CdiQ™

Wednesday 23 June 2010

Assalamualaikum wbt.....

LABAIKALLAHUMMALABAIK......
LABA
IKKALA SYARI KALA2 BAIK

Alhamdulillah..................kami sekeluarga bersama 3 lagi keluarga serta rombongan travel kami selamat pergi dan balik dari menunaikan umrah di Tanah suci dari bumi Jordan. Syukur ke hadrat Ilahi kesihatan kami sekeluarga berada dalam keadaan baik. Ayahanda pula balik sahaja dari mengerjakan umrah terus aktif dengan rutin talaqinya.... SubhanaAllah semoga segala ibadat kami diterima dan dirahmati dengan penuh barakah......InsyAllah.....

Sebelum meninggalkan masjid Nabawi terasa sebak dan bonda xsedar bile air mata membasahi pipi ketika solat sunat ingin meninggalkan masjid nabi junjungan nabi Muhammad s.a.w. Nikmat perasaan berada dekat sangat dengan nabi Allah hanya Allah sahaja yang tahu. Syukur sangat bonda dapat merasainya. Irfan yang sentiasa menemani bonda disisi turut hairan kenapa mata bonda berair. Entah bile pula dapat menjejakkan kaki dimasjid nabi yang penuh berkat ini.

Ketika di Makkah...kali pertama pengalaman memasuki Masjidil Haram...Ya Allah terasa keagungan Allah s.w.t. kerana Allah permudahkan kami masuk terus dapat melihat tegak berdirinya Kaabah tempat pusat bumi ini berputar dipenuhi orang ramai mengerumuninya. Berdirinya Kaabah arah kiblat semua warga Islam dari pelusuk dunia. Dapat melihat orang ramai sedang tawaf di hadapan mata ya Allah berdiri bulu roma....terasa dekat diri ini dengan Allah s.w.t. Subhanallah.....Maha Suci Allah. Sepanjang berada disana ianya sesuatu pengalaman yang bermakna......menyedarkan diri ini dari melakukan perkara2 yang mungkar. Jika diizinkan....kami akan ke sana lagi....InsyAllah.


Suasana perkarangan Masjid Nabawi selepas subuh



Di Hadapan Masjid Nabawi


Perkarangan Masjid Nabawi




Alhamdulillah selesai tawaf sunat


Di tingkat 2 Masjidil Haram

Syukur sangat padaNya dengan anakanda Irfan xbanyak karenah walau ada tikanya xcukup tidur n rehat....sa'ie nak juga berjalan sampai 2 round tetapi lepas tu terus mintak ayah dukung. Turn solat pula gilir2 jap duk ngn bonda jp duk ngn ayah.....alhamdulillah.....segalanya berjalan dengan lancar. Seronok je dia bile berada dalam masjid. Pandai pula tolong ambilkan air zam zam sendiri....lucu plak.

Deretan air Zam zam setiap sudut di Masjidil Haram

Kebetulan juga, kami dapat berjumpa saudara mara tanpa dirancang dan diizinkan Allah berjumpa di Tanah Suci. Terubat rasanya rindu pada kampung halaman serta keluarga tersayang. Alhamdulillah.....

Bersama keluarga ayah ngah n toki di Madinah


Tok yang dukung cicik...:)


Bersama mak lang n mak chaq di Makkah


Pengembaraan kali ini memang penuh bermakna buat kami sekeluarga. Dalam beredar meninggalkan Tanah Suci hati kami berkata....akan kami kunjungi bumi Nabi Muhammad s.a.w ini dengan izin Allah. InsyAllah......

23/6/2010
4.08pm

STADIUM ROM

Semasa on da way nk pergi shopping kain ihram untuk ayahanda di Balad, sempat lagi kami sekeluarga bersama bayt amzar singgah ke tapak Rom....terfikir bonda bagaimana orang dulu boleh mengangkat tiang2 batu yang besar tuh sedangkan bantuan jentolak apa yang mereka ada. Kami terlupa bawa iqamah (visa pelajar) so kena la caj bayaran...30 khuruj (rm1.50) tidak termasuk Irfan.



Sedang dalam penambahbaikan




Aksi 2 beranak...comel je



Bayt Irfan n bayt amzar



Bonda xlarat nk manjat sapai seat atas...cukup la kt bawah je

Di tepi stadium dibuka muzium kecil mempamerkan barang2 purba zaman Rom. Agak2 ye stadium ini untuk pentas teather atau muzikal. Sebabnya ikut kiraan saiz xsesuai untuk stadium sukan saiznya agak kecil. Rupanya Jordan banyak tempat tinggalan sejarah...jika berpeluang insyAllah kami akan explore lagi.

23/6/2010
12.14pm
ANAKANDA IRFAN

Satu kegemaran Irfan pantang sangat kalau nampak 'bubu' (baby) seronok sangat la dia. Tak tau la dia kalau jumpa sepupu2 'baru' kt Malaysia xblk agak ye...asyik nk riba n kiss je kerja ye. Kebetulan kami sebelah ayahanda pun dapat baby baru n sebelah bonda pun ada. Alhmdulillah rezeki yang Allah berikan tidak ternilai harganya. Nasib baik la Irfan dapat 'adik' kat sini.....seronok la dia. Dah puas kiss n pegang2 baru nk bermain. Tapi apa nk buat adik 'bubu' Nu'ym balik Malaysia untuk shoifi ni....lepas raya la nmpak ye br jumpa balik.



Gaya anakanda bile dapat riba bubu
SALAM UKHUWWAH

Setelah beberapa bulan bonda xupdate blog. Ramai ye yang bertanya kenapa.....salam maaf dari kami disebabkan kesihatan bonda tidak mengizinkan. Tetapi selepas je sihat terus aktif dengan pelbagai aktiviti masih xsempat juga nk update blog. Alhamdulillah..... hari ini kesihatan kami sekeluarga sihat hendakNya walaupun kami baru sahaja balik dari mengerjakan umrah.

Dalam masa berlalu, anakanda Irfan dah pun masuk umur 2 tahun.....rasa ye sekejap je anak bonda dh besar depan mata. Banyak yang Irfan dh belajar....'mulut' pun dh banyak cakap. Tenang dan seronok rasanya bila dapat melihat perkembangan anakanda tersayang.



Wajah anakanda Irfan sebelum masuk 2 tahun



Wajah baru anakanda Irfan


23/6/2010
10.22am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...