CdiQ™

Monday, 11 June 2012

Kami lagi.........

befday Irfan lepas...
diari kami
salam taaruf dari kami...

Meriah kan dunia masakan!!!

Assalamualaikum wbt......selamat sejahtera semua.

bahan-bahan sudah ready
Alhamdulillah.......berkat kerjasama semua pihak aktiviti masak-memasak che kiah Sweileh berjaya dijalankan pada jumaat lepas. Antara menu yang menarik pada hari tersebut adalah belajar gadun tepung untuk kuey teow dan mee kuning dari Pn Bad yang pernah 11 tahun menetap di bumi Mesir, Meat ball bakso yang sedap itu dari adik pelajar indonesia Tuti, Pemanis mulut dadih oleh acik Naz, kueh mueh juga tidak ketinggalan iaitu kueh kaswi oleh Pn Liza dan kueh lompat tikam.

Bermula dengan tadarus seterusnya kepada demo masakan. Perasaan seronok juga bila dapat belajar & berkongsi tips-tips masakan tambahan pula bukan selalu dapat berkumpul sebegini. 
adunan tepung sebelum dimasukkan dalam mesin kuey teow
kuey teow dh siap...lembut
tengah gelek mee kuning pula
untuk meat ball ...bakso
semua dh siap...tunggu turn makan pula!!! Dadih belum hidang dh habis..
Sos pula original come from indonesia. Sebenarnya sudah lama ingin mencuba buat sendiri meat ball bakso tapi kali ini baru ada kesempatan. Syukur alhamdulillah. Sebelah malamnya pula jamuan kecil bagi warga Sweileh yang terlibat pula diadakan....ada yang dihantar lagi rumah ke rumah. Pendek kata semua dapat merasa 'kenduri' kali ini. Jika ada kesempatan akan datang insyallah menu berbeza menyusul oleh cheffah lain pula.

Akhir kalam ribuan kata terima kasih kepada tuan rumah dan barisan akhowat yang memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak terhingga. Sayang pada semua......

p/s: Lain kali jangan lupa join lagi....jangan serik2 tau!!!!

Taaruf dengan mereka

Assalamualaikum wbt......

Berasal dari keluarga sederhana dan ada kala diajar apa erti susah dan payah membuatkan diri ini dari kecil bermotivasi untuk keluar dari persaan tersebut. Tetapi sebagai hamba Allah setiap yang susah itu Allah datangkan nikmat dan kemudahan yang tidak difikirkan akal. Itulah hikmat dan tidak pasti sama antum pun menyedari atau sebaliknya. 

Dilahirkan sebagai anak sulung perempuan & selepas SPM seingatku menjadi pengganti ayah menemani emak ke mana jua destinasi. 

Anak kedua, Norida yang kami kenali k.ngah.....seorang yang agresif, garang, mudah mendapat kawan dan sangat ambil berat dengan kebajikan kami semua.

Anak ketiga, Norisuhada kini bekerja sebagai pegawai eksekutif akaun siapa tahu siapa dapat ramalkan rezeki Allah tetapkan dia mendapat kerja dengan title sedemikian dengan sekeping diploma sahaja. Untuk adik-adik di luar sana amalkan rasa tidak memilih sesungguhnya Allah akan sediakan tempat yang terbaik untuk anda asalkan berani mencuba walaupun bermula dari tangga gaji rendah. Seorang sensitif, bijak, manja dengan mak dan bertanggungjawab. 

Anak keempat juga perempuan, nama Norinajiah. kami gelarkan k.jie......walaupun tidak minat untuk melanjutkan pengajian kami galakkan belajar kemahiran yang k.jie gemari. Terima bahawa untuk berjaya bukan semua perlu masuk universiti. Seorang peramah, ringan tangan & baik hati.

Anak kelima lelaki, Muhammad Ammar suka melayan anak-anak kecil, pandai mengemas dan masih belajar apa itu bertanggungjawab.

Anak keenam Muhammad Akid Azfar suka bercakap dan suka tolong orang. Anak bongsu Nur Izzati menjadi tumpuan semua kakak dan abang......tidak dapat dinafikan semua ciri-ciri pada yang sulung sehingga keenam ada pada dirinya. 

Dengan doa moga semua berjaya dan sentiasa diberkati Allah s.wt. Amin ya Rabb..............

Perbaiki niat anda

Assalamualaikum wbt.........

Semoga anda semua berada dalam lindunganNya. 

Semalam terbaca satu post di Facebook, seorang individu yang meminati ilmu kaunseling dan berpendapat perlu bekerja juga dalam bidang kaunseling. Asalnya diriku berpendapat begini juga untuk tiga empat tahun lepas tetapi sebenarnya ilmu Allah ini luas bukan terhad kepada pekerjaan tetap, pangkat an etc.

Memang tidak dinafikan setiap orang mengimpikan pekerjaan tetap bagi membolehkan merealisasikan impian masing-masing tetapi sedarkah anda ramai di luar sana memerlukan khidmat bantuan kaunseling keluarga, kerjaya, pengurusan kewangan daln pelbagai lagi. Setiap lapis masyarakat memerlukan khidmat anda. Usahlah berkira dan mengejar pangkat capai dahulu apa yang anda miliki. 

Berbalik kepada basic asal perbaiki dan mantapkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikirkan masalah orang lain. Sesungguh cabaran sebenar sedang menanti anda. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...