Assalamualaikum wbt.......
Salam sejahtera semua moga sihat selalu. Seronok juga sambil menaip layan IKIM. fm kan? Maklumlah menetap di luar negara ni bukan selalu boleh dengar helwa melayu. Terubat rindu di hati pada tanahair tercinta.....tambah pula sekarang ust Zaharuddin sedang hangat berkumandang mengenai muamalat. Macam-macam persoalan mudah pun ada lagi ditanya oleh pemanggil. Pasal hutang beli emas, hutang bank, jual barang antik dan pelbagai lagi. Nampak sangat ramai orang masih kurang membaca. Betul juga apa yang Prog Dr Muhaya cakap bila tanya 'anda dengar radio IKIM.fm tak?' Tanya jenis radio kegemaran pun dh boleh kategori anda jenis apa.......(maksud beliau mungkin radio IKIM ni banyak ilmu yang anda dapat ketahui selain tau hiburan sahaja.
Banyak pula celoteh pasal radio kan? Directly on the point....
'Kahwin ketika belajar'....seronok sangat bila buka bab ni. Tengok pula gambar kat atas ni alahai manisnya...bahagianya. Haaa berangan la tu.....
Kalau dulu ustazah Pendidikan Syariah Islamiyah (PSI) masuk bab munakahat memang confirm tak mengantuk dalam kelas. Rasa nak tahu.....nak dengar lagi. Rindu pada celoteh agama ustazah Ramlah sekarang masih mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Moga beliau sihat sentiasa. Sepanjang pengalaman bonda study dulu tak ramai pelajar kahwin ketika belajar maklumlah itu bukan budaya pelajar-pelajar universiti dalam negara. Bukan tak ada langsung tapi masih boleh dikira jumlahnya. Mungkin satu fakulti hanya 2 atau 3 orang sahaja. Itu pun salah seorang pasangan sudah bekerjaya atau sudah matang usianya. Bukan senang tau nak tanggung anak orang. Befday pun nak celebrate sama-sama....tak ada hadiah nanti merajuk panjang pulak.
Perbincangan ini khusus pada mereka pelajar BA atau diploma...kenapa? Sebab mereka ini pelajar yang masih muda usianya mungkin rata-rata adalah baru lepasan SPM atau STPM. Bagi mereka peringkat MA @ Phd lain pula fikrahnya.
Luaskan pengetahuan anda. Ambil mana yang baik dan buang jauh2 yang negatif. Kahwin ketika belajar sebenarnya tidak salah malah dalam agama digalakkan bagi mereka yang mampu. Cuma yang menjadi check list timbang balik untuk sama-sama direnung kembali adalah kelengkapan ilmu dalam meneroka bahtera rumahtangga. Janganlah hanya tengok persekitaran rakan sebaya kita kahwin kita pun beria-ia untuk ikut jejak langkah. Tanya diri sendiri dulu boleh ke jika diri ini berkahwin dan bergelar isteri dan ibu kepada anak yang bakal lahir (jika perempuan) begitulah juga jika anda adalah lelaki. Jika solat lima waktu pun kawan kena ingatkan bagaimana pula kita nak value diri? Belum tanya lagi bab masak, kemas rumah, urus pengurusan diri.....:).
Saya sedang bercinta. Jadi boleh la kahwin.....
Adik-adik yang dirahmati Allah,
Bercinta dan berkahwin dua alam yang amat berbeza....beza...dan sangat beza. Nak dicintai atau sedang fall in love adalah perasaan normal iaitu setiap orang inginkan perhatian atau disayangi. Dalam psikologi perkembangan ia dinamakan konflik diri sebab kebanyakkannya dialami oleh remaja.
Biasanya ibu bapa penentu, akan cuba menilai kesesuaian calon anak remaja mereka dengan berdasarkan latarbelakang sosioekonomi, etnik dan agama sebab dibimbangi percintaan akan berakhir dengan perkahwinan yang tidak sepadan atau tidak sesuai. Sedih la pulak kan? Tapi ini kenyataan jodoh dan kahwin bukan perkara mudah seperti yang disangkakan. Kalau tak sesuai berpisah la..nanti jumpa lagi kahwin lagi...apa kahwin ni macam ganti baju ke? Ia melibatkan maruah dan agama. Sebab itu juga ada hukum nikah. Apa-apa mintalah pandangan ibu bapa masing-masing elakkan diri hanyut dengan perasaan sendiri.
Banyakkan membaca mengenai cabaran-cabaran, komitmen, tanggungjawab atau bertanya mereka yang berpengalaman menjadi suami, bapa, isteri dan ibu kepada anak-anak dalam merealitikan antara teori dengan realiti. Itu yang sebetulnya bukan main redah aja. Faham pun ikut faham kepala otak sendiri. Bila la berkembang cara fikir kan? Ust Hasrizal pun ada bincangkan SINI . Adik-adik semua faham ini dahulu apa yang perlu
- Tanya dan kongsi pendapat ibu bapa dalam mencari calon suami/isteri. Sebab sebarang ciri-ciri itu garis panduan awal untuk mencari calon dan paling penting adalah untuk menjadikan calon ahli keluarga.
- Selidiki kriteria calon suami yang boleh bimbing anda sampai ke syurga. (kalau pakat berebut calon semuanya ustaz aja susah juga dahlah jumlah pelajar lelaki graduan agama ni sedikit). Mana tau bukan bidang agama pun sahsiahnya elok janji boleh jadi ikon untuk anak-anak nanti. Jangan pandang rendah.
- Selidiki kriteria sebagai isteri solehah ...yang mampu menjaga keluarga, maruah dan menjadi tunjang rumahtangga. Kalau suka merajuk tu macamana? Tak kan setiap kali kena tegur dengan kedua orang tua pun selalu merajuk nanti anak-anak terikut perangai ibu mereka pula. Anda pertimbangkan sendiri.
- Tips keluarga bahagia (hubungan komunikasi dua belah pihak, keluarga besar kecil semua mesti diambil kira malah tahu juga untuk meraikan kawan-kawan mertua).
- Cabaran bapa/ ibu muda (penjagaan, anak kecil meragam, menyusu macam2 lagi. Jangan pula tiba time tu isteri seorang yang berhadapan dengan ragam anak).
- Tanggungjawab suami/ isteri ( yang wajib dipikul, kalau pandang ringan itu yang rumahtangga bergoyah)
- Batas-batas pergaulan sebelum@setelah berkahwin (kegemaran ramai apa-apa je dalam fb...hati-hati lah tika add apa-apa gambar dalam fb sebab ramai bukan mahram anda sedang menanti ......nak tengok!!!).
Ambil iktibar adakah diri anda sudah bersedia menerima dan menghadapi kehidupan seperti di atas. Sematkan diri anda remaja-remaja Islam yang bakal menerajui ummah. Jika rumahtangga yang dibina itu tidak kuat maka mudahlah ia goyah. Lemahnya diri goyahlah masyarakat zaman teknologi canggih ini. Bagi anda remaja wanita berdirilah sebagai wanita Serikandi Ummah yang tebal dengan ilmu pengetahuan dan bersedia menghadapi apa jua dugaan. Utamakan zaman menuntut ilmu adalah penting daripada yang penting. Dunia sebenar sedang menanti anda.....
Moga apa yang diatas sedikit sebanyak membantu anda....insyallah dengan petunjukNya dan berkat doa anda akan memiliki calon yang terbaik..amin!!!!
Jazakumullah khir....
Ila Liqa'