CdiQ™

Wednesday, 2 May 2012

Sanah Helwa Habibi MuHammad IrFan

Assalamualaikum wbt.....salam sejahtera

Alhamdulillah...hari ini anakanda Irfan genap empat tahun. Dua tiga hari lepas bonda pula yang sibuk get prepared to suprised party for my little hero ni. Siap booking satu hari minta ayahanda luangkan masa free bawa Irfan main bowling di Mukhtar Mall. Seronok pula dia first time main bowling. Kebetulan tempohari Irfan berjaya khatam Iqra' 1 satu pun bonda tak bagi apa-apa hadiah pun. Kali ni bonda kumpulkan hadiah sekaligus.

Tiada yang lain harapan bonda dan ayahanda moga anakanda Irfan terus membesar sebagai seorang muslim sejati, berbuat baik kepada ibu bapa, abang contoh untuk adik-adik, rajin belajar solat, mengaji dan hafaz quran. Doa bonda dan ayahanda iringimu sentiasa sampai akhirat.


Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah Taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
 Surah Al-Baqarah (ayat 128)

Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
 Surah Ibrahim (ayat 40-41)

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Syukur padaMu ya Allah dengan anugerah tidak terhingga dalam usaha mendidik anak-anak. Diberi peluang girang menimang cahayamata, bonda boleh mengacah anakanda dengan berunsurkan didikan tarbawi, sambil mendodoikan, bonda boleh menyanyi nasyid atau zikir yang boleh membangkitkan jiwa, sambil bergurau senda, bonda boleh menerapkan nilai membantu dan kerjasama, taat, sopan, dosa pahala dan sebagainya, pendeknya bermacam-macam cara atau medan untuk bonda didik anakanda dengan penuh kasih sayang.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
 Surah Al-Furqan (ayat 74).

Bonda dan ayahanda sayang abang.....
Adik Izzah sayang abang.... 
Abang Irfan...
Abang contoh... 
Moga dirahmati Allah selalu...
Amin... 

Tidak lupa juga sanah helwa untuk pak uda dan toki ayah.....sama-sama dilahirkan dalam bulan mei!!! Moga kalian diberkati Allah sokmo....

Ailah Irfan
Sweileh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...