Assalamualaikum wbt.......
Bismillahirahmanirahim......salam taaruf dan sayang untuk semua.
Alhmdulillah syukur kehadrat Ilahi, dinamakan Noriana Abdullah lahirnya dalam sebuah keluarga sederhana satu kawasan pedalaman daerah Kuala Terengganu . Didoakan agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat buat kedua ibu bapa tercinta Abdullah Mohamed dan Che Wan Nasimah Che Wan Da.
Orangnya simple, gelaran nama hanya satu dari kecil sehingga hari ini 'yana' . Ditakdirkan anak sulung daripada tujuh adik beradik. Empat di atas perempuan, lima dan enam lelaki dan bongsu perempuan. Seingatku tanggungjawab menjaga dan mendidik adik-adik diterapkan dalam diri ini seawal usia enam tahun.
Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bahru, Serada. Berpeluang menghabiskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling dari tahun 1993/94 - 1998. Ada orang rezeki melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas SPM tapi diri ini mendapat hidayah 'celik akal' semasa mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Janji jangan putus asa. Alhamdulillah mendapat empat prinsipal dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM) kini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang kaunseling. Selepas habis pengajian kira-kira setahun diri ini bekerja tujuh jenis kerja sambilan sementara berjaya berkerjaya secara tetap. Jangan takut mencuba. Rezeki ada di mana-mana. Lagi banyak pengalaman lagi banyak ilmu yang diperolehi.
Pada tahun 2005 menerima tawaran menjadi pensyarah piskologi dan kaunseling di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang. Dalam tempoh mengajar mengambil risiko sambung lagi pengajian peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Psikologi Kaunseling. Diri ini diuji dengan pengurusan masa yang memerlukan kesabaran dan bukan sesuatu yang mudah untuk dikongsikan. Pembahagian masa dan kewangan untuk kerja dan belajar lagi membuatkan diri ini belajar untuk utamakan mana yang lebih penting.
Insyallah....bersambung lagi!!