CdiQ™

Saturday 28 April 2012

BUnga....berbunga-bunga

Assalamualaikum wbt.....

Berkesempatan juga dapat entry untuk dikongsi bersama-sama walaupun di Malaysia tika ini hangat dengan gelombang BERSIH.

Alhamdulillah dengan IzinNya dapat juga nikmati musim bunga digemari ramai. Kalau arabian musim ni musim berkumpul saudara mara sambil menikmati barbeque. Riuh rendah suara anak-anak jiran berlari sana sini. Rindu pula keluarga besar di tanahair kan?


Buah zaiton yang fresh....cantik kan?
 Awal pagi hari minggu kami sekeluarga jalan-jalan menemani anak-anak ke Hadaiq Sweileh, dekat je dengan rumah kami. Maklumlah waktu pagi ni sunyi sesunyi ye...arabkan suka tidur waktu pagi minggu. Court futsal pun tak ada orang. Sebelum tu ada lah beberapa orang pelajar Thailand duk main bola dengan syabab (pemuda) arab. Lepas tu apa lagi giliran anakanda Irfan pula.






Macam kat Jepun plak

Cantik kan? Allahukhbar...nikmatilah dunia anda...sesungguhnya Allah meletakkan anda dan persekitaran untuk melihat kebesaranNya. Sesibuk mana pun ruangkan jasmani dan rohani padaNya yang satu.

Ila Liqa'

Monday 23 April 2012

Anak & Al-Quran

Assalamualaikum wbt.....


Alhamdulillah bertemu lagi, sama-sama muhasabah mengenai anak-anak dan Al-Quran. Melihat perkembangan anak-anak di depan mata satu anugerah kurniaan Allah s.w.t tidak terhingga. Bila melihat anak-anak arab petah baca surah-surah pendek sejuk mata memandang kan? Anakanda Irfan sudah petah bercakap, 2hb mei ini genaplah empat tahun. Sekarang boleh membaca Iqra buku no. 2.

Mungkin kalangan anak-anak anda kebolehan membaca lagi cepat dari Irfan. Tapi kebolehan anak-anak tak elok dibanding-bandingkan boleh mendatangkan stigma negatif pula dalam diri anak tambah-tambah pula mulut ibu kan makbul je.


Di sini bonda kongsikan dengan anda mengenai ketekunan seorang ibu dalam mengasah minda anak-anak kecil dengan hafazan al-Quran. Boleh dijadikan panduan awal dalam bonda kendalikan anakanda bonda yang dua orang itu...dan juga kawan-kawan di luar sana.

Sunday 22 April 2012

Kahwin ketika belajar

Assalamualaikum wbt.......

Salam sejahtera semua moga sihat selalu. Seronok juga sambil menaip layan IKIM. fm kan? Maklumlah menetap di luar negara ni bukan selalu boleh dengar helwa melayu. Terubat rindu di hati pada tanahair tercinta.....tambah pula sekarang ust Zaharuddin sedang hangat berkumandang mengenai muamalat. Macam-macam persoalan mudah pun ada lagi ditanya oleh pemanggil. Pasal hutang beli emas, hutang bank, jual barang antik dan pelbagai lagi. Nampak sangat ramai orang masih kurang membaca. Betul juga apa yang Prog Dr Muhaya cakap bila tanya 'anda dengar radio IKIM.fm tak?' Tanya jenis radio kegemaran pun dh boleh kategori anda jenis apa.......(maksud beliau mungkin radio IKIM ni banyak ilmu yang anda dapat ketahui selain tau hiburan sahaja. 

Banyak pula celoteh pasal radio kan? Directly on the point....



'Kahwin ketika belajar'....seronok sangat bila buka bab ni. Tengok pula gambar kat atas ni alahai manisnya...bahagianya. Haaa berangan la tu.....

Kalau dulu ustazah Pendidikan Syariah Islamiyah (PSI) masuk bab munakahat memang confirm tak mengantuk dalam kelas. Rasa nak tahu.....nak dengar lagi. Rindu pada celoteh agama ustazah Ramlah sekarang masih mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Moga beliau sihat sentiasa. Sepanjang pengalaman bonda study dulu tak ramai pelajar kahwin ketika belajar maklumlah itu bukan budaya pelajar-pelajar universiti dalam negara. Bukan tak ada langsung tapi masih boleh dikira jumlahnya. Mungkin satu fakulti hanya 2 atau 3 orang sahaja. Itu pun salah seorang pasangan sudah bekerjaya atau sudah matang usianya. Bukan senang tau nak tanggung anak orang. Befday pun nak celebrate sama-sama....tak ada hadiah nanti merajuk panjang pulak.

Perbincangan ini khusus pada mereka pelajar BA atau diploma...kenapa? Sebab mereka ini pelajar yang masih muda usianya mungkin rata-rata adalah baru lepasan SPM atau STPM. Bagi mereka peringkat MA @ Phd lain pula fikrahnya. 

Luaskan pengetahuan anda. Ambil mana yang baik dan buang jauh2 yang negatif. Kahwin ketika belajar sebenarnya tidak salah malah dalam agama digalakkan bagi mereka yang mampu. Cuma yang menjadi check list timbang balik untuk sama-sama direnung kembali adalah kelengkapan ilmu dalam meneroka bahtera rumahtangga. Janganlah hanya tengok persekitaran rakan sebaya kita kahwin kita pun beria-ia untuk ikut jejak langkah. Tanya diri sendiri dulu boleh ke jika diri ini berkahwin dan bergelar isteri dan ibu kepada anak yang bakal lahir (jika perempuan) begitulah juga jika anda adalah lelaki. Jika solat lima waktu pun kawan kena ingatkan bagaimana pula kita nak value diri? Belum tanya lagi bab masak, kemas rumah, urus pengurusan diri.....:).
Saya sedang bercinta. Jadi boleh la kahwin.....

Adik-adik yang dirahmati Allah,
Bercinta dan berkahwin dua alam yang amat berbeza....beza...dan sangat beza. Nak dicintai atau sedang fall in love adalah perasaan normal iaitu setiap orang inginkan perhatian atau disayangi. Dalam psikologi perkembangan ia dinamakan konflik diri sebab kebanyakkannya dialami oleh remaja.

Biasanya ibu bapa penentu, akan cuba menilai kesesuaian calon anak remaja mereka dengan berdasarkan latarbelakang sosioekonomi, etnik dan agama sebab dibimbangi percintaan akan berakhir dengan perkahwinan yang tidak sepadan atau tidak sesuai. Sedih la pulak kan? Tapi ini kenyataan jodoh dan kahwin bukan perkara mudah seperti yang disangkakan. Kalau tak sesuai berpisah la..nanti jumpa lagi kahwin lagi...apa kahwin ni macam ganti baju ke? Ia melibatkan maruah dan agama. Sebab itu juga ada hukum nikah. Apa-apa mintalah pandangan ibu bapa masing-masing elakkan diri hanyut dengan perasaan sendiri.
Banyakkan membaca mengenai cabaran-cabaran, komitmen, tanggungjawab atau bertanya mereka yang berpengalaman menjadi suami, bapa, isteri dan ibu kepada anak-anak dalam merealitikan antara teori dengan realiti. Itu yang sebetulnya bukan main redah aja. Faham pun ikut faham kepala otak sendiri. Bila la berkembang cara fikir kan? Ust Hasrizal pun ada bincangkan SINI . Adik-adik semua faham ini dahulu apa yang perlu
  1. Tanya dan kongsi pendapat ibu bapa dalam mencari calon suami/isteri. Sebab sebarang ciri-ciri itu garis panduan awal untuk mencari calon dan paling penting adalah untuk menjadikan calon ahli keluarga.
  2. Selidiki kriteria calon suami yang boleh bimbing anda sampai ke syurga. (kalau pakat berebut calon semuanya ustaz aja susah juga dahlah jumlah pelajar lelaki graduan agama ni sedikit). Mana tau bukan bidang agama pun sahsiahnya elok janji boleh jadi ikon untuk anak-anak nanti. Jangan pandang rendah.
  3. Selidiki kriteria sebagai isteri solehah ...yang mampu menjaga keluarga, maruah dan menjadi tunjang rumahtangga. Kalau suka merajuk tu macamana? Tak kan setiap kali kena tegur dengan kedua orang tua pun selalu merajuk nanti anak-anak terikut perangai ibu mereka pula. Anda pertimbangkan sendiri.
  4. Tips keluarga bahagia (hubungan komunikasi dua belah pihak, keluarga besar kecil semua mesti diambil kira malah tahu juga untuk meraikan kawan-kawan mertua).
  5. Cabaran bapa/ ibu muda (penjagaan, anak kecil meragam, menyusu macam2 lagi. Jangan pula tiba time tu isteri seorang yang berhadapan dengan ragam anak).
  6. Tanggungjawab suami/ isteri ( yang wajib dipikul, kalau pandang ringan itu yang rumahtangga bergoyah)
  7. Batas-batas pergaulan sebelum@setelah berkahwin (kegemaran ramai apa-apa je dalam fb...hati-hati lah tika add apa-apa gambar dalam fb sebab ramai bukan mahram anda sedang menanti ......nak tengok!!!).
Ambil iktibar adakah diri anda sudah bersedia menerima dan menghadapi kehidupan seperti di atas. Sematkan diri anda remaja-remaja Islam yang bakal menerajui ummah. Jika rumahtangga yang dibina itu tidak kuat maka mudahlah ia goyah. Lemahnya diri goyahlah masyarakat zaman teknologi canggih ini. Bagi anda remaja wanita berdirilah sebagai wanita Serikandi Ummah yang tebal dengan ilmu pengetahuan dan bersedia menghadapi apa jua dugaan. Utamakan zaman menuntut ilmu adalah penting daripada yang penting. Dunia sebenar sedang menanti anda.....

Moga apa yang diatas sedikit sebanyak membantu anda....insyallah dengan petunjukNya dan berkat doa anda akan memiliki calon yang terbaik..amin!!!!
Jazakumullah khir....
Ila Liqa'

Baiti Jannati

Assalamualaikum wbt.....

Salam sayang untuk semua dan hiasilah diri anda dengan senyuman ikhlas dari wajahmu yang cantik itu. Semoga anda dirahmati Allah selalu.

Slogan Baiti Jannati (rumahku syurgaku) makin pudar dalam kalangan masyarakat tenggelam dek arus kesibukan rutin harian. Kalau 10 tahun lepas slogan ini asyik berkumandang di sidang media. Dua Minggu lepas kandungan murabbi (usrah) membincangkan Tips Keluarga Bahagia

Untuk makluman kami ada aktiviti bersama isteri-isteri pelajar Phd dinamakan murabbi. Di sini kami  gunakan masa dan peluang untuk pengisian ilmiah dan perbincangan isu semasa.

Walaupun bunyi tajuk simple tapi penting pengisiannya sebab setiap ahli keluarga memainkan peranan penting selagi dia mempunyai keluarga dan menjadi ahli keluarga. Ianya bukan bergantung seratus-peratus pada ibu bapa sahaja malah anak-anak, nenek, datuk dan semua. Pernah waktu masih mengajar ada seorang pelajar bagus akhlak dan prestasi tapi pada akhir semester mejadi seorang yang berlawanan karektor dengan alasan tension dengan tindakan ibu bapa bercerai. Mungkin kesan daripada perceraian kedua ibu bapa tetapi remaja tersebut sudah berumur 20-an lebih akil baligh orang tua-tua kata boleh kendalikan diri sendiri apa terjadi adalah sebaliknya tidak. (Nanti ada masa bonda bincangkan pula bab perceraian dan kesan negatif kepada anak). Menunjukkan tindak tanduk ibu bapa penting dalam idola anak-anak.

Bagaimana nak elak krisis rumahtangga? Dalam mencari keredhaan Allah s.w.t lengkapkan diri anda dengan pertingkatkan keimanan padaNya. Bila diberi nikmat kesenangan, kerjaya mantap, pasangan cantik lagi bergaya, kewangan kukuh mesti lagi dekatkan diri pada Allah Maha Pencipta. Kita bukan orang yang maksum (perfect) di mana-mana ada kesilapan jadi penting juga dalam ilmu tips keluarga bahagia. Sikap memaafkan, sentiasa muhasabah bersama-sama dan berusaha perbaiki hubungan dalam mencana keluarga bahagia. 

Persoalannya kenapa nilai kekeluargaan yang ideal makin luntur dalam kalangan masyarakat hari ini? Contoh Nabi Muhammad s.a.w semakin jauh...jauh dari amalan seharian. Astagfirullah...minta Allah jauhkan azab kepada kita semua. 

Allahu ta'la a'lam........... 

Tuesday 17 April 2012

Rahsia Laut Merah Terbongkar

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.......

MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.


Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.

Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.

Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.

Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.

Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.

Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.


Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900m di sisi ke arah Arab.

Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter.

Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan, berapa gaya (tenaga) yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1,800 meter untuk membolehkan ratusan ribu pengikut Nabi Musa melaluinya.Tujuh kilometer.

Menurut tulisan lain dikatakan jaraknya mencapai tujuh kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberangi sekitar empat jam.

Kajian sebuah perhitungan, dianggarkan diperlukan tekanan sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, sekurangnya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan malar 30 meter/detik (180 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu empat jam.
Sungguh aneh dan ajaib ciptaan Allah SWT. Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Firman Allah bermaksud: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (az-Zukhruf: 55-56).

Menurut pendapat lain, kata yang diterjemahkan sebagai Laut Merah (Red Sea) sebenarnya adalah Laut Alang-Alang (Sea of Reeds). Kata ini dikenal sebagai Laut Merah, namun Laut Alang-Alang sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada pantai Laut Tengah di Mesir.

Dalam Perjanjian Lama, ketika menyebutkan jalur yang diambil oleh Nabi Musa dan para pengikutnya, ia terletak di utara Delta Nil di pantai Mesir.

Sebagai implikasinya Laut Alang-Alang mendukung kemungkinan bahawa kejadian tersebut terjadi di pantai Mesir, kerana di daerah ini sesuai dengan namanya, banyak tumbuh alang-alang berkat tanah lumpur delta.

Pendapat majoriti terkini mengenalpasti Laut Merah dalam Eksodus sebagai sebuah laguna di pantai Laut Tengah yang terletak di sebelah utara delta di sekitar Semenanjung Sinai.

Al-Quran menggambarkan saat-saat terakhir kehidupan Firaun sebagai berikut: Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (Yunus: 90).

Namun apa yang diucapkan oleh Firaun telah terlambat, pintu taubat telah tertutup. Pengakuannya menjadi sia-sia sahaja, walaupun ia mengakui menyerah diri kepada Allah SWT.

Pengikut-pengikut Firaun, sebagaimana Firaun sendiri, juga menerima bahagian hukuman mereka. Ini kerana bala tentera Firaun adalah orang yang angkara murka dan penuh kebencian.

Seperti halnya Firaun, mereka pun wajar menerima hukuman dari Allah. Maka Allah pun melemparkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam dasar laut.

Firman Allah bermaksud: Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 40)
sumber asal .. http://apadianie.blogspot.com

Sunday 15 April 2012

Nasihat Imam Al-Ghazali


Al-Imam al-Ghazali ada menyebut: perlu diizinkan anak-anak bermain dengan permainan-permainan yang baik selepas belajar supaya dia berehat daripada kepenatan belajar. Perbuatan menghalangnya daripada bermain boleh menyebabkan anak tersebut rasa tertekan dan bodoh.

Sedih nangis, gembira pun nangis

Hari ini kita sama-sama kongsi tips ini...



Siapa cakap menangis tu sentiasa tak elok. Jom kita selongkar apa kelebihan menangis???
  • Melatih anggota-anggotanya meluas usus-usus, mengembangkan dadanya, memanaskan otaknya, menggerakkan keinginan kemanusiaannya dan lain-lain
  • Seorang doktor di Amerika telah membuktikan kajiannya dengan satu eksperimen bahawa tangisan air mata seseorang menangis boleh membantu membuang protein-protein dan hormon-hormon yang memudaratkan

Friday 13 April 2012

Pegang Erat Tanganku Wahai Teman

Pegang erat tanganku
Moga diri ku kuat
kerana pada kekuatanmu
adalah sisi kelemahanku

Pegang erat tanganku
pimpin diriku
kerana pada salah satu asma’-Nya
ada bahagian kasih manusia

Wednesday 11 April 2012

HEWI DAY'S MPPMJ 2011

Assalamualaikum wbt...



Semoga semua berada dalam keadaan ceria selalu.

Di kesempatan yang ada bonda ingin mengulas satu program di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) iaitu 'HEWI Day' atau nama penuhnya 'Hari Hal Ehwal Wanita Islam' buat kali pertama diadakan untuk semua pelajar muslimah satu jordan melibatkan empat mantiqah Mu'tah, Mafrad, Irbid dan Amman. Wah meriah pada hari tersebut dengan di luar dewan besar ada pelbagai booth makanan dan pakaian. Sementara di dewan berlangsung diskusi pengurusan diri, lakonan dan nyanyian secara tak langsung mengasah bakat dalam diri pelajar. Sebelah petang pula diisi dengan forum yang mana salah seorang panelnya adalah bonda sendiri.
Kenangan bersama isteri Pengarah EMJ, ahli panel, dan Barisan kepimpinan HEWI MPPMJ 
Untuk pengetahuan, agak lama bonda tinggalkan maklumlah sudah bertukar status pensyarah kepada surirumah sepenuh masa. Jadi sedikit kekurangan dirasakan bonda mohon seribu kemaafan. 

Di sini bonda ulaskan secara ringkas sekadar gambaran. Versatile, Intelligent dan Professional (VIP). Sebenarnya bila membuka peluang bicara mengenai wanita ini amatlah menarik. Tambah-tambah lagi semua audien adalah wanita. Wanita selalu dikaitkan dengan emosional, tidak rasional, lemah, ditindas dan sebagainya. Tetapi kalau ikut kajian dalam kaunseling wanita adalah golongan yang kuat dari segi mental dan fizikal terutama bagi wanita yang kematian suami mereka ini kuat dalam menyara hidup anak-anak dengan mengorbankan keutamaan diri dalam mencari pengganti pasangan. Jika suami yang kehilangan atau kematian pasangan adalah sebaliknya.

Wanita dan versatile. Perlu atau tidak wanita versatile? Pengalaman bonda dulu pernah kerja di satu Consultancy Training yang ada hari ditugaskan menyediakan skrip atau lakonan kelakar. Nak atau tidak memang kena buat juga. Maksudnya di sini dalam diri dengan ada tekanan walaupun dirasakan susah tetapi boleh dilakukan juga

Wanita dan complicated. Mesti ada yang fikir, tak nama wanita kalau tak complicated. Sebenarnya setiap orang ada waktu kesusahan sendiri tidak mengira jantina ketika diuji oleh Allah s.w.t. Bila seseorang individu dilanda musibah, rasa keseorangan, putus cinta, difitnah dan macam-macam lagi kita melihat bagaimana individu ini melaluinya. Adakah pertolongan diminta adalah hanya pada yang nyata atau mengadu pada yang Maha Esa. Dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t membuatkan keyakinan dan kekuatan diri membawa kepada alternatif atau jalan penyelsaian yang diredhai Allah. Jangan la pula sudah dilanda musibah masih jauh dari Allah....nauzubillah.

Ketiga-tiga VIP ini perlulah seiring...setiap wanita mesti memilikinya barulah boleh dicirikan sebagai 'Serikandi Ummah'. Wanita yang kreatif, dan bijak akan menghasilkan profesional. Masalah yang makin meningkat dari hari ke hari adalah kalah kepada jiwa remaja. Contohnya terlalu ikut kata hati disebabkan putus cinta pengajian diabaikan walhal menimba ilmu dan menghabiskan pengajian dengan pointer bagus adalah lebih utama. Bila dah begini semua harapan keluarga sudah dibuang jauh. Bukan ke anda salah seorang pelajar pandai malah diiktiraf oleh guru-guru di sekolah dan dikira antara kalangan yang terpilih bila berjaya menempatkan diri di mana-mana institusi pengajian tinggi tidak kira di dalam negara atau luar negara. Anda mesti muhasabah kembali apa yang berlaku atas diri  sebenarnya ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Hikmah tu mungkin bukan secara terus anda sedari tapi harus ingat bahawa Allah Maha mengetahui. Sayang bila ada kes-kes pelajar gagal disebabkan oleh sebab musabab yang boleh dihindari dan dipelajari oleh individu tersebut.

Satu lagi bagi pelajar luar negara diri anda antara orang bertuah kerana berjaya menimba ilmu dan mendapat pengalaman berbeza dengan kawan-kawan yang menuntut di dalam negara. Jangan disebabkan masalah penyesuaian diri atau tidak boleh adapt dengan kaedah pembelajaran anda tergolong orang gagal dalam univerisiti. Carilah dan bentuk identiti diri anda supaya penampilan serta tingkatkan keyakinan diri.

Semoga sedikit sebanyak bonda nukilkan dapat membuka minda anda. Ingat, anda adalah seorang Serikandi Ummah....jika bukan anda siapa lagi. Moga bersua lagi..

Selamat Berjaya!!!!

Tuesday 10 April 2012

Apa cite di CITY MALL

Assalamualaikum wbt....salam sejahtera.

Bertemu lagi kita hari dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga yang rasa kurang sihat sebelum ini hari ini makin sihat....insyaAllah.

Letih juga lama tak shopping window kan? Kami ni bab2 shopping bukan selalu. Lagi kerap pergi Mall lagi la kering poket kan? Kisahnya hari ini secara tak langsung dapat tengok skill izzah yang baru pula.....First bila lalui tempat baju2 kanak-kanak perempuan menjerit dia sebut 'nak..nak'. Bila pulak anak sorang ni pandai milih2 pulak....tu la kan bonda sendiri pun tak sedar anak dah mula kenal persekitaran. Sampai arab berhampiran kami pun berpaling. Second, bila melalui kawasan pameran basikal kanak-kanak kami letak izzah dalam troli...merengek2 nak turun. Ingatkan dah boring rupa-rupanya bila dah ada kat bawah terus je pergi naik basikal tu. Tak pandang kiri kanan dah...Kami pula terkejut. Dalam hati berani ye dia...bagi mereka yang belum kenal Izzah lagi????

Ta daaaaa ni la dia orangnya..umur baru masuk 1 tahun 5 bulan!!!
Ada abang Irfan temankan Izzah main cucuk tanam...

Rasanya baru bulan lepas lahirkan anakanda Izzah...hmm dalam kesibukan melayan anak-anak masa berlalu tanpa disedari. Dalam usia begini memang lumrah anak-anak kurang makan. Asyik nak main dan melasak2 kan diri. Izzah sekarang pun tengah parktis jumping2. Ada je kemahiran baru yang nak dipraktisnya. So mak2 la yang kena cari alternatif nak buat anak makan. Antara alternatif yang bonda buat tanpa keluar rumah......antaranya bonda bagi dia bermain di balkoni. Bila dah penat dan haus nanti baru lalu nak makan. Lebihnya banyak la lagi bonda masak kueh2 warna warni (apam, kek, lompat tikam dan macam2) lagi yang buat anak-anak baya Izzah terliur.

Selamat mencuba bagi ibu-ibu di luar sana.

Ila Liqa'...

Monday 9 April 2012

Peluang Kerjaya????

Assalamualaikum wbt....

Moga berada dalam lindunganNya dan salam sejahtera semua. Tahniah bagi mereka yang sudah dan bakal menamatkan zaman pengajian tak kira la apa2 kelayakan pun peringkat sijil, diploma, ijazah pertama, sarjana atau Phd pun. Penat dalam mengharungi cabaran setiap semester memang la tak sama dengan dunia orang yang bekerja tapi penat mental sebab asyik berfikir dan berkejaran dalam menghantar tugasan amatlah tidak terkata kan?

Bonda terlihat post2 di facebook xstudent diploma dulu, sekarang dah berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama. Alhamdulillah makin matang anak-anak pelajar bonda dulu. Bila dah berjaya mendapat segulung ijazah anda risau pula tentang kerjaya? Sepanjang pengetahuan dan pengalaman bonda dalam kaunseling kerjaya, dunia pekerjaan sebenarnya sentiasa dahagakan tenaga pekerja cuma anda perlu kemaskinikan dan berusaha sesuaikan diri dengan kehendak pasaran kerja.Tiada istilah tiada pekerjaan di bumi namanya Malaysia. 

Ada individu memulakan kerjaya dengan gaji yang rendah setelah diuji macam-macam cabaran oleh Allah s.w.t dan secara tak langsung berbekal pelbagai pengalaman individu ini dengan usahanya barulah mendapat kerjaya yang selesa baginya. Ada juga individu Allah terus tempatkan dirinya dengan kerjaya yang berpadanan dengan kelayakan tetapi tidak bermakna dirinya tidak diuji oleh Allah. Jadi ini istilah 'orang tu bernasib baik terus mendapat kerja' tetapi sebenarnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t apa yang terbaik bagi dirinya. 

Di sini bonda sertakan SINI moga membantu langkah anda dalam merencanakan kerjaya pertama anda.

Selamat berjaya wa bittaufik wa najah!!!!!

Sunday 8 April 2012

Indahnya Kembara Ilmu

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.

Harapnya semua berada dalam lindungan Allah s.w.t sentiasa. Alhamdulillah suka duka menetap di perantauan mengajar diri ini belajar dan memahami pelbagai sudut termasuk penjagaan kesihatan, ilmu masakan, tanggungjawab sebagai seorang isteri, bonda kepada sepasang cahaya mata rasanya itu pun tidak menang tangan rasanya.

Terlintas pula jika sambung bekerjaya bila kembali ke tanahair sayang pula nak menghabiskan masa di tempat kerja, perasaan bahagia jadi surirumahtangga nikmat tidak terkata rasanya. Pendek kata tak perlu nak ingat pasal komitmen kerja.....full time house wife katakan. Tak tahu la jika kalangan pembaca terbalik pula.....kena double check tu sebab apa.

Sebenarnya hari ini bonda nk share picture yang salji (shita')lepas lupa nk entry lagi....sekarang pun dh masuk musim bunga (rabe'i) dah. Mesti tertanya-tanya kami pergi jalan2 tak? Explore bumi urdun dihiasi bunga-bunga mekar....Huh tak pergi mana2 pun.....ronda2 depan rumah jela. Apa nak buat ayahanda tak da mud nk jalan2 duk mikir pasal tesis aja.Tak apa la yang penting kami support ayahanda dari belakang...















Kebetulan last week kami ikut ayahanda pergi Jamiah Ulum Islamiyah (universiti ayahanda), Sesampai je di hadapan jamiah berduyun2 khoruf bersama penjaganya melintas .....seronok anakanda bonda lihat khoruf yang banyak tu.





ok cukup la sharing kita hari ini....Ila liqa'
nk buat menu minum petang pula ni.....
6pm

Monday 2 April 2012

Perbezaan Suami Isteri

Assalamualaikum wbt......



Artikel ini bukan bonda yang tulis tapi just menaqalkan sahaja. Sekadar bagi garis panduan bagi mereka yang sudah atau bakal atau akan berkahwin. Ia menyentuh berkenaan hubungan antara suami isteri bukan sesuatu yang simple tetapi perlu dihayati bagi menjaga serta mengharmonikan sesebuah kekeluargaan. Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.


Telah tiga kali, Ust Zaharuddin diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Beliau akui, beliau bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti beliau  selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.


Ada yang datang dari suami dan juga isteri, beliau kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi beliau, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat beliau kerana beliau bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.


Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.


Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa beliau dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.


Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.


FUNGSI RUMAHTANGGA


Dalam kesempatan yang amat terbatas ini, saya akan membawakan empat isu terlebih dahulu, sekadar mencuba-cuba memberi sedikit pembuka minda buat insan yang bergelar suami dan isteri dalam melayari rumah tangga mereka. Agar kita semua mampu menepati objektif sebuah rumahtangga yang digariskan oleh Allah swt iaitu :-


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ( Al-Rum : 21)


Berdasarkan rujukan saya dari huraian para ulama silam di dalam kitab-kitab tafsir, dapat saya simpulkan dari ayat di atas, antara fungsi rumahtangga yang MESTI diusahakan oleh kedua-dua pasangan adalah untuk menjadikannya sebagai :-


1) Litaskunu Ilayha


= Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.


2) Mawaddah wa rahmah


= tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :


المودة حب الرجل امرأته


Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)


Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.


= Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan


الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء


Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)


= Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.


ADUAN & PERLU FAHAM


Bagi mencapai target rumahtangga yang disebut oleh Allah ta'ala, bibit masalah yang kerap menjadi punca awal membawa penceraian, hilang cinta dan kasih perlu ditangani. Antara punca awalnya boleh dilihat dalam beberpa aduan pilihan di bawah. Ia dikutip hasil dari beberapa aduan yang saya terima dan juga pembacaan. Saya gariskan cadangan dan apa yang perlu difahami oleh suami dan isteri dalam menghadapi aduan dan pertikaian mulut pasangan.


RUNGUTAN 1


ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?



SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu


YANG SEPATUTNYA


LELAKI FAHAM


· Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.


· Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.


· Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dsbgnya).



WANITA FAHAM


· Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?


· Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.


· Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.


RUNGUTAN 2


ISTERI : Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian


SUAMI : Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya.



YANG SEPATUTNYA


LELAKI FAHAM


· Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru, jadilah pendengar yang baik.


· Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya. Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan banyakkan response melalui sentuhan.




WANITA FAHAM


· Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya.


· Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.



RUGUTAN 3


ISTERI : Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap." Tak pandang kita pun."


SUAMI : Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain. Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.


YANG SEPATUTNYA


LELAKI FAHAM


· Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan reaksi wajah.


· Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya.


WANITA FAHAM


· Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka.


· Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu.


· Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dlm suasana perbincangan terlalu serius di rumah yang dianggapnya tempat merasa rehat dan bertenang. Tidak mahu ia menjadi seperti pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.


RUNGUTAN 4


ISTERI : Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa.


SUAMI : Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini.?


YANG SEPATUTNYA


LELAKI FAHAM


· Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami.


· Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian).


· Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian & penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.


· Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.



WANITA FAHAM


· Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.


· Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri.


· Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan.


· Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri. Justeru, jika merasakan diri 'kurang perform' di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain yang boleh dihargai oleh suami.




Zaharuddin Abd Rahman


www.zaharuddin.net


ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/935/72/

Perindu Cinta Abadi

Assalamualaikum wbt.....

Semoga semua sihat dan ceria sokmo. Apa yang bonda boleh share kali ini? Kebelakangan ini bonda banyak habiskan masa terluang dengan menelaah pelbagai buku ilmiah, artikel, novel berkaitan wanita. Terasa diri ini begitu kerdil walaupun sudah lama memiliki MA dalam bidang Psikologi Kaunseling. Kenapa dulu xkuhargai ye sedangkan di Malaysia beratus2 kedai buku ada. Mungkin ini yang bonda terlepas pandang. Mentang2 la kerja pun dipenuhi buku-buku ilmiah apatah lagi nk mengorek2 lagi kandungan bahan tambahan. 

Then, hari-hari berlalu...buku pula peneman bonda di sebalik kesibukan ayahanda dalam menulis tesis & anak2 dah lelap setelah keletihan macam2 aktiviti dari awal pagi memberi peluang bonda mengisi sinar minda.

Novel sejarah srikandi Islam ' Rabiatul Adawiyah', Perindu Cinta Abadi....

Terdetik di hati ini, ketabahan ibu bapa kepada Srikandi Islam ini begitu tabah menjalani kehidupan di bumi Allah s.w.t. Rabiatul Adawiyah seorang wanita yang paling warak & zuhud mendapat taraf wali Allah. Kehidupannya dipenuhi dengan zikir Allah & berselawat kepada Rasulullah sehingga tubuhnya kurus kering kerana waktu malamnya dia bertahajud & bermunajat. Pada waktu siangnya pula dia berpuasa & menghadiri majlis ilmu. Makanannya cukup sepotong roti kering sekadar pengalas perut. Kadangkala berbuka puasa hanya dengan sebiji kurma. Sebelum mendapat taraf wali Allah Rabiatul Adawiyah diuji dengan kematian ayah & ibunya semasa beliau masih muda. Beliau pernah diculik dan dijadikan hamba. 

Membaca novel ini mengingatkan diri ini supaya tidak mudah melatah jika diuji Allah. Apapun kisah ini sungguh sesuai untuk dijadikan bahan bacaan seisi keluarga. Banyak iktibar dan keinsafan yang boleh dipelajari. Sebagai ahli murabbi boleh ini diselongkar lagi untuk silibus murabbi akan datang.

p/s: Syukran pada besfren bonda ummi jannah coz share koleksi novelnya.

Sunday 1 April 2012

Replika Kapal Nabi Nuh AS

Maksudnya mereka percaya apa yang ada dalam Al-Quran?



att00000
Ni la perekanya


att00001
Masih dalam proses
att00002
Besar kan?
att00003
Imaginasi
att00004
Pintu
att00005
Termasuk Zirafah ker?
att000061
Hebat kan mereka yang percaya & beriman kepada Nabi Nuh AS..
att00007
Antara tarikan pelancong ke Netherland.....xyah duk mikir nk pergi Disneyland aja!!!!


Copyrigt@wordpress
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...