Assalamualaikum wbt.......alhamdulillah.
Syukur padaNya atas nikmat yang diberi. Semoga semua sihat dan ceria menantikan tirai syawal bakal menjelma beberapa hari lagi. Pelbagai kelengkapan sibuk disediakan. Bagi yang merantau pasti keluarga tersayang tidak sabar menunggu kepulangan untuk berhari raya, berkumpul bermaaf-maafan, dan menikmati juadah aidilfitri bersama-sama. Alahai rindu kami pada kemeriahan keluarga di malaysia.
Kami mengambil kesempatan mengucapkan
Selamat Hari Raya buat ayahanda dan bonda Tercinta Haji Abdul majid &Hajah Che Som, Haji Abdullah & Hajah Che Wan Nasimah, abang Uding sekeluarga, abang Asri sekeluarga, K.mie sekeluarga, Dati sekeluarga, Nori sekeluarga, Jie sekeluarga & adik-adik tersayang. Jamu juadah nanti jangan lupa kami.
Maafkan salah dan silap kami dari kepala ke hujung kaki.
Buat saudara, kawan & kenalan kami di tanahair mahupun di perantauan, di mana jua berada Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin.
24 ramadhan
sweileh-amman