Assalamualaikum wbt.....
Lama juga tak update blog ni...bukan kering idea tapi mood bercampur dengan ' -ve' ++ ni melebihi tahap rajin susah juga kan? Alhamdulillah kesihatan diriku morning sickness makin berkurangan. Tambahan pula suamiku decide kami sekeluarga akan jaulah ilmu sambil menyelusuri kisah nabi di Egypt lagi la kena kuatkan semangat dan doa2 kami sekeluarga sihat pergi dan pulang. Antara alasan utama kami adalah untuk ke Fiesta Buku antara tarikan utama di sana. Ibarat kalau ada PWTC, KL tu....di sana mungkin ada 5 atau lebih gedung pameran buku. Berganda-ganda lagi banyak bukunya.
9/1 lepas suatu pengalaman baru walaupun menetap di bumi anbiya' ni hampir menjangkau 4 tahun. Salji turun memutih bumi Jordan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tapi diri ini berbadan dua tak boleh heavy sangat dalam hati seronok tak terhingga mungkin ini salji terakhir kami sebelum meninggalkan bumi barakah ini. Tak larat pun sempat juga turun main bersama anak-anak dan suami....dah penat bermain demam pulak. Badanku tak tahan sejuk apa taknya suamiku cakap aku pakai baju nipis.....badan tak tahan. Pelik pula...anak-anak aku pastikan mereka pakai banyak lapis tapi terlupa diri sendiri. Memang macam tu kalau jadi ibu ni diri sendiri pun boleh lupa. Alhamdulillah demam dua hari sahaja.
Teringat pelarian Syria yang menumpang berteduh di khemah pelarian di sekitar border Syria-Jordan...bagaimana mereka melalui salji yang tebal tanpa pemanas elektrik? Moga mereka dilindungi Allah. Rupa-rupanya salji kali ni salji yang hanya sekali dalam 20 tahun....betul tak betul hanya Allah sahaja yang Lebih Mengetahui.
Area depan 'Imarah kami |
Pengalaman dua beradik ni pula, seronok memanjang kali ini...Anakanda Izzah pula dah pandai lontar salji.....baring-baring dalam snow yang sejuk tu. Anakanda Irfan pula siap bawa tools kalau di Malaysia kanak-kanak lain main pasir dia mik cangkul dan senduk korek salji. Apa-apalah anakanda berdua ni. Bonda dah demam....bising pula dua beradik ni nak naik main kt atas sutuh (bumbung) pula. Ayah la pula yang kena temankan anak-anak. Bonda langsung tak larat nak bangun.....
Happy landing in snow |
turn abang pula |
Simpang depan rumah |
Moga-moga ini menjadi kenangan bermakna buat keluarga kami anak beranak.
Sweileh
3c