CdiQ™

Friday, 31 December 2010

Assalamualaikum.....

Takziah buat K.liza sekeluarga

Pagi semalam 30/12/12 kami sekeluarga menerima khabaran ayah kak Asliza meninggal dunia di Hospital Kuala Terengganu lebih kurang pukul 5am(waktu malaysia). Semoga arwah ayah k.liza dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin...

p/s: Kak Asliza merupakan isteri ust annuar (staf UM) teman bonda senang dan susah di bumi Jordan ....bersama 4 orang anak dan bakal melahirkan anak kelima bln 2 akan datang. Menemani suami menyambung pengajian phd di jamiah WISE, Jordan.


4.50pm
Assalamualaikum.....

Dugaan dalam Jihad Pengembaraan Ilmu

Kami sekeluarga dikejutkan dengan ayah mertuaku dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana serangan strok. Tiba-tiba pula terlintas di fikiran...ayah makan apa? ayah jatuh ke? siapa ada ketika tu? macam2?....sedangkan difikiran kami ayah langsung tiada penyakit baik darah tinggi, kencing manis mahupun jantung. Risau dan bimbang menyelubungi fikiran. Ya Allah selamatkan ayah kami.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...kami dikhabarkan ayah mengalami serangan di peringkat awal. Setelah 2 malam di hospital ayah dibenarkan pulang. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan suami tersayang....dalam menghadapi imtihan awal datang pula khabaran mengejut ini. Teringat pula pesan suamiku..dalam apa jua khabaran baik sedih mahupun gembira sesungguhnya Allah telah memilih orang tertentu untuk menerima dugaan tersebut. Dalam betul makna beriman pada qada' dan qadar Allah.....kalau dulu zaman kanak-kanak hanya pandai mengira rukun iman ada berapa tetapi sekarang belajar menghayati erti rukun iman ini. Ya Allah kami memohon kuatkan hati jiwa kami dalam menghadapi dugaan yang datang...amin.


4.35pm
Alfumabruk

Barakahu fikhi buat kakak tersayang Dr. Latifah Abdul Majid kerana mendapat anugerah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, mewakili Fakulti Pengajian Islam iaitu "Kursus yang paling aktif menggunakan SPIN/ELearning". Semoga dengan anugerah ini menyemarakkan lagi prestasi akan datang .......insyAllah.


4.11pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...