CdiQ™

Monday, 15 October 2012

Sayang anakku Sayang

Assalamuaalikum wbt........walhamdulillah
Minggu lepas anakanda Irfan mengajak ayahanda main buaian di taman berhampiran tempat tinggal kami. Macam biasa la kalu nak pergi kena bangun awal pagi. Alasan kami sementara masih tidak byk kenderaan di lalulintas bertemankan udara sejuk dan segar.  Perasaan pun tenang damai.

Anak-anak kami baik hari sekolah atau hari minggu memang mudah bangun awal pagi. Kalau mengantuk lagi lepas pukul 10 am nanti sambung rehat kembali. Suamiku memang tiada dalam kamus diarinya tidur selepas subuh. Never & ever....mengikut ulama mana pun tiada yang cadangkan amalan tidur selepas syuru'. Diriku kalah juga bila fully BF anakanda Izzah....alhamdulillah selepas berhenti menyusu aku kembali kepada rutin lama, boleh mulakan tugas-tugas harian awal pagi. Jika tidur awal pagi, rasa hari-hari berlalu begitu cepat tanpa disedari untuk pengisian yang lebih bermakna. Banyak kelebihan awal pagi, mood segar, fikiran tenang..fizikal pun kuat setelah berehat sebelah malamnya.

Anakanda Irfan bukan tak main buaian di raudah padahal tiap-tiap hari bermain dengan kawan-kawan. Terfikir kami agaknya dia ingin kongsikan keseronokkan tu bersama ahli keluarganya. Kebahagiaan anak-anak mungkin terletak pada keriangan dan keseronokan yang dirasakan bersama keluarga tersayang.

Hari ini demam selsema pula....terpaksa duduk rumah tidak dapat pergi raudhah. Lagipun dari semalam lagi Irfan minta supaya tak pergi sekolah. Moga cepat sihat. Ini kali ketiga Irfan demam sepanjang pergi sekolah. Kebetulan pula jordan sekarang dalam perubahan musim dari summer kepada winter....sekejap sejuk sekejap panas yang pasti cuaca terasa kekeringan padang pasir.....Allahuakhbar. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...