CdiQ™

Monday, 17 December 2012

Jasa & Ilmu mereka

Assalamualaikum wbt......


Alhamdulillah dengan IzinNya kesihatan diriku makin bertambah baik. Cuma kesihatan anak-anak sedikit terjejas maklumlah sudah berakhirnya musim luruh dan bertemu winter pula demam, batuk & selsema berselang-selang....si abang sihat lepas itu si adik pula. Doa bonda anakanda-anakanda cepat sihat.

Sahabat lamaku merangkap peranan seorang kakak.....dikhabarkan lecturer kami semasa BA dulu dua orang hendak bersara. Sedih pula dan terkenang jasa dan ilmu mereka tidak terhingga buat becth kami ( group kedua utk Sarjana Muda Kaunseling). Manakan tidak dari tahun 1 sehingga tahun akhir mereka ini lah yang kami berkongsi dan menelaah apa itu ilmu psikologi kaunseling. Bila-bila masa kami boleh ketuk pintu pejabat mereka bertanya pelbagai soalan, berbincang dan dapatkan nasihat. Even sudah tamat belajar pun kami tidak segan-segan untuk datang menuntut ilmu. Semoga mereka sentiasa mendapat keberkatan dan lindungan dari Allah s.w.t.


Sweileh, Amman
6c

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...