CdiQ™

Wednesday, 20 July 2011

Bahaya Mengumpat



Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

copyright@http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
Bismillahirahmanirahim......

Salam untuk semua!!!

APA YANG ADA .....CUKUP LA

Maaf la sekarang br ada kesempatan nk mengulas psl program family day. Bulan lepas kami sekeluarga berkesempatan join sama untuk program family day PPMA.....walaupun dalam keadaan sambutan ahli tidak memberangsangkan tapi alhmdulillah program ini berjaya dan dilengkapi dengan kedatangan pengarah MSD sekeluarga untuk majlis penutup pada sebelah petang.  

Maaf la...gmbr xclear. Ayam masak kunyit. Pemenang IRON CHEF 2011
time kaseh la bebyk kt fotographer ye:)

Apa menarik boleh bonda kongsikan bersama....peserta dibahagikan 5 kumpulan. Pada sebelah pagi banyak aktiviti sukaneka termasuk kanak-kanak. Dinihari pula slot IRON CHEF.....kami ahli2 kumpulan dikehendaki memilih bahan2 mentah yang disediakan dan diminta menyediakan 2 hidangan dalam masa yang diberikan. Apa yang kelakar....bila dh semua mengambil tpt setelah memilih bahan. Masalah juga nk nyalakan api dapur arang...sbr2 akhirnya berasap juga dapur kami. Tapi apa yang bonda nk kongsikan...menu ye adalah masak berdasarkan bahan yang ada. Akhirnya ada menu ayam masak kunyit, ayam halia sweet sour, masak kari, masak kurma n group kami msk ayam goreng kari merah (lh thn juga pedasnya). Sebenarnya kita boleh je masak mengikut apa yang ada....lg buatkan masakan kite lain dr yang lain dan juga hasilkan minda kite pun kreatif. Group yang menang plak ayam msk kunyit.....dh la mereka yang last ambil bahan tu pun apa yang tinggal je. Sedap pula....terasa betul kunyit ye.

Moral of da story....blk dr fmily day tempohari ayahanda (suamiku) berpesan...'sebenarnya masakan kita asalnya bahan mengikut kreativiti...kalau bahan kicap misalnya habis boleh jer cr alternatif lain untuk gantikan kicap'. Kebetulan bonda mengeluh beberapa hari lepas ada bahan dah habis...ayahanda ckp ritu fmily day blh je masak. Dalam hati betul juga jawapan suamiku.....'kreatif...kreatif.':)

Gaya model si kecil yang comel
 
Papan markah sepanjang program
 
Selain tu...kesempatan program tu juga kami sekeluarga dapat mengenali lg ahli2 PPMA lebih dekat. Mengeratkan ukhuwwah silaturahim dgn yg ada. Dh byk kali kami xbkesempatan mengikuti bersama program under PPMA. Insyallah ada kesempatan dan diizinkan Allah...bersua lg fmily day akan datang.
Mereka yang hadir menceriakan
program fmily day PPMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...