CdiQ™

Wednesday 20 March 2013

Pyramid, Sungai Nil & Alexandria

Assalamualaikum wbt......

Salam untuk semua. Lama betul tidak berkesempatan update blog ni. Terima kasih buat semua yang tidak lupa untuk singgah di raudhahirfan. Alhamdulillah january lepas kami sekeluarga selamat pergi dan pulang setelah lapan hari berada di bumi Mesir. Kali ini kami jaulah dua keluarga iaitu bersama ai'lah ustaz Zaid. Kami memilih untuk sampai ke Kaherah dengan Egyptair.

Syukur dengan nikmat Allah memberi kesempatan diri ini dan anak-anak sampai ke universiti Al-Azhar tempat di mana suamiku belajar dahulu. Walaupun tidak berkesempatan sampai di Tonthor, mantiqah suamiku dahulu kerana kebetulan ramai betul pelawat dari Malaysia malah hampir 70 orang dari bumi urdun sendiri pergi mana-mana ada sahaja terserempak dengan orang Malaysia. Ada juga yang mengambil peluang singgah di Mesir setelah kembali dari ibadat umrah. Perasaan bila pijak kaki ke sana seolah-olah berada di bumi Malaysia sebab pandang kiri pandang kanan ramai orang Malaysia. 

Hari pertama 

Maqam Allahyarham Soleh Al-Jaafar
 Anak-anak enjoy The Park sementara menunggu order seafood siap

Hari Kedua, ketiga & Keempat 

Keseronokan berada di pameran buku terbesar membuatkan diri dan anak-anak tidak berasa jemu. Tambah-tambah pula buku, kamus anak-anak murah dan belum tentu jumpa kalau di malaysia. Begitu banyak booth-booth besar & kecil sepuluh kali pergi pun belum tentu habis ronda setiap booth. Ramai pelawat yang rata-rata datang dari setiap pelusuk dunia.

Alhamdulillah dapat juga kami pijak kami ke ma'arad kutub di Egypt

Tiket kami
Syukran Amin...adik sepupu bonda yang study medic di sana luangkan masa menemani ke ma'arad kutub

Ukhuwwah yang terjalin bersama Ust Zainol (pegawai Anak negeri Kedah)...syukran jazilan buat beliau & keluarga

Hari Kelima
Kami dah spai ke pyramid

Pyramid yang menjadi tumpuan ramai

Satu tarvel kami group adik medic cantik manis dari Russia....moga ukhuwwah antara kita berpanjangan. u all da best


ASPOUR Cristal tempat hasilan kristal kedua terbesar dunia

kagum la tu
ayahanda bersama ust zaid dan ust muaz

antara talaqi di masjid al-Azhar

Hari Keenam di Alexandria

Istana Raja farouk..raja terakhir yang dijatuhkan sebelum Hosni Mubarak memerintah Egypt

Library paling banyak khazanah manuskrip-manuskrip lama...7 ribu kaki persegi dari aras laut
Hari ketujuh 

pemandangan di Sungai Nil
Masjid Al-Hussein

Kami naik bot di Sungai Nil, jalan-jalan di Pasar Khan Khalili dan petang tu makan seafood lagi sebelum pulang ke jordan.

 Hari kelapan
Masjid al-Amru ibn al-As
ruangan masjid
Maqam-maqam sekitar maqam Imam al-Shafei


Qanaah @ kubu Salahuddin Al-Ayubi

Masjid Muhammad Ali Pasha
Hari pertama tiba terasa bumi mesir jauh beza dengan jordan jika dibandingkan dengan rakyatnya yang ramai....bayangkan setiap jalan di Kaherah begitu banyak kereta bersesak, berdebu rasa tidak ubah sepertimana Jakarta. Fikiranku mengatakan jordan lebih baik.....tapi setelah beberapa hari ternyata pendapatku meleset. Terdapat kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Orang cakap tak kenal makan tak cinta....

Di sana ada restoran melayu di setiap anak rumah negeri....macam-macam makanan melayu disediakan buat pengunjung. Patut la ramai pelajar melayu boleh tinggal di sana bertahun-tahun lamanya. Sekarang bilangan pelajar di sana lebih 10 ribu lebih. Pergi mana-mana ada sahaja warga melayu.

Jamiah al-Azhar lilBannat begitu besar.....untuk pengetahuan semua universiti lelaki beza dengan universiti perempuan. Masyallah agungnya terasa kelimuan di situ. Terfikir apa salahnya negara kita pun macam tu.......untuk bersukan pun sediakan masa atau tempat beza lelaki & perempuan baru selesa kan.

Bezanya lagi tidak ada halawiyat.....rupanya halawiyat tu hanya ada di bumi syams jordan, syria. Apa yang membuatkan kami rindu di sana ......a'sir tebu , mangga dan tokmiah.

a'sir kau kau rasa mangga

tokmiah....dulu favourite suamiku & kini kesukaan kami sekeluarga

Dah sampai jordan 2-3 hari anakanda irfan bangkit dari tidur terus order tokmiah....tergelak kami. Mana nak cari sayang bonda abang irfan....tokmiah hanya di mesir sahaja.

Terkilan juga kami tidak berkesempatan nak ziarah jamiah ayahanda di Tonthor....kebetulan sana ramai pengunjung serata tempat sememangnya mengambil kesempatan jaulah mesir musim sejuk. Sebenarnya banyak lagi maqam-maqam yang kami ziarah cuma tak upload gambar. 

Semoga kami diberi kesempatan menjejaki lagi kaki ke sana.

Sweileh, 
akhir syita'
9.28pg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...