CdiQ™

Wednesday, 27 June 2012

'Bedah Buku' bersama pak Latip

Assalamualaikum wbt....bersua kembali.

Alhamdulillah dengan IzinNya bertemu kembali walau dalam kepayahan pregnant morning sickness anak ketiga melanda diriku.......demi keluarga tercinta kuatkan dan gagahkan diri untuk melalui hari-hari bagi melepasi trimester pertama. Syukurlah anak-anak dan suami memahami sentiasa memberi sokongan dan memberi kekuatan tambahan pula anakanda Izzah dalam proses bercerai breastfeeding......semoga dirimu tabah puteriku. 

Terima kasih untuk adik Shuhada kerana tolong dapatkan buku ini ketika program 'Bedah Buku' di Universiti of Jordan' yang lepas. Hanya Allah sahaja membalasnya. Keasyikan diriku melayan buku ini anakanda Irfan sudi temankan bonda dalam meneroka kandungan buku ini. Dalam masa yang sama asyik bertanyakan 'bonda baca apa tu? Bacakan pada abang sekali'...'.tidak apa la nanti bila sudah pandai membaca nanti abang teroka sendiri dalam raudhah abang.' Moga-moga blog ini bakal menjadi sarang ilmu untukmu anakku. Insyallah.

Mungkin pembaca di luar sana sudah mengenali siapa MUSTAFA KAMAL ATATURK seorang yang menghancur dan melenyapkan sistem khalifah Uthmaniah yang menjadi zaman kegemilangan Islam. Orangnya terkenal dengan kelicikan memperdayakan dan menipu demi kepentingan diri sendiri bukan terkenal dengan kebijaksanaan yang asli. Dikenali sebagai orang beragama Islam tetapi sedikit pun tidak mengamalkan hidup sebagai seorang muslimin. Sehingga akhir hayat masih tidak mengakui keEsaan Allah s.w.t.

Melalui satu perjanjian......Perjanjian Luzon yang disediakan oleh Inggeris direalisasikan oleh Mustafa Kamal Ataturk habis lenyap syariat Islam di bumi Turki. Ada masa singgah la kawan blog bonda SINI banyak berkongsi gambar tempat-tempat yang pernah menjadi kegemilangan Khalifah Uthmaniyah. Teruja dan moga-moga diberi kesempatan dapat pijakkan kaki di bumi bekas pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. 

Sesungguhnya, Nabi Muhammad terlebih dahulu memperkatakan perihal Konstantinopel sebelum Napaleon Bonaparte. Rasulullah berkata, ' Sudah dibuka kepada saya negeri Syam (atau Rom Timur). Demi Allah saya sudah melihat istana-istananya yang merah pada saat ini.'

Rasulullah berkata lagi yang bermaksud, 'Kota Konstantinopel (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.'

Sama-sama mengambil ibrah.....
Wallahua'lam.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...