CdiQ™

Monday 11 April 2011

ABANG JOM....MENGAJI ALIF BA TAA..


Irfan dh mula belajar mengenal kalam Allah....mengaji....bonda mula dengan baca buku iqra'. Syukran ya nenek sudi kirimkan abang iqra'....but the problem is abang gaji bukan tiap2 hari....adoiiii tambah pula kalau kt tv ada kartun tom n jerry...don't disturb!!!!! So bonda pula kena bijak atur si abang ni.....1st measure tv dh swicth off......siap2 dia ambil air wuduk skli....then solat mghrib sesama....solat berjemaah sekali. Nak ajak solat pun ambil masa juga timing  dia bentang sejadah alahai lama ye. :). Lepas solat terus gaji....alhmdulillah berkesan.
ABANG IRFAN..... 'LEARNING'



Sekarang kalau bonda tanya abang buat apa tu....sambil menjawab 'abang nulis'....tangan kanan pegang pencil xpun pen....kalau pen mesti ambil senyap2 yang ayah punya. Lepas tu bila ayah tanya mana pen ayah....buat xtahu je. sebab apa...xingat dah yang tadi dia ambil pen ayah. Bonda dh sediakan semua dh..bekas pensil, eraser....beg tapi berminat juga yang ayah punya. Agaknya mind set yang ayah punya lagi seronok. This video boleh kita berkongsi sama bagi mereka yang anaknya sebaya ngn anakanda Irfan...2 mei ni genap 3 tahun.

Sunday 10 April 2011


"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..." 

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

CINTA

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." 

(Imam Nawawi)

Friday 8 April 2011

Bismillahirahmanirahim......

PERUBAHAN KIAN KURASAKAN

Alhamdulillah....syukur pada Ilahi sepanjang tempoh bonda menemani ayahanda datang menjejaki ke bumi anbiya' banyak perkara yang bonda pelajari. Antaranya nak adapt dengan suasana, masyarakat sekeliling, makanan dan masakan, rutin harian dan pelbagai lagi termasuk dengan aktiviti program yang sampai xterikut juga untuk bonda sertai. Perasaan tu nak digambarkan seronok dan bile memikirkan tersenyum pun ada. Cuma jika datang juga angin sepoi2 ada juga masa ye rindu pada negara sendiri. 

anakanda irfan makan kek...habibeh 
Masa awal2 dlu pelik dan rimas juga rsa bila ada orang arab kahwin hingap bingap bunyi bungi api meletup2 tmbh lg kalau musim panas, lagu2 dipasang kuat.......sorak2, berarak kereta ( hon non stop n jalan raya tu umpama diorg yg pye). Tapi sekarang bile dh lama2.....dh sokmo nmpk dan juge bile dh bgaul dgn arab2 ni rs ye dh blh trime rupa ye ni la adat mereka. Malam tadi bonda sempat hadiri majlis perkahwinan ahli keluarga tuan rumah...masyallah happening ye rs mcm bonda hadiri mjlis kt hollywood pula. Pengantin dirai betul2...dimake up like princess, tarian dan macam2 lg. Tempat majlis pula macam ala 5 star...pengalaman tinggal di negara orang. Ish macam2 boleh explore kan...


Dewan ketika majlis bertunang

Sesampai je tanah arab ni...ttnya2 pd diri sndiri blh adapt ke? Kedai sayur n kedai buah duk cbuk jerit2 hrga buah la apa la....kdg tu nk rehat pun xok rs ye bising sgt tmbh la lg kalau bulan puasa mak oi meriah. Dlu nk pg kedai ke psr ke rs takut pun ada.....takut nk bercakap tp lama2 dh kaleh....hentam je. Bahasa arab pun ada bahasa inggeris pun ada....penguasaan bahasa bonda dua2 pun bertmbh baik. Syukur.....

Di sini banyak program ilmiah & nonilmiah...kls tafaquh, sharing akhawat, setiap prog mesti ada slot ceramah ringkas n cuma lately bonda xdapat nk bg komitmen penuh kedatangan kerana komitmen dh bertambah. insyallah tunggu 2nd baby dh bsr ckit bonda aktif kembali. Cuma bagi mereka yang mempunyai masa dan masih kurang komitmen hadirilah sesi ilmiah ni....cmua free. xcmua tpt kita pergi ada disediakan program2 sebegini.

Buah hati kami
Sepanjang tempoh ini bonda mengisi juga masa dengan berinternet dan bahan bacaan. Kalau dulu buku ye banyak tapi masa xcukup je. Insyallah bonda akan manfaatkan sepenuhnya. Sekarang bonda berteman...jika bonda mula pegang buku anakanda irfan akan duduk menemani bonda membaca. seronok rs ye...mga anakanda menjadi anak yg soleh ye. amin.

Stu lg dengan sokongan suami tercinta yg sokmo je akan memerhati dan menilai apa jua masakan bonda membuatkan bonda mkin kreatif dan bertambah yakin dalam bab masak memasak ni. Rasa ye dulu dh rs diri pndai masak tp betul la dlu msk campak2...so skrg msk pun perlu skill...ceh azam nk jd surirumah efektif nih. Rumah, dapur, anak2, suami surirumahlah watak utama dalam menjadi tunjang keluarga bjaya. Insyallah.....TQ sayang....coz bg hadiah buku "Ciri-ciri wanita yang membawa ke syurga' tulisan Jaafar salleh.


ok la setakat ini dulu.....nnti bersua lg.

Thursday 7 April 2011

DETIK-DETIK RASULULLAH SAW MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Utk Renungan Bersama.


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

P/S: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

bahan ini sudah lama cuma bonda baru berkempatan untuk post kan....salam maaf cmua.

sumber: tokoh islam@blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...