Sekadar perbincangan dalam kaunseling kerjaya.
Kecemerlangan mahasiswa di dalam akademik
semata-mata tidak menjamin masa depan yang cerah tanpa daya
kebolehpasaran yang tinggi.
Naib Canselor universiti itu, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata,
salah satu faktor yang menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan
selepas tamat pengajian adalah kerana tidak berkemahiran dan berdaya
saing.
Belajar di universiti bukan sekadar hadir ke kelas tetapi perlu
mengambil peluang untuk membangunkan diri, berkawan dan membina jaringan
sosial.
Persaingan sekarang tidak sama seperti dahulu, graduan perlu ada
kemahiran berkomunikasi dan berketerampilan untuk merebut peluang
pekerjaan, katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen
Universiti Malaya (Feskum) di sini, hari ini.
Festival lapan hari yang bermula hari ini dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Ghauth berkata, Universiti Malaya turut tidak terlepas daripada
masalah itu bahkan daya kebolehpasaran graduannya kini lebih rendah
berbanding universiti-universiti swasta di negara ini.
Faktor utama yang menyumbang kepada masalah itu adalah keengganan
mahasiswa terlibat di dalam aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan
universiti, katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kakitangan Universiti Malaya mengatasi
kebimbangan tersebut dengan memberi tumpuan kepada aspek penyelidikan.
Ghauth juga menggesa graduan universiti itu mencontohi transformasi
pendidikan universiti-universiti di China yang sudah jauh ke hadapan
dalam usaha mengurangkan pengangguran graduan.
Semasa kunjungan ke China, saya menyedari transformasi pendidikan yang hebat di universiti-universiti di negara itu.
Sistem pendidikan tinggi mereka sudah jauh ke hadapan berbanding negara kita, katanya. (Sumber : Utusan online 1/10/2011)
This is not current issues include abroad or local graduates. Actually this issues long time ago as long as i'm graduate 10 years ago, graduan mestilah mempunyai kemahiran komunikasi dan berketerampilan dalam merentasi persaingan kerjaya. Jika alasan masa dan tumpuan tidak mencukupi jika bergiat aktif di luar kuliah sebenarnya adalah tindakan yang sedikit rugi. Walhal ia mengajar graduan itu dalam erti pengurusan masa dan stres malah dalam masa yang sama mengajar erti kematangan fikiran dan tindakan. Bukankah itu adalah aset untuk kerjaya akan datang.
Ada orang belum digelar graduan telah ditunggu dan ditawarkan segera untuk berkhidmat, ada orang pula sebaliknya. Ini bergantung kepada bidang kritikal ataupun tidak. Apa yang penting graduan itu perlu mempelbagaikan ilmu dan kemahiran bukan hanya bergantung kepada sumber ilmu dalam kuliah semata-mata. Kalau dikira purata ilmu umpama beberapa biji beras berbanding ilmu sebenarnya zaman kegemilangan Islam dahulu.
Buka minda anda dalam menyahut cabaran graduan yang dikehendaki dalam pasaran kerjaya hari ini. Selamat maju jaya.
Sweileh, Amman
No comments:
Post a Comment