CdiQ™

Friday 31 August 2012

Tips Fasilitator Efektif

Assalamualaikum wbt......salam sejahtera.


Beberapa hari lepas ada adik akhowat call bertanya kesudian untuk menjadi fasilitator sempena ramai Sambutan Pelajar Baru (SPB). Bila di tanya modul untuk LDK sudah siap atau belum? Jawapannya, masih dalam proses. Teringat ketika digelar penasihat Persatuan Pelajar di tempat bekerja dahulu, masih terbayang laju pena dijari membetulkan modul student.

Sebenarnya program bentuk LDK ini sesuai untuk semua lapisan umur. Melalui LDK dapat membantu meningkatkan motivasi dan prestasi individu. 

Siapa pula fasilitator? Fasilitator ini bertindak sebagai pemudah cara dalam menjayakan proses LDK. Namun perubahan psikologi masyarakat hari ini menjadi satu cabaran yang besar bagi seseorang fasilitator untuk memahami dan membimbing peserta program ke arah perubahan yang dinamik. Ekoran itu, kepakaran, pengetahuan dan kemahiran fasilitator dari pelbagai latarbelakang untuk mengendalikan kumpulan dalam sesuatu program latihan amat penting kepada kejayaan program tersebut.
Pengetahuan dan jika ada latihan asas dapat mengetengahkan kecemerlangan dalam menjadi seorang fasilitator muslim yang baik. Kemahiran generik (insaniah) sangat penting diterapkan dalam membina interpersonal dan intrapersonal bagi sesorang fasilitator. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. 

Peranan fasilitator
  • kemahiran generik, profesional, cekap, memahami, mengelola kecemasan,menggilap kemahiran, memperbaiki hubungan, membantu dan melihat masalah sini
Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. Kemahiran generik yang meliputi
• kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
• kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
• kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
• kemahiran kepimpinan,
• kemahiran keusahawanan

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu bakal-bakal fasilitator dalam melancarkan urusan minggu ramah mesra nanti. Bittaufik wa najjah...:)

Selamat menyambut Idulfitri
Sweileh, Amman

Wednesday 29 August 2012

'Manisnya' syawal

Assalamualaikum wbt........sekadar coretan di bulan mulia


1 syawal
Lain sedikit tahun ini kami tidak beraya di kedutaan Malaysia, alasan bonda masih tidak sihat sepenuhnya
Petang beraya rumah kawan berhampiran
Mendapat khabaran dari malaysia ayah mertuaku tidak sihat...moga dilindungi dan kembali sihat

2 syawal
Beraya di rumah pengarah Education Malaysian Jordan (EMJ)
Jalan-jalan raya di Hayat Mall
izzah bersama kakak-kakak favouritenya
3 syawal 
Menerima tetamu dari irbid, ai'lah ust Zaid sekeluarga
Beraya sekitar rakan-rakan sweileh
Open house ust rozaimi sekeluarga
Sebelah malam beraya di rumah ummu Suhaiy (merangkap keluarga angkat- arab Iraq) area istikhlal Mall, Amman

Ai'lah angkat kami
4 syawal
Beraya di rumah ust akramin
Sebelah malam menerima kunjungan rakan-rakan sweileh

5 syawal
Beraya di rumah kawan a.ja...sarjan dan keluarga

6 syawal
Beraya di rumah pegawai kanan EMJ, ust Shaifuddin sekeluarga

sekitar halaman rumah ust shaifuddin, pokok epal


7 syawal
Menerima kunjungan adik-adik akhowat dari jamiah ahli bayt -Mafrad

8 syawal
Meraikan syabab sweileh datang berhari raya di bayt Irfan
Berkunjung ke open house Ust Azhan sekeluarga

9 syawal -14 syawal
Kami mula mulakan ibadat puasa sunat syawal...insyallah

10 syawal
Perjumpaan -Sesi memberi panduan Fasilitator kepada pelajar BA jamiah Urdun sempena SBP minggu akan datang


Syawal, Sweileh

Aktiviti 30 ramadhan

Assalamualaikum wbt.......

Alhamdulillah sempat juga nak entry peristiwa sebelum lebaran. Hari ini sudah 9 syawal dan masih bulan mulia ini kami sekeluarga ucapkan selamat hari raya idulfitri buat semua dan huluran maaf zahir & batin. Di bawah tu gambar kenangan sebelum 1 syawal. Kami berpuasa 30 hari sama tanah arab yang lain dan bonus untuk orang malaysia yang tahun ini hanya puasa 29 hari. 

Macam ini la lagaknya lebaran di parantauan. Sepetang asyik tengok cerita upin ipin. Ambil mood hari raya. Seronok tengok upin ipin buat dodol & biskut raya. Kalau di kampung lain pula gayanya nak duduk elok-elok depan tv pun susah bila dah jumpa sepupu sepapat sampai letih-letih bermain. Apa nak buat layan je.....

Akhir ramadhan pula kami berkumpul di bayt farid berbuka puasa ramai, sempat juga bonda masak bubur lambuk terengganu.....alahai alhamdulillah boleh juga rakan-rakan lain merasa bubur lambuk timur. Kalau keluarga kami memang tak sah tak makan bubur lambuk ketika bulan ramadhan. 

Selepas berbuka laungan takbir raya beramai-ramai lagi meriah suasana. Sambil bersembang dihidangkan pula biskut-biskut raya dan hidangan moreh. Inilah aktiviti kami setiap kali akhir ramadhan dalam mengubat kerinduan kampung halaman dan masakan ibunda tercinta sekurang-kurangnya kemeriahan sambutan syawal kami rasai. 



30 ramadhan
Sweileh

Tuesday 14 August 2012

Maaf zahir & batin

Assalamualaikum wbt.......alhamdulillah.

Syukur padaNya atas nikmat yang diberi. Semoga semua sihat dan ceria menantikan tirai syawal bakal menjelma beberapa hari lagi. Pelbagai kelengkapan sibuk disediakan. Bagi yang merantau pasti keluarga tersayang tidak sabar menunggu kepulangan untuk berhari raya, berkumpul bermaaf-maafan,  dan menikmati juadah aidilfitri bersama-sama. Alahai rindu kami pada kemeriahan keluarga di malaysia. 

Kami mengambil kesempatan mengucapkan 


Selamat Hari Raya buat ayahanda dan bonda Tercinta Haji Abdul majid &Hajah Che Som, Haji Abdullah & Hajah Che Wan Nasimah, abang Uding sekeluarga, abang Asri sekeluarga, K.mie sekeluarga, Dati sekeluarga, Nori sekeluarga, Jie sekeluarga & adik-adik tersayang. Jamu juadah nanti jangan lupa kami.

Maafkan salah dan silap kami dari kepala ke hujung kaki.


Buat saudara, kawan & kenalan kami di tanahair mahupun di perantauan, di mana jua berada Selamat Hari Raya 
 Maaf Zahir dan Batin.

24 ramadhan
sweileh-amman

Wednesday 8 August 2012

Sanah Helwa 'Sayang'

Assalamualaikum wbt............

Salam Ramadhan dan moga semua sentiasa diberkati Allah tambah-tambah di bulan ramadhan. Alhamdulillah diriku hampir sihat sepenuhnya. Mood nak gadun biskut raya berkobar-kobar tapi masih tak boleh keluar shopping alat-alat kuih maklum lah masih dalam tempoh penjagaan kesihatan.

Sebenarnya semalam hari ulang tahun suamiku. Sanah Helwa sayang, Eid Milad Sa'id habibi....yang ke tut tut tut.....:)


Semoga dengan bertambahnya usia akan bertambah lagi ilmu didada, iman, taqwa dan juga amalanmu sayang.

Ya Allah, 
Kurniakanlah kepadanya iman yang sempurna, akal yang sejahtera, kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh dan kebaikan buatnya di dunia dan akhirat. Jadikan dia hamba Mu yang beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Kurniakanlah kepadanya kecintaan Mu melebihi rasa cintanya kepada makhluk. Makbulkan pemintaanya andai ia baik di mata Mu, baik untuk agama, dunia dan akhiratnya. 


ikhlas dari kami
bonda, abang dan adik
Sayang ayah......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...