CdiQ™

Tuesday, 22 May 2012

Diari Bonda

Assalamualaikum wbt....

Sekadar coretan seorang bonda kepada anakanda tercinta.........
ceria wajah anakanda

tengah rehat
Khamis 18/05/2012
 Petang-malam
  • tolong sahabat-sabahat untuk kenduri aqiqah di bayt Farid
  • anakanda Izzah ramah dan seronok bermain dengan adik-adik UJ
  • 2.30am - terjaga dari tidur, dapati badan anakanda Izzah panas
  • suhu badan Izzah 38.1'c
  • jerlun kepala Izzah dengan air, masukkan ubat 
 Jumaat 19/05/2012
  • Izzah badmood sepanjang pagi di tempat masak-masak kenduri
  • Badan Izzah masih panas
  • Mata kuyu, asyik nak berdukung
  • langsung tak mahu 'berkawan' dengan ayah
  • Mandi lewat petang dengan campuran air doa ayahanda
  • Sepanjang malam bangkit untuk jerlun kepala Izzah
Sabtu 20/05/2012
  •  Izzah masih demam
  • Asyik menangis sepanjang hari
  • Suara makin hilang
  • Langsung tiada selera makan minum
  • Sakit tekak sebab makan syamam (tembikai susu) pun nangis
  • Bonda dah makin letih
  • Ayahanda kuatkan semangat bonda, terharunya
  • Mandi lewat petang dengan air campuran doa ayahanda
Ahad 21/05/2012
  •  jerlun lagi kepala Izzah dengan air asam jawa sepanjang hari
  • Izzah masih menangis, tak nak makan minum
  • Mandi lewat petang dengan air campuran doa ayahanda
  •  12.30mlm - abang Irfan mengerang, badannya panas....demam pula
  • test by termometer 37.6'c..demam baru nak mula
  • sepanjang malam bonda jerlun kepala abang dengan air asam jawa
 Isnin 22/05/2012
  • Alhmdulillah, pagi badan Izzah sudah tidak panas 35.1'c.
  • Letih sahaja abang Irfan, badan masih panas
  • Asyik baring, tak larat nak bercakap dan tak tengok TV
  • test badan Irfan by termometer 39.4'c...panasnya
  • Tengahari ayah belikan IBUGESIC di farmasi, makan, Irfan langsung tak boleh tidur
  • Dua-dua beradik mandi lewat petang dengan air campuran doa ayahanda
  • malam Irfan dan Izzah tidur awal
  • sunyi awal bayt Irfan
  • sebelum tidur bonda telan panadol, terasa nak selsema
Selasa 23/05/12

  • Alhamdulillah badan Irfan dah tiada panas....lega
  • Tetapi....badan bonda kenapa rasa lain????
  • mata pedih dan berdenyit2, asyik bersin 4-5 kali ....
  • kepala pula terasa berat
  • suara pun rasa serak + sakit tekak
  • hidung ketat, tak boleh nafas
  • Alahai bonda pula yang tak sihat...telan lagi panadol
  • tengahari minta ayahanda picitkan kepala yang makin berdenyut-denyut
  • ayahanda sapu minyak cap kapak....alhamdulillah terlena 
  • petang - masih tak larat tapi lebih baik dari tadi
Moga kami sentiasa berada dalam lindunganNya.....amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...