CdiQ™

Tuesday 29 May 2012

Monday 28 May 2012

(Anggur) عنب

Assalamualaikum wbt........

Alhamdulillah bersua kembali dan semoga anda semua sihat selalu.

Musim rabe' sudah tiba maka pelbagai jenis buah sedang menanti kami. Musim ini juga anak-anak paling mudah mendapat kesihatan terjejas demam panas, batuk dan selsem. Hikmah juga Allah datangkan buah-buahan ini sebagai pengubat asli.
Anggur sudah siap dijemur..dikenali sebagai kismis
Kelihatan yang fresh
Sempat membeli ketika pergi Baqaah (pasar palestin) pagi semalam.

MARI kita cerita-cerita tentang buah anggur. Dah lama tak sembang tentang khasiat buah-buah ni. Di Jordan ketika ini permulaan bagi musim buah anggur, jadi rasanya elok saya kongsikan segala khasiat yang terkandung di dalam buah anggur ini.
  •  Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
  1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
  3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
  4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
  5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
  6. Alzheimer Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya  membantu kesihatan otak manusia.
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Risiko kanser Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

Khasiat Kulit dan Biji Anggur

Rasa anggur yang menyegarkan, membuatnya banyak diminati. Nyatanya buah itu juga dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, lemah jantung dan masalah kulit.

Pada tahun 1870, Dr. John Harvey Kellog, memberikan resepi anggur untuk berbagai penyakit. Untuk kesembuhan, dia hanya memberikan resep makan buah anggur dengan takaran tertentu.

Menurut The George Mateljan Foundation, anggur memiliki nilai gizi yang sangat luar biasa. Tiap 100 gram anggur paling tidak 25 komponen gizi yang dibutuhkan oleh tubuh.

Kandungan mineral dalam anggur yang memiliki manfaat kesehatan bagi tubuh antara lain mangan. Zat itu sangat diperlukan tubuh dalam sintesis energi sehingga dapat membantu menjaga kestabilan gula dalam darah. Mangan juga diperlukan tubuh untuk metabolisme lemak dan pembentukan jaringan ikat dan tulang.


Anggur disebut mengandung karotenoid dan likopen yang tinggi. Kedua zat kimia tersebut dikenal luas akan kemampuannya menghambat berbagai penyakit tubuh. Kandungan antioksidan dalam anggur tersebut sudah diyakini kalangan luas sebagai pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanker, dan beberapa penyakit akibat penuaan.

Kandungan vitamin C, B6, K dan B1 dalam anggur juga tinggi dengan khasiat yang luar biasa bagi tubuh. Vitamin C buah anggur dapat meningkatkan imunitas dan penyembuhan luka. Kandungan B6 pada anggur juga sangat penting untuk otak agar dapat berfungsi normal.

Kulit anggur juga memiliki kandungan resveratrol yang merupakan sumber penting dari flavonoids, termasuk katekin, quercetin, prosianidin, dan antosianin.

Resveratrol ditemukan pada sebagian besar kulit buah anggur. Penelitian beberapa tahun terakhir menyimpulkan, resveratrol kemungkinan dapat membantu awet muda dan mencegah kanker.

Khasiat lain yang dimiliki anggur adalah untuk mengatasi kelelahan dan hipoglikemi karena kandungan gula alaminya yang sangat tinggi, terutama dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Jus anggur dipercaya dapat mencegah dan membantu penyembuhan beberapa penyakit infeksi virus seperti influenza, polio dan herpes.

Selain itu, biji anggur juga diyakini mengandung mineral yang bermanfaat bagi tubuh.

Kini mengonsumsi anggur, tak perlu lagi membuang kulit dan bijinya untuk memperoleh manfaat maksima.

 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Anggur
http://sangmentari.wordpress.com/2010/06/14/nak-tahu-khasiat-buah-anggur/
Republika Online

Alf Mubarak

Assalamualaikum wbt.........

Alhamdulillah bersua kembali. Anak-anak baru beberapa hari sihat terkena selsema pula. Tinggal di negara empat musim agaknya dugaan macam ini harus hadapi. Setiap perubahan musim sekurang-kurangnya sekali mengalami dugaan kesihatan.

Ucapan Alf Mubarak kepada ust Akramin dan Kak Suhaila kerana kelahiran cahaya mata keempat keempat mereka pada hari Khamis lepas. Makin meriah lagi bayt Imad ni.
3.7++.....tenbam

Juga selamat jalan dan balik kepada ailah ust Zaid dalam menunaikan ibadat umrah. Semoga diiringi umrah yang makbul. Doakan kami juga agar dapat menjejaki lagi ke sana.

Thursday 24 May 2012

Tuesday 22 May 2012

Diari Bonda

Assalamualaikum wbt....

Sekadar coretan seorang bonda kepada anakanda tercinta.........
ceria wajah anakanda

tengah rehat
Khamis 18/05/2012
 Petang-malam
  • tolong sahabat-sabahat untuk kenduri aqiqah di bayt Farid
  • anakanda Izzah ramah dan seronok bermain dengan adik-adik UJ
  • 2.30am - terjaga dari tidur, dapati badan anakanda Izzah panas
  • suhu badan Izzah 38.1'c
  • jerlun kepala Izzah dengan air, masukkan ubat 
 Jumaat 19/05/2012
  • Izzah badmood sepanjang pagi di tempat masak-masak kenduri
  • Badan Izzah masih panas
  • Mata kuyu, asyik nak berdukung
  • langsung tak mahu 'berkawan' dengan ayah
  • Mandi lewat petang dengan campuran air doa ayahanda
  • Sepanjang malam bangkit untuk jerlun kepala Izzah
Sabtu 20/05/2012
  •  Izzah masih demam
  • Asyik menangis sepanjang hari
  • Suara makin hilang
  • Langsung tiada selera makan minum
  • Sakit tekak sebab makan syamam (tembikai susu) pun nangis
  • Bonda dah makin letih
  • Ayahanda kuatkan semangat bonda, terharunya
  • Mandi lewat petang dengan air campuran doa ayahanda
Ahad 21/05/2012
  •  jerlun lagi kepala Izzah dengan air asam jawa sepanjang hari
  • Izzah masih menangis, tak nak makan minum
  • Mandi lewat petang dengan air campuran doa ayahanda
  •  12.30mlm - abang Irfan mengerang, badannya panas....demam pula
  • test by termometer 37.6'c..demam baru nak mula
  • sepanjang malam bonda jerlun kepala abang dengan air asam jawa
 Isnin 22/05/2012
  • Alhmdulillah, pagi badan Izzah sudah tidak panas 35.1'c.
  • Letih sahaja abang Irfan, badan masih panas
  • Asyik baring, tak larat nak bercakap dan tak tengok TV
  • test badan Irfan by termometer 39.4'c...panasnya
  • Tengahari ayah belikan IBUGESIC di farmasi, makan, Irfan langsung tak boleh tidur
  • Dua-dua beradik mandi lewat petang dengan air campuran doa ayahanda
  • malam Irfan dan Izzah tidur awal
  • sunyi awal bayt Irfan
  • sebelum tidur bonda telan panadol, terasa nak selsema
Selasa 23/05/12

  • Alhamdulillah badan Irfan dah tiada panas....lega
  • Tetapi....badan bonda kenapa rasa lain????
  • mata pedih dan berdenyit2, asyik bersin 4-5 kali ....
  • kepala pula terasa berat
  • suara pun rasa serak + sakit tekak
  • hidung ketat, tak boleh nafas
  • Alahai bonda pula yang tak sihat...telan lagi panadol
  • tengahari minta ayahanda picitkan kepala yang makin berdenyut-denyut
  • ayahanda sapu minyak cap kapak....alhamdulillah terlena 
  • petang - masih tak larat tapi lebih baik dari tadi
Moga kami sentiasa berada dalam lindunganNya.....amin

Monday 21 May 2012

Syafahallah anakanda Irfan

Assalamualaikum wbt......

Sudah beberapa hari diri ini keletihan disebabkan anakanda Izzah merengek tidak sihat, malam tadi bonda dikejutkan pula badan anakanda Irfan pula panas macam demam, terus bingkas bangun ambil termometer test suhu di badan 38'c. Hmm...betul la demam. Sebelum tidur Irfan temankan bonda di dapur untuk bancuhkan air asam jawa untuk basahkan kepala adik. Sekarang turn abang pula. 

wajah gembira tika pergi hadaiq
wajah Irfan demam
Semoga kalian cepat sihat......sedih pula dua-dua anak bonda tak berapa sihat.

murabbi ' Keluarga Sakinah'

Assalamualaikum wbt......

Alhmdulillah bersua kembali.  Minggu ini bermula hari-hari diuji dengan kesihatan anak-anak. Bermula dengan si adik Izzah dan hari ini abang Irfan pula demam. Semoga anakanda berdua cepat sihat, sunyi pula rumah ni tanpa suara ceria anak-anak. 

Hari ini berkesempatan bonda entry tajuk ini. Rindu pula pada subjek yang ku belajar 'Kaunseling Keluarga' dulu. Subjek kegemaran pelajar.

baitijannati – Awal mula kehidupan seseorang berumah tangga adalah dimulai dengan ijab qabul, saat itulah segala sesuatu yang haram menjadi halal. Dan bagi orang yang telah berkahwin dia telah menguasai separuh agamanya (sudah sempurna syahwatnya)

Barang siapa menikah, maka dia telah menguasai separuh agamanya, karena itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.
 [HR. al-Hakim].

Sebuah rumah tangga bagaikan sebuah bangunan yang kukuh, dinding, lantai, pintu memainkan peranannya. Jika pintu digunakan sebagai pengganti maka rumah akan bocor, atau salah fungsi yang lain maka rumah akan buruk. Begitu juga rumah tangga suami, isteri dan anak harus tahu fungsi masing-masing, jika tidak maka bisa ambruk atau berantakan rumah tangga tersebut.

Mari kita telaah satu persatu masing-masing fungsi suami dan isteri tersebut.

Kewajiban Suami
Suami mempunyai kewajiban mencari nafkah untuk menghidupi keluarganya, tetapi disamping itu ia juga berfungsi sebagai kepala rumah tangga atau pemimpin dalam rumah tangga. Allah SWT dalam hal ini berfirman:

Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, karena Alloh telah melebihkan sebagian dari mereka atas sebagian yang lainnya dan karena mereka telah membelanjakan sebagian harta mereka. (Qs. an-Nisaa’: 34).

Berkahwin bukan hanya masalah mampu mencari wang, walaupun ini juga penting, tapi bukan salah satu yang terpenting. Suami bekerja keras membanting tulang memeras keringat untuk mencari rezeki yang halal tetapi ternyata tidak mampu menjadi pemimpin bagi keluarganya.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu
(Qs. at-Tahriim: 6).

Suami juga harus mempergauli isterinya dengan baik:

Dan pergauilah isteri-isteri kalian dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
 (Qs. an-Nisaa’: 19).

Barang siapa menggembirakan hati isteri, (maka) seakan-akan menangis takut kepada Allah. Barang siapa menangis takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan tubuhnya dari neraka. Sesungguhnya ketika suami istri saling memperhatikan, maka Allah memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Manakala suami merengkuh telapak tangan istri (diremas-remas), maka berguguranlah dosa-dosa suami-istri itu dari sela-sela jarinya
[HR. Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi' dari Abu Sa'id Al-Khudzri].

Dalam satu kisah diceritakan, pada suatu hari isteri-isteri Rasul berkumpul ke hadapan suaminya dan bertanya, “Diantara isteri-isteri Rasul, siapakah yang paling disayangi?” Rasulullah Saw hanya tersenyum lalu berkata, “Aku akan beritahukan kepada kalian nanti.

Setelah itu, dalam kesempatan yang berbeza, Rasulullah memberikan sebuah kepada isteri-isterinya masing-masing sebuah cincin seraya berpesan agar tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari para istri Rasulullah itu berkumpul lagi dan mengajukan pertanyaan yang sama. Lalu Rasulullah Saw menjawab, “Yang paling aku sayangi adalah yang kuberikan cincin kepadanya.” Kemudian, isteri-isteri Nabi Muhd s.a.w itu tersenyum puas karena menyangka hanya dirinya saja yang mendapat cincin dan merasakan bahwa dirinya tidak terasing.

Bahkan tingkat kesolehan seseorang sangat ditentukan oleh sejauh mana sikapnya terhadap isterinya. Kalau sikapnya terhadap isteri baik, maka ia adalah seorang suami yang baik. Sebaliknya, jika perlakuan terhadap isterinya buruk maka ia adalah suami yang buruk.

Hendaklah engkau beri makan istri itu bila engkau makan dan engkau beri pakaian kepadanya bilamana engkau berpakaian, dan janganlah sekali-kali memukul muka dan jangan pula memburukkan dia dan jangan sekali-kali berpisah darinya kecuali dalam rumah.
 [al-Hadits].

Orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap keluarganya. Sesungguhnya aku sendiri adalah yang paling baik diantara kalian dalam memperlakukan keluargaku. [al-Hadits].

Begitulah, suami janganlah kesibukannya mencari nafkah di luar rumah lantas melupakan tanggung jawab sebagai pemimpin keluarga. Suami berkewajiban mengawal dan mengawasi anak dan isterinya, agar mereka senantiasa mematuhi perintah Allah, meninggalkan larangan Allah swt sehingga terhindar dari siksa api neraka. Ia akan dipertanggungjawab oleh Allah jika anak dan isterinya meninggalkan ibadah wajib, melakukan kemaksiatan, membuka aurat, khalwat, mencuri, dan lain-lain.

Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggung jawaban atas yang dipimpinnya. [HR. Bukhari].

Kewajiban Istri
Isteri mempunyai kewajiban taat kepada suaminya, mendidik anak dan menjaga kehormatannya (jilbab, khalwat, tabaruj, dan lain-lain.). Ketaatan yang dituntut bagi seorang istri bukannya tanpa alasan. Suami sebagai pimpinan, bertanggung jawab langsung menghidupi keluarga, melindungi keluarga dan menjaga keselamatan mereka lahir-batin, dunia-akhirat.

Tanggungjawab seperti itu bukan main beratnya. Para suami harus berusaha mengantar istri dan anak-anaknya untuk bisa memperoleh jaminan syurga. Apabila anggota keluarganya itu sampai terjerumus ke neraka karena salah bimbing, maka suamilah yang akan menanggung siksaan besar nantinya.

Ketaatan seorang istri kepada suami dalam rangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya adalah jalan menuju surga di dunia dan akhirat. Istri boleh membangkang kepada suaminya jika perintah suaminya bertentangan dengan hukum syara’, misal: disuruh berjudi, dilarang berjilbab, dan lain-lain.

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki. [al-Hadist].

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita shalihah.
 [HR. Muslim, Ahmad dan an-Nasa'i].
Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). (Qs. an-Nisaa’: 34).

Ta’at kepada Allah, ta’at kepada Rasul, memakai jilbab (pakaian) yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk pamer kecantikan (tabarruj) seperti wanita jahiliyah. (Qs. al-Ahzab: 32).

Sekiranya aku menyuruh seorang untuk sujud kepada orang lain. Maka aku akan menyuruh wanita bersujud kepada suaminya karena besarnya hak suami terhadap mereka. [al-Hadits].

Sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan hatimu jika engkau memandangnya dan mentaatimu jika engkau memerintahkan kepadanya, dan jika engkau bepergian dia menjaga kehormatan dirinya serta dia menjaga harta dan milikmu. [al-Hadist].

Perselisihan
Suami dilarang memukul/menyakiti isteri, jika terjadi perselisihan ada beberapa tahapan yang dapat ditempuh.

Isteri-isteri yang kalian khawatirkan pembangkangannya, maka nasihatilah mereka, pisahkanlah mereka dari tempat tidur, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membahayakan). Akan tetapi, jika mereka menaati kalian, janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. (Qs. an-Nisaa’: 34).

Hendaklah engkau beri makan istri itu bila engkau makan dan engkau beri pakaian kepadanya bilamana engkau berpakaian, dan janganlah sekali-kali memukul muka dan jangan pula memburukkan dia dan jangan sekali-kali berpisah darinya kecuali dalam rumah. [al-Hadits].

Jika kalian merasa khawatir akan adanya persengketaan diantara keduanya, maka utuslah seorang (juru damai) dari pihak keluarga suami dan sorang juru damai dari pihak keluarga isteri. Jika kedua belah pihak menghendaki adanya perbaikan, niscaya Allah akan memberi taufik kepada suami-isteri. (Qs. an-Nisaa’: 35).

Demikianlah Islam mengatur dengan sempurna kehidupan keluarga sehingga terbentuk keluarga sakinah dan bahagia dunia-akhirat.   

Wallahua’lam.  

(baitijannati.wordpress.com)
  
p/s: muhasabah bila membaca, mendengar dan mengambil iktibar dalam usaha membina kesempurnaan rumahtangga.

Thursday 17 May 2012

Tips kurangkan Stress

Assalamualaikum wbt.........


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayannya.

Selongkar ilmu Kaunseling

Assalamualaikum wbt.......... 

Konsep Bimbingan Dan Kaunseling

Definisi Kaunseling

Kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang bersifat proses menolong yang dibina atas perhubungan antara kaunselor dank lien yang dilaksanakan dalam suasana professional dan beretika. ( Chong Lean Keow, PHD, ( 2007); Kaunseling ( Teori & Praktis ) ; UG Press Sdn. Bhd. )

Good menyatakan kaunseling adalah cara tersendiri dan peribadi dalam mendidik serta membantu seseorang, baik dari segi masalah pelajarannya mahupun masalah vokasionalnya, apabila ia berasa sukar menganalisa / menyelesaikannya dan memerlukan seorang pembantu yang khusus baik di sekolah mahupun di dalam masyarakatnya sendiri.

Jones & Hand menyatakan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada membantu individu-individu menemui serta mencapai segala kehendaknya, membimbing serta menilai potensi individu itu, membina tujuan hidup mereka serta menggubal dan merancang tindakan bagi memenuhi khidmat mencapai tujuan mereka.

Wrenn menyatakan kaunseling ialah suatu hubungan yang dinamik diantara dua manusia. Kaunseling bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi kehendak seorang pelajar, tetapi juga penyertaan dan persefahaman yang ditunjukkan oleh kaunselor dan kliennya dan boleh berinteraksi dengan baik. Kaunselor dank lien boleh memusatkan perhatian terhadap penjelasan dan penetapan diri sendiri.

Tyler & Wrenn menyatakan proses kaunseling merupakan suatu proses pembelajaran. Kaunselor dank lien terpaksa belajar menetapkan dan juga menjelaskan diri mereka sendiri. Kedua-duanya perlu mempelajari pemahaman ini terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan sesi kaunseling. (Mohd Mansur Abd. & Siti Nordinar Mohd Tamin ; Proses Kaunseling )

Boy & Pine menyatakan kaunseling ialah satu hubungan bersemuka di mana seoarang klien mendapatkan pertolongan daripada kaunselor

Smith G.E. menyatakan kaunseling ialah proses di mana seorang kaunselor membantu seorang individu (klien) mentafsir fakta yang berkaitan denga suatu pilihan, perancangan ataupun penyesuaian yang perlu dibuat.

Cottle & Downie (1970) menyatakan kaunseling sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya dan interaksi dengan orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif mengenai pilihan dalam hidupnya.

Delaney & Eisenberg (1977) menyatakan kaunseling ilah satu proses di mana kaunselor membantu klien supaya bertingkah laku dengan cara yang berkesan.

Mc. Daniel dan Shaftel (1956) menyatakan kaunseling sebagai satu siri pertemuan secara langsung dengan individu bertujuan membantu menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. (Ee. Ah Meng (2002 & 2004) ; Bimbingan & Kaunseling I ‘Edisi Kedua’; Fajar Bakti) 

Definisi Bimbingan

Bimbingan ialah proses ikhtisas bersistem menolong orang perseorangan melalui anturan-aturan didikan dan taksiran memperolehi kefahaman yang lebih baik tentang sifat tabi’inya dan keupayaannya sendiri serta menghubungkan dirinya dengan lebih memuaskan lagi kepada kehendak masyarakat dan peluang yang bersesuaian dengan nilai kemasyarakatandan kesusilaan. (Arthur D. Lloyd, Terj: Aminah Haji Hashim ; Bimbingan & Kaunseling Di Malaysia )

Dw. Leferer menyatakan bimbingan ialah satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidupnya serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.

Mc. Daniel & Shaftel (1957) menyatakan bimbingan satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

Shertzer & Stone (1981) menyatakan bimbingan adalah suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Pembimbing atau guru bimbingan akan menolong individu tersebut untuk menyedari kekuatan dan kelemahan diri mereka.

Alice Crow (1964) menyatakan bimbingan adalah bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu. (Ee. Ah Meng (2001&2002); Bimbingan & Kaunseling I ‘Edisi Kedua’; Fajar Bakti)


Matlamat Kaunseling

1.    Menyediakan perubahan tingkah laku

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1995), menyatakan tingkah laku perlu disesuaikan dengan :
·      siapa klien berinterkasi
·      bila klien berinteraksi
·      tujuan klien berinteraksi
·      situasi dimana klien berada untuk berinteraksi

Kaunselor mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar, ia boleh merupakan perubahan yang kecil. Apa yang penting kaunseling dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku supaya berkekalan. 

2.    Membantu membuat keputusan

Melalui proses kaunseling, kaunselor perlu merasionalkan pemikiran klien agar berfikir secara logik untuk membuat pilihan atau mengambil keputusan yang wajar untuk mencapai matlamat. Kaunselor membimbing klien membuat keputusan dank lien akan menimbang sendiri beberapa perkara yang akan memudahkan klien membuat keputusan. Menurut George & Cristiani (1981), keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira pengorbanan peribadi, masa & tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

3.    Membentuk kemahiran daya tindak

Kaunselor memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menolong klien bertindak ke atas keputusan yang dibuat.

4.    Mempercepatkan seseorang menjadi rasional

Kaunseling dapat mempercepatkan seseorang menjadi rasional dan dapat menghadapi hidupnya dengan lebih baik. Ini kerana kaunselor dapat memberi sokongan kepada klien dan menolong mendapat alternative dan menolong klien menerima kenyataan.

5.    Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya

Klien yang bertanggungjawab akan berusaha sendiri sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Sekiranya timbul sebarang masalah, klien yang akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain.

6.    Memperbaiki imej yang negative

Biasanya imej diri negative merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan dan akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi diri klien. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej diri yang positif sebagai tanda kestabilan personality diri klien. Menurut Paterrson, matlamat kaunseling adalah untuk membolehkan klien menajdi seorang yang bertanggungjawab bebas dan mencapai kesempurnaan kendiri serta berupaya menentukan perilakunya.

Peranan Dan Fungsi Kaunseling

1.    Menurut Suradi Salim ( 1996 ) :
a.     Memberikan peluang kepada pelajar atau individu untuk melihat masalahnya secara objektif dan untuk mendapatkan pemahaman tentang diri.
b.     Merancang masa depannya dengan lebih realistic iaitu memberi peluang kepada pelajar atau individu untuk memperoleh nirwana kendiri.

2.    Manja Mohd Ludin ( 1990 )
a. Membantu pelajar mengenal dirinya sendiri dan seterusnya dapat membuat pertimbangan dan penentuan sendiri terhadap masalah peribadi, pelajaran, penyesuaian dengan alam sekitar dan pemilihan kerjaya yang tepat berdasarkan kepada minat, kebolehan dan kemampuan sendiri.
b.  Membantu guru atau kaunselor memahami pelajar dengan lebih dekat lagi hasil daripada kerjasama guru kaunseling.

3.    Mempereratkan hubungan antara anak dengan ibubapa yang turut membantu mengembangkan personality dan pilihan kerjaya anak-anak.

Copyright @ suzyliana mamat
Pensyarah kaunseling Kolej Teknologi Islam, Melaka
2010

Lebih dekat lagi

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah bersua kembali dengan IzinNya.......

Bertemu jodoh dengan suami tercinta Mohd Nasir Abdul Majid dan dikurniakan permata rumahtangga lebih selesa digelarkan 'bonda Irfan'. Anakanda sulung dinamakan Muhammad Irfanulhakim dan anakanda kedua Izzah Ashwaq. 
Sebelum ini tidak pernah langsung terlintas akan bertemu pasangan dengan orang utara, rupanya ada hikmah Allah s.w.t tentukan. Seronok juga dengan travel untuk balik kampung dapat mengenali banyak tempat-tempat menarik, makanan, pergaulan dan budaya, jika tidak bila lagi dapat selalu untuk smpai ke utara? Dipertemukan pula dengan k.Aliza sini kagum dengan dirinya sanggup berkorban dan menjalani kehidupan jauh di perantauan demi suami dan keluarga tercinta.

Membuat decision berhenti kerja kerana mengikut suami tercinta menyambung pengajian di Amman, Jordan berpeluang diri ini melihat perkembangan anak-anak membesar di hadapan mata juga suatu anugerah tidak terhingga nilainya. Dan juga lebih mengenali dan kenali lebih dekat expectation suamiku, bahtera rumahtangga yang kami bina dalam usaha mendapat keberkatan dunia akhirat, insyallah. Bukan sesuatu  yang mudah.

Tahun 2008 mendapat title kaunselor berdaftar, walaupun sudah beberapa tahun berhenti sebagai pensyarah tetapi masih aktif dalam usaha menabur khidmat bimbingan dan kaunseling kepada adik-adik pelajar BA di Jordan. Insyallah dengan IzinNya sekadar termampu.

Wednesday 16 May 2012

Tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum wbt.......

Bismillahirahmanirahim......salam taaruf dan sayang untuk semua.

Alhmdulillah syukur kehadrat Ilahi, dinamakan Noriana Abdullah lahirnya dalam sebuah keluarga sederhana satu kawasan pedalaman daerah Kuala Terengganu . Didoakan agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat buat kedua ibu bapa tercinta Abdullah Mohamed dan Che Wan Nasimah Che Wan Da.

Orangnya simple, gelaran nama hanya satu dari kecil sehingga hari ini 'yana' . Ditakdirkan anak sulung daripada tujuh adik beradik. Empat di atas perempuan, lima dan enam lelaki dan bongsu perempuan. Seingatku tanggungjawab menjaga dan mendidik adik-adik diterapkan dalam diri ini seawal usia enam tahun. 

Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bahru, Serada. Berpeluang menghabiskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling dari tahun 1993/94 - 1998. Ada orang rezeki melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas SPM tapi diri ini mendapat hidayah 'celik akal' semasa mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Janji jangan putus asa. Alhamdulillah mendapat empat prinsipal dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM) kini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang kaunseling. Selepas habis pengajian kira-kira setahun diri ini bekerja tujuh jenis kerja sambilan sementara berjaya berkerjaya secara tetap. Jangan takut mencuba. Rezeki ada di mana-mana. Lagi banyak pengalaman lagi banyak ilmu yang diperolehi.

Pada tahun 2005 menerima tawaran menjadi pensyarah piskologi dan kaunseling di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang. Dalam tempoh mengajar mengambil risiko sambung lagi pengajian peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Psikologi Kaunseling. Diri ini diuji dengan pengurusan masa yang memerlukan kesabaran dan bukan sesuatu yang mudah untuk dikongsikan. Pembahagian masa dan kewangan untuk kerja dan belajar lagi membuatkan diri ini belajar untuk utamakan mana yang lebih penting.

Insyallah....bersambung lagi!!


Tuesday 15 May 2012

Tinta Hari Guru

Assalamualaikum wbt.........

"Wahai saudaraku kamu tidak akan menguasai ilmu melainkan enam perkara. 
  1. Cerdik
  2. Tamakkan ilmu
  3. Kesungguhan
  4. Bekalan (kemampuan kebendaan)
  5. Mengasihi tuan guru
  6. Tempoh yang lama" 
                                                                                                                Imam al-Shafiey rmhllh

Dewan Imam al-Shafiey: 378
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...