu tapi itulah yang aku alami. Aku alami keguguran anak ketiga 5 ramadhan lepas, sudah hampir 3 bulan ianya berlalu. Ramai orang cakap bahawa penjagaan selepas alami keguguran lagi perlu berhati-hati dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding bersalin. Bila search dalam alam maya pun banyak blog bagi pelbagai tips. 

Pertama memang aku rasa kehilangan.......walaupun penampilanku nampak ceria, dah tak sedih dan sibuk melayani suami dan kedua anakku tetapi perasaan risau dan bimbang bersarang dalam diri ini tambah pula dalam masa yang sama aku dikhabarkan kawan baik tika sekolah dulu alami ujian lagi hebat dari aku iaitu mengandung luar rahim. Kasihan lagi dengan dia diberi ujian oleh Allah tambah pula janin membesar di dalam saluran tiub menyebabkan dia bleeding teruk dan kena jalankan operation untuk buang darah yang terkumpul begitu banyak, akhirnya doktor decide untuk ikat saluran peranakkannya dan peluang untuk mengandung lagi hanya 25% sahaja. Dia sebaya aku, masih muda....sesak nafas ku. Bila aku tahu hal ini sedikit sebanyak sebenarnya memberi kesan kepada diriku. Bila masak, bila kemas rumah, bila buat itu buat ini terfikir aja. Bimbang aku kan baru keguguran possibility boleh jadi pada aku tak? Teringat pula time aku kena masuk bilik bedah seorang diri sebab kena D&C (cuci keguguran). Rasa takut, berdebar-debar....macamana mereka yang bersalin operation alami. Perasaan trauma dan fobia tu ada juga sedikit sebanyak. Ish macam-macam terfikir kan? Tambah-tambah tinggal di luar negara ni. (waktu D & C dibuat aku memang tak sedar apa-apa pun). Cuma jangan layan perasaan trauma dan fobia tu....Allah bagi untuk aku rasai pengalaman tersebut.

Kedua mungkin aku sering memikirkan pengalaman kawan tadi....

Ketiga aku berlawan dengan emosi minta Allah jauhkan keguguran lagi, bleeding ke apa-apa yang musibah lagi dan apa berlaku pada kawan baikku semoga dia sentiasa bahagia dengan keluarga tercinta.

Kesannya, tanpa aku sedari aku mula rasa sakit-sakit badan terutama bahagian belakang area pinggang......ikhtiar juga minta siapa yang boleh urutkan. Alhamdulillah lega. Terima kasih pada yang menolong. Bukan mudah kan nak cari yang boleh gurut ni. Nak kata tak jaga makan aku berpantang juga.

Kira-kira 1 bulan selepas itu aku terasa sakit-sakit balik, 2-3 hari bila berjalan terpaksa henjut-henjut rasa sakit bahagian belakang. Sekejap ok sekejap rasa balik. Lepas tu sibuk la pula cari tukang urut lagi.

Jumaat lepas aku dan suami bawa anak-anak pergi riadah di Hadiqah Hussein, hadaiq terbesar Amman (Taman). Sementara suamiku temankan anakanda Irfan main bola aku disuruh juga oleh suamiku supaya jalan-jalan panaskan badan dan anakanda Izzah menemaniku walking exercise. Kira banyak round juga aku berjalan. Lepas itu kami anak-beranak berjalan kaki ke CITYMALL, Amman. Hampir 2 km juga kami berjalan. Di sana pula kami berjalan lagi shopping di hypermarket C4 (saiznya 2x ganda dari C4 alamanda, putrajaya). Bila balik rumah aku terfikir sepanjang pagi berjalan aku langsung tak rasa sakit bahagian belakang. Pup...!!! Ya Allah ....Terlintas dibenakku dah terkena psikosomatik.....

Sebenarnya aku bukan 'sakit' pun tapi perasaan bimbang aku tadi membuatkan aku 'sakit'. Ya Allah lindungilah diriku dan keluarga dibawah lindungan namamu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin.

1 comment:

ummu faqeh said...

bonda Irfan sahabatkku...semoga Allah gantikan yang pergi dengan yang lebih baik..yakin dan redhalah..pasti ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.yang pastinya skrg fikirkan masa depan..jaga diri elok2 bagi segar dan kuat.nak masuk syita' pulak nih..pepepun..jaga diri elok2!aku doakan yang terbaik utk ko!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...