CdiQ™

Sunday 30 September 2012

Kebolehpasaran Mahasiswa

Assalamualaikum wbt.......salam sejahtera.
Sekadar perbincangan dalam kaunseling kerjaya.

Kecemerlangan mahasiswa di dalam akademik semata-mata tidak menjamin masa depan yang cerah tanpa daya kebolehpasaran yang tinggi.

Naib Canselor universiti itu, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, salah satu faktor yang menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian adalah kerana tidak berkemahiran dan berdaya saing. 

“Belajar di universiti bukan sekadar hadir ke kelas tetapi perlu mengambil peluang untuk membangunkan diri, berkawan dan membina jaringan sosial.

“Persaingan sekarang tidak sama seperti dahulu, graduan perlu ada kemahiran berkomunikasi dan berketerampilan untuk merebut peluang pekerjaan,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen Universiti Malaya (Feskum) di sini, hari ini.

Festival lapan hari yang bermula hari ini dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. 

Ghauth berkata, Universiti Malaya turut tidak terlepas daripada masalah itu bahkan daya kebolehpasaran graduannya kini lebih rendah berbanding universiti-universiti swasta di negara ini.

“Faktor utama yang menyumbang kepada masalah itu adalah keengganan mahasiswa terlibat di dalam aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan universiti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kakitangan Universiti Malaya mengatasi kebimbangan tersebut dengan memberi tumpuan kepada aspek penyelidikan.

Ghauth juga menggesa graduan universiti itu mencontohi transformasi pendidikan universiti-universiti di China yang sudah jauh ke hadapan dalam usaha mengurangkan pengangguran graduan.

“Semasa kunjungan ke China, saya menyedari transformasi pendidikan yang hebat di universiti-universiti di negara itu.

“Sistem pendidikan tinggi mereka sudah jauh ke hadapan berbanding negara kita,” katanya. (Sumber : Utusan online 1/10/2011)

This is not current issues include abroad or local graduates. Actually this issues long time ago as long as i'm graduate 10 years ago, graduan mestilah mempunyai kemahiran komunikasi dan berketerampilan dalam merentasi persaingan kerjaya. Jika alasan masa dan tumpuan tidak mencukupi jika bergiat aktif di luar kuliah sebenarnya adalah tindakan yang sedikit rugi. Walhal ia mengajar graduan itu dalam erti pengurusan masa dan stres malah dalam masa yang sama mengajar erti kematangan fikiran dan tindakan. Bukankah itu adalah aset untuk kerjaya akan datang. 

Ada orang belum digelar graduan telah ditunggu dan ditawarkan segera untuk berkhidmat, ada orang pula sebaliknya. Ini bergantung kepada bidang kritikal ataupun tidak. Apa yang penting graduan itu perlu mempelbagaikan ilmu dan kemahiran bukan hanya bergantung kepada sumber ilmu dalam kuliah semata-mata. Kalau dikira purata ilmu umpama beberapa biji beras berbanding ilmu sebenarnya zaman kegemilangan Islam dahulu.

Buka minda anda dalam menyahut cabaran graduan yang dikehendaki dalam pasaran kerjaya hari ini. Selamat maju jaya. 

Sweileh, Amman


READ...READ...READ

Assalamualaikum wbt.......


Ada individu sanggup membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan alasan mahu meluangkan bacaan dengan buku dan menulis. Hebatnya dia. Banyak masa bertemankan buku. Pernah ada kisah benar seorang anak dikurung oleh ayah kandung sepanjang hidupnya tetapi dipenuhkan minda anaknya dengan beribu-ribu buah buku. Bila disedari ramai anak itu banyak ilmu sedangkan hanya dengan membaca. 

Ya Rabb, janganlah disinggahkan rasa jemu untuk belajar dan menadah ilmu, sungguh iringilah diriku dengan limpahan ilmu! Moga Allah membuka luas lorong perjalananku menuntut ilmu, amin.

Rindu betul dengan Kolej Dar al-Hikmah, rindu ukhuwwahnya, syarahan dan idea-idea keilmuan Fadhil ustazzzzzzz yang kami gelar sebagai ayahanda Dato' Dr. Siddiq Fadzil.

"Wahai orang yang dapat bersabar bagi menyendiri, yang dibukakan untuknya pintu pengetahuan dan wawasan. Wahai insan yang bersabar hanya bertemankan buku. Jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana sudah kehilangan beberapa hal di luar sana. Ini kerana, sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan ataupun orang yang pemarah. Orang yang merasakan nikmatnya 'uzlah' (menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun pengganti itu berupa Kerajaan Kisra dan Kaisar". (Dr. Aidh al-Qarni)

Contohnya, dalam membesarkan anak-anak pun perlu banyak membaca, mendengar pelbagai motivasi dalam memberi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa hari ini dengan pelbagai cabaran zaman sekarang. 

Semoga semangat Iqra terus kekal dalam diri ini. Amin.....

Sweileh, Amman.

Wednesday 26 September 2012

Bekerja atau Tidak Bekerja

Assalamualaikum wbt.........
pinjam dari blog http://www.jintanmanis.com
Alhamdulillah berjaya juga menyediakan apam untuk Irfan sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. 'Apam beras' satu menu yang anakanda Irfan gemari. So tadi sebelum pergi sekolah makan pun sambil senyum-senyum....kecik-kecik dah pandai makan memilih. 

Terfikir pula jika diriku bekerja sempat ke sediakan sarapan dengan perasaan yang tenang tanpa kelam kabut untuk ke tempat kerja pula. Alih-alih sarapan, lunch pun makan 'order' aja. Alasannya tak sempat tetapi seeloknya untuk jaminan kesihatan dan kebersihan adalah di rumah sendiri. Cara hidup suami isteri bekerja mana lebih mudah itu yang diamalkan. Teringat kembali dulu pun time masih bekerja sarapan di restauran, tengahari pun di foodcourt malam pula kalau rajin masak jika tidak makan di luar juga.

Kalau sembang idea dengan suamiku bagaimana ingin terapkan kehidupan yang harmoni dalam konteks suami isteri bekerja. Asasnya adalah dua-dua pihak baik isteri atau suami jalankan peranan masing-masing dan amalkan apa yang di tempat kerja adalah hanya di tempat kerja elakkan bawa ke rumah. Walau letih dan penat, tanggungjawab di rumah masing-masing sedia menunggu.

Mungkin libatkan mood yang penat seharian di tempat kerja. Tetapi ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t siapa kita untuk abaikannya. Di akhirat kelak semua akan dipersoal. Jika amalkan kesabaran dan perasaan seronok bersama anak-anak dalam menemani siapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran bersama anak-anak sambil sembang apa yang berlaku di sekolah, aktiviti seharian, pembelajaran yang diperolehi dan sebagainya. Secara tak langsung hubungan antara ibu bapa dan komunikasi antara ahli rumah bertambah erat dari sudut kepercayaan dan kemesraan.

Aku bertanya pada diri sendiri boleh jadi superwomen atau tidak? Sahut cabaran berperanan di rumah isteri dan bonda kepada anak-anak manakala menerima komitmen dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan di tempat kerja?

Masih mencari kekuatan dalam membuat keputusan.........

Sweilah, Amman

Monday 24 September 2012

Mama Jabet Baby



Lagu favorite Izzah, teman Izzan bila abang Irfan pergi sekolah. Kecil-kecil sudah pandai menyanyi...cakap pun pelat lagi. Zaheb (pergi) bunyi macam jabeb pula....

Saturday 22 September 2012

Khasiat BUAH TIN

Assalamualaikum wbt......walhamdulillah.

Menjejaki bumi jordan umpama berpeluang mengenali pelbagai buah yang ada disebut dalam Al-Quran. Buah tin, anggur dan buah zaitun antara daya penarik ketika musim shoifiy. Untuk makluman jika tinggal di jordan cuaca yang agak panas cuma dalam empat bulan sahaja iaitu dari bulan jun sehingga september. 

Kali ini diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk kami nikmati buah tin yang segar dan boleh petik dengan tangan sendiri. Kebetulan ada kenalan kami tinggal dalam halaman pokok tin yang lebat buahnya. Segar dan ranggup rasanya.

Segala apa yang diciptakan dan dikurniakan oleh Allah s.w.t mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak tahu hikmahnya. 

Banyak diantara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada Buah Tin dan pentingnya untuk kesihatan, mungkin kerana Buah Tin bukan berasal dari negara kita, tetapi dari negara Timur Tengah. Walaupun Buat Tin berasal dari Makkah, Syam, Palestina juga Mesir, tetapi juga diperkenalkan di Italia kurang lebih 2000 tahun yang lalu dimana berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuk Yunani. 

Sampai di dalam Kitab Al-Qur’an juga terdapat surat khusus yang menyatakan tentang Buah Tin dan Zaitun, juga Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Al-Qur’an – Surat At-Tiin ayat 1-3). Jika direnungkan, pasti ada hikmah dibalik itu, mengapa Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an. Ini mungkin karena khasiat dan keistimewaannya yang tiada bandingnya dengan buah-buahan lainnya.

Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga pengencer dahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita.
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, ” Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Surga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah surga tiada keraguannya.” (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti)

Anakanda Izzah & Buah Tin
Seiring dengan hadis tersebut, juga dibuktikan dengan penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan dari sebiji Buah Tin yang jarang diketahui. Buah Tin mempunyai khasiat yang berbeza dengan buah-buahan lain dan mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. Selain dari itu, juga bermanfaat sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Serikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa, Buah Tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tin tidak mengandung garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada kebutuhan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahawa serat terlarut bisa membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (koion). Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangi berat badan, oleh karena itu Buah Tin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.

Buah Tin sesuai untuk semua, termasuk anak-anak dan merupakan makanan yang terbaik untuk semua umur, kerana Buah Tin mengandung serat yang tinggi dan manis rasanya. Jadi sangat tepat jika kita mengkonsumsi buah ini, sebagai makanan alternatif kita untuk meningkatkan kesihatan kita sehari-hari di dalam dunia moden ini.

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanker. Di dalam Buah Tin mengandung “polyphenols” yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanker. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanker, yaitu “benzaldehyde” dan “coumarins”. Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan “coumarins” adalah untuk merawat kulit dan kanker prostat.

Disamping itu, serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.

Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

Disamping itu, Lembaga Penasehat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai “Nature’s most nearly perfect fruit”, yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan. WaAllahu A’lam Bissawaab

Sumber : Rahsia ke-Istimewa-an di Balik Buah Tin, Norkumala bt Awang – Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sweileh Amman

Sukarnya Memaafkan

Assalamualaikum wbt.......bertemu lagi.
Ada tika gembira ada kala mendung, orang selalu cakap 'awakkan kaunselor macamana boleh moody & makan hati'....hatiku berdetik 'aku juga manusia yang tidak boleh lari dari kesilapan' dan ada juga beremosi. Nampak gaya kena mantapkan lagi soft skill diri.

Sukarnya untuk maafkan orang lain. Selalu aku berdoa minta dijauhkan perasaan dan sikap demikian...Nauzubillah..ya Allah terima taubatku amin ya Rabb.!!!

hamba yang daif

Thursday 20 September 2012

Taaruf lagi

Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum wbt......

Alhmdulillah bertemu lagi dalam kerinduan mereka di Malaysia. Baiklah kali ini berkesempatan pula taaruf dengan keluarga mertuaku. 

Syukur kurniaan Ilahi kedua mertuaku diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Tiada ungkapan yang indah selain doa kami buat kedua ibu bapa mertuaku Hj. Abdul Majid dan Hjh. Che Som semoga sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan dunia akhirat. Dihati kecilku syukur kehadrat Ilahi dkurniakan ibu bapa mertua yang baik dan memahami anak menantu. Terima kasih dan alhamdulillah. Banyak yang perlu dipelajari ilmu dan erti kesabaran kalian. Cuma raya tahun ini agak menduga kesihatan ayah mertuaku. Setelah check-up di hospital, masukkan beberapa beg air, alhamdulillah ayah dibenarkan balik. 

Abang sulung, kami gelarkan Abang Uding dan zaujahnya Kak Nah yang bersifat peramah dikurniakan tiga cahaya mata. Semua sudah meningkat dewasa dan semoga kalian berjaya mencari haluan hidup yang berjaya.

Anak kedua, Kakak sulung kami, kami gelarkan dengan nama mesra Kak Mi. Orangnya cukup baik hati, suka menolong kami adik beradik. Dikurniakan juga tiga cahaya mata yang remaja, masih bersekolah. Moga kalian sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

intan payung kak mi
Anak ketiga, Abang Asri dan zaujahnya Kak Solehah dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar.
pak lang sekeluarga dan cik yun
 Anak keempat, suamiku.
siapa nak duit raya...beratur!!!
Anak kelima, Aida dan suaminya Azmer dikurniakan 3 cahaya mata yang masih lasak. Semoga diberi ketabahan dan kesabaran dalam mendidik mereka.
anakanda Aida dan Azmer....Nuha dan Afah
Anak keenam, Mak Ndak Mashi....mak ndak favourite semua anak buah. Ada masalah apa pun semua anak buah refer pada nya. Mengalahkan kaunselor tau....:). Jangan marah mak ndak....Moga mak ndak pun succes juga.

Anak ketujuh Pak Tam, Adik hatta (tiada dalam gambar). Anak kelapan Cik yun, dan yang bongsu Cik Man (tiada dalam gambar).
kenangan berhari raya bersama abang dan kakak sepupu anakanda Irfan
Keluarga mertuaku bukanlah dari keluarga yang senang dari segi material sekadar bergantung rezeki pada bendang yang ada tetapi anak-anak banyak belajar dari erti kesusahan, kesukaran dan kuatkan semangat dalam memperbaiki taraf hidup. Kekuatan dan semangat ini perlu kekal dalam diri anak-anak buah kami juga. Insyallah....

p/s: sorry kak mi copy paste mna yg cantik....kekeke..!!! ok kawan-kawan jemput singgah juga...sini

Sweileh, Amman

Sunday 16 September 2012

Tanggungjawab Pelajar Muslim

Assalamualaikum wbt........

Kesibukan dalam mengendalikan kedatangan pelajar baru ke University of Jordan sesuatu yang luar biasa berbanding kali ini. Entah di mana kesilapan teknikal menyebabkan urusan dan pelbagai proses yang agak mencabar menguji kesabaran fizikal dan mental adik-adik senior memerlukan ketahanan kental. Semoga kalian sentiasa dipermudahkan dan diterangi hati yang tenang tika pembelajaran akan datang. May Allah Bless You All!!!


"Tanggungjawab Pelajar Muslim" adalah tajuk slot yang diberi oleh ust Mohd Nasir Abdul Majid, suamiku. Menarik dalam mendekatkan diri adik-adik yang baru, independent, bermula episod meaning of the future responsibilities. Di samping pelbagai isu yang timbul kos yang ditawarkan tidak sama yang diminta, kos pengajian, highest cost living dan etc. Bagaimana seharusnya dengan seusia ini mula belajar untuk survive. Semoga antum mendapat sedikit sebanyak kekuatan dan motivasi diri dalam menjadi bakal penaraju negara akan datang insyallah....


Sweileh, Amman

Saturday 15 September 2012

Many Methods Elicited Privileges in your Child

Assalamualaikum wbt.......

Berminat untuk kongsikan dengan anda semua....

Kajian di Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang iaitu bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial. Seperti kata seorang cendikiawan, “Semua kanak-kanak adalah pintar, hanya sesetengah dari mereka memperlihatkannya sedikit lewat dari yang lain”

Anda boleh memainkan peranan yang amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat yang sedia ada melalui pengalaman yang anda berikan kepada anak-anak anda di rumah. Senarai di bawah adalah 42 cara terbaik untuk mencungkil keistimewaan mereka:-

1- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih diwaktu lapang.  Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda tentang bidang yang ia paling minati.

2- Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai. Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa anak anda tiada kelebihan di dalam sesuatu bidang jika dia belum menunjukkan minat.

3- Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan. Jika ia dipaksa melakukan sesuatu tanpa kesilapan, ia akan membesar tanpa berani mengambil risiko yang sepatutnya untuk mencari dan mengembangkan keistimewaannya.

4- Kemukakan pertanyaan. Bantu anak anda menjelajah keajaiban alam ini dengan bertanya kepadanya soalan-soalan yang merangsangkan pemikiran. Contohnya; Kenapa langit berwarna biru? Cari jawapannya bersama-sama anak anda.

5- Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga. Perkongsian kreativiti boleh membangkit dan mengembangkan bakat baru.

6- Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar. Jika anak-anak dihantar untuk pelajaran khas setiap hari dengan harapan untuk mengembangkan keistimewaannya, mereka mungkin akan menjadi terlalu tertekan dan letih untuk menyerlah. Beri galakan tetapi jangan memberi tekanan.

7- Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.

8- Kongsikan pengalaman pekerjaan anda.  Dedahkan gambaran kejayaan kepada anak anda dengan membawanya ke tempat anda bekerja. Biarkan anak anda melihat anda melakukan aktiviti yang bermakna dan benarkan dia terlibat dalam aktiviti tersebut.

9- Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria. Sediakan bahan-bahan di rumah yang boleh menggalakkan perkembangan deria pendengaran, sentuhan, penglihatan, rasa dan bau. Contohnya adalah seperti cat jari, boneka tangan dan alat-alat bunyian.

10- Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.

11- Jangan memanggil atau melabel anak anda dengan sesuatu panggilan atau label yang negatif kerana ia akan menghadkan keazamannya untuk mengembangkan keistimewaan dalamannya.

12. Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.

13. Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.

14.- Sediakan bahan-bahan rujukan untuk anak anda menjelajah dunia ini.

15- Benarkan anak anda mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang ia minati.

16. Gunakan senda-gurau, jenaka dan cerita rekaan untuk menggalakkan kreativiti mereka.

17. Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan. Ia mungkin akan berputus asa untuk mengembangkan bakatnya.

18. Bermainlah dengan anak anda untuk menunjukkan sifat periang anda.

19.Berkongsilah kejayaan bersama keluarga. Adakan sesi berbincang berkenaan perkara baik yang terjadi setiap hari untuk meningkatkan keyakinan  diri

20. Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.

21.Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.

22 – Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.

23- Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.

24- Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.

25- Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had). Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.

26- Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.

27-Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.

28. Elakkan merasuah anak anda untuk belajar. Berbuat demikian akan memberi mesej bahawa pembelajaran itu bukan sesuatu yang memberi kepuasan sendiri.

29. Cadangkan anak anda untuk menyertai perkumpulan yang memfokus pada bakat semulajadinya.

30. Bincangkan berita-berita semasa untuk mencetus minatnya.

31. Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.

32. Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.

33. Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.

34. Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.

35. Berikan hadiah yang boleh menyuburkan kekuatan bakat anak anda.

36. Galakkan anak anda untuk berfikir tentang masa depannya. Sokong cita-citanya tanpa memaksanya untuk menjurus kepada bidang-bidang yang terlalu spesifik.

37. Perkenalkan anak anda kepada orang yang berperwatakan menarik dan hebat.

38. Jadikan rumah anda sebagai tempat belajar. Contohnya, dapur boleh dijadikan tempat belajar matematik dan sains melalui aktiviti memasak.

39. Kongsi perasaan. Bakat anak anda mungkin terus dipendam jika emosinya tertekan.
40. Galakkan anak anda membaca.

41. Hargai hasil-hasil ciptaan  dan rekaan anak anda.

42. Adakan aktiviti bersama-sama anak anda di dalam bidang-bidang yang ia minati.

(Artikel asal 42 Cara Mencungkil Keistimewaan & Kepintaran Anak Anda ini ditulis oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar)

 http://ayahmama.com

Sunday 9 September 2012

Tips untuk Mengawal Emosi Anda



Assalamualaikum wbt......

Salam sejahtera semua.....alhamdulillah berkesempatan nak letak post ini. Jiwa wanita memang tidak boleh lari dengan permainan emosi kan? Ianya perlukan kekuatan dalam mengatasinya supaya tidak mengundang apa-apa musibah disebalik emosi tersebut. Dalam kesibukan harian terutama mereka yang bergiat aktif kegiatan luar, perlukan ketahanan emosi yang stabil. Elakkan datang fikiran yang boleh meracuni fikiran anda. 

 Antara petua dalam mengawal emosi ....

1.  Selalu berfikiran positif,dan logik.
2.  Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3.  Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain  walaupun menerima sebarang respon .
4.  Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh  memotivasikan diri.
5.  Sentiasa memaafkan orang lain.
6.  Selalu berdoa.
7.  Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8.  Selalu bersenam.
9.  Elakkan dari  berucap dengan nada yang tinggi.
10.Mempunyai rehat yang cukup.

Sweileh, Amman

Monday 3 September 2012

Anakanda dan Madrasah Syaima'

Assalamualaikum wbt.......

Salam syawal dan sejahtera semua.

Kesibukan penyediaan peralatan anak-anak sekolah bermula, termasuk juga kami dan bagi anak sulung bonda suatu pengalaman yang seronok bila bakal memasuki raudhah (tadika) untuk yang berumur 4 tahun 'bustan'. Bangun pagi awal, seronok bila pakai baju sekolah....pengalaman pertama katakan. Wajah pun ceria tidak terkata.

Raudhah Syaima'
Anakanda Irfan, Aufa dan sahabat baru
Aktiviti pertama di bustan
Moga-moga pandai sesuaikan diri dengan raudhah, sahabat baru dan cepat belajar ilmu yang mualimah ajari. Amin.....bittaufik wa najjah!!!

Sweileh, Amman

Saturday 1 September 2012

Eid Milad Sa'eid buat diriku

Assalamualaikum wbt........

Selamat hari raya bagi mereka yang masih beropen house dan selamat berpuasa sunat enam syawal. Semoga setiap amalanmu diberkati Allah selalu.

Alhamdulillah dengan Izinnya diri ini memulakan puasa ganti ekoran miscarriege ramadhan lepas. Banyaknya nak ganti puasa kan? Baik mulakan sekarang...selalu bersikap positif insyallah ia akan memotivate untuk habis 'hutang' dengan Allah s.w.t. 


Untuk pengetahuan semua semalam genap usiaku yang ke tut.....tut....tut....rahsia tau. Di Malaysia sibuk duk pasang bendera jalur gemilang dan laungkan laungan 'merdeka' 3 x....sedarlah usiaku makin bertambah. Maaf la tiada kek special pun ....semalam pun buat satey ayam saja hiburkan favourite anak-anak. Kalau masih tinggal di bangi terus aja tekan gear order satey kajang Samuri. Hikmah juga tinggal di sini apa-apa masakan semua di masak oleh tangan sendiri. tidak tahu pun jadi biasa pula tentang pelbagai resepi. 

Syukur ke hadrat Ilahi setelah musibah menimba diriku Allah kekalkan nikmat kesihatan itu pun sudah memadai syukur alhamdulillah.




Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Mohon maaf atas kekurangan diri ini memang tidak dapat lari dari lakukan kesilapan sebagai seorang bergelar anak, isteri, bonda dan rakan. Mak ayah ampunkan kesilapanku dari rambut hingga ke hujung kaki yang banyak bersabar dalam membesarkan dan tarbiyyah sejak kecil sehingga ke hari ini. Tiada tolak banding kasih mereka terhadap diri ini.

Buat suami tercinta terima kasih untuk kasih sayang dan cintamu.  Ketahuilah bahawa diri ini sentiasa berusaha, tidak berhenti belajar dan memperbaiki mana yang kurang bagi membahagia hubungan yang yang diredhi Allah ini. Anakanda bonda Irfan dan Izzah jadilah anak yang soleh, solehah dan sentiasa amalanmu diberkati Allah.i

Semoga hari nan mendatang lebih baik, amalan dan taubatku diterimamu ya Allah...amin ya rabbaalamin!!!:)
 
Tidak dilupakan juga Eid Milad Sae'id buat mak mertuaku hari ini......semoga mak sentiasa diberi nikmat kesihatan berpanjangan dan dilindungi Allah s.w.t dengan penuh barakah.

Taqaballahu minna wa minkum...
Salam Idulfitri...
Sweileh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...