CdiQ™

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN LAGI.....DI PERANTAUAN

Rasanya belum terlambat bonda ucapkan 'Selamat Berpuasa' buat mereka yg sudi berkunjung blog ni. Ahleen2.....Alhmdulillah dengan IzinNya rs ye ni kali ke 3 kami sekeluarga menyambut kedatangan ramadhan di bumi anbiya' ni. Moga Allah menerima puasa, qiyam, tadarus Al-Quran, sadaqah dan amalan lain yang kita lakukan sepanjang bulan berkat ini.

Macam mana sambutan di sini? Arab meraikan bulan ramadhan macam esok adalah syawal. Berbeza ngn budaya di Malaysia. Selang 5 minit ada bunyi letupan bunga api...kiri, kanan, depan dan belakang imarah kami. Subhanallah meriah ye ditambah lagi dgn bunyi riuh rendah suara budak2. Sekitar 1 jam sebelum waktu imsak ada je arab datang jln2 meriuhkan sekitar imarah2 dengan pukul gendang mengejutkan kita supaya bangun sahur. Market Tol Karam...huish penuh dibanjiri org setempat. Teringin juga nk terawih sama2 di masjid...bila fikirkan anakanda Izzah mesti xmau duduk...lgkan jika bonda nk solat. Sabar jla.....

Macam biasa rutin persatuan...alahai kali ni lagi rancak dengan diskusi(5 sesi), aktiviti tadarus, buka puasa ramai2, tafaqquh dan lain2 lg. Bertemankan cuaca musim panas (around 40c) hampir 15 jam berpuasa......lagi menguji kesabaran menahan lapar makan dan minum memerlukan keazaman kuat. Ya Allah berikan kekuatan kepada kami. Teringat cabaran para sahabat dalam Perang Badr yang berlaku setelah difardhukan berpuasa. Berbekal barisan tentera 313 orang hanya kelengkapan musafir bjya melawan 1000 orang tentera musuh di tengah2 padang pasir. Allahuakhbar...hebatnya para sahabat. Kuatkan ketahananku Ya Allah dalam usaha berpuasa dan masih meneruskan menyusukan ank kecil. Tabahkan diriku ......Ya Rabb!!!!

Hulurkan kata maaf buat yang mengenali kami disini dan ditanahair.....jika ada salah dan silap.
Mga amalan kami diterima oleh Allah SWT.....amin2 ya rabbul alamin!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...