Assalamualaikum wbt..........
Saturday, 30 June 2012
Thursday, 28 June 2012
Sepetang عل سطح
Assalamualaikum wbt......
Alhamdulillah bersua kembali dengan harapan semua berada dalam keadaan ceria selalu.
Sebenarnya sudah banyak kali anakanda Irfan mengajak kami keluar temankan dia untuk bermain wau...kebetulan kami balik Malaysia tahun lepas jumpa wau yang boleh packing2 dilipat boleh juga di bawa ke sini. Bukan di Jordan tidak ada wau malah macam-macam wau ada tambah la pula musim panas. Ramai syabab main wau. Niatnya hanya untuk mengambil hati anakanda Irfan. Tapi di sini tiada tempat atau lokasi yang sesuai...kebiasaan mereka bermain di sutuh (bumbung atas). Berbeza dengan Malaysia ada padang, bendang ataupun pantai yang amat sesuai dengan angin yang kuat.
Petang tadi alhamdulillah kami sekeluarga dapat luangkan masa temankan anak teruna bonda main wau malah bukan Irfan sahaja dapat belajar Izzah pun minat sekali.
Ok bersambung lagi.
Wednesday, 27 June 2012
'Bedah Buku' bersama pak Latip
Assalamualaikum wbt....bersua kembali.
Alhamdulillah dengan IzinNya bertemu kembali walau dalam kepayahan pregnant morning sickness anak ketiga melanda diriku.......demi keluarga tercinta kuatkan dan gagahkan diri untuk melalui hari-hari bagi melepasi trimester pertama. Syukurlah anak-anak dan suami memahami sentiasa memberi sokongan dan memberi kekuatan tambahan pula anakanda Izzah dalam proses bercerai breastfeeding......semoga dirimu tabah puteriku.
Terima kasih untuk adik Shuhada kerana tolong dapatkan buku ini ketika program 'Bedah Buku' di Universiti of Jordan' yang lepas. Hanya Allah sahaja membalasnya. Keasyikan diriku melayan buku ini anakanda Irfan sudi temankan bonda dalam meneroka kandungan buku ini. Dalam masa yang sama asyik bertanyakan 'bonda baca apa tu? Bacakan pada abang sekali'...'.tidak apa la nanti bila sudah pandai membaca nanti abang teroka sendiri dalam raudhah abang.' Moga-moga blog ini bakal menjadi sarang ilmu untukmu anakku. Insyallah.
Mungkin pembaca di luar sana sudah mengenali siapa MUSTAFA KAMAL ATATURK seorang yang menghancur dan melenyapkan sistem khalifah Uthmaniah yang menjadi zaman kegemilangan Islam. Orangnya terkenal dengan kelicikan memperdayakan dan menipu demi kepentingan diri sendiri bukan terkenal dengan kebijaksanaan yang asli. Dikenali sebagai orang beragama Islam tetapi sedikit pun tidak mengamalkan hidup sebagai seorang muslimin. Sehingga akhir hayat masih tidak mengakui keEsaan Allah s.w.t.
Melalui satu perjanjian......Perjanjian Luzon yang disediakan oleh Inggeris direalisasikan oleh Mustafa Kamal Ataturk habis lenyap syariat Islam di bumi Turki. Ada masa singgah la kawan blog bonda SINI banyak berkongsi gambar tempat-tempat yang pernah menjadi kegemilangan Khalifah Uthmaniyah. Teruja dan moga-moga diberi kesempatan dapat pijakkan kaki di bumi bekas pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sesungguhnya, Nabi Muhammad terlebih dahulu memperkatakan perihal Konstantinopel sebelum Napaleon Bonaparte. Rasulullah berkata, ' Sudah dibuka kepada saya negeri Syam (atau Rom Timur). Demi Allah saya sudah melihat istana-istananya yang merah pada saat ini.'
Rasulullah berkata lagi yang bermaksud, 'Kota Konstantinopel (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.'
Sama-sama mengambil ibrah.....
Wallahua'lam.........
Sunday, 17 June 2012
Hargai Apa yang Allah temukan
Assalamualaikum wbt......
Bersua kembali. Moga anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya selalu.
Pagi tadi kebetulan adik yang kukenali Adila dan Anisah Qalbi datang ziarah bayt irfan. Ya Allah mudahnya ditemukan dengan anak bekas pensyarah UMT dulu. Seronok berkongsi macam-macam cerita. Tahniah untuk Qalbi sudah berjaya menamatkan zaman pengajian dan moga teruskan usaha menabur bakti di tanahair sendiri kelak. Sementara Adila teruskan perjuangan yang masih ada sebelum meneruskan khidmat kedoktoran yang tanahair nanti-nantikan.
Terlupa pula nak snap gambar tadi.....moga-moga ukhuwwah antara kita ukhuwwah yang diberkati Allah. Insyallah..
Wednesday, 13 June 2012
Siapa dia???
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum wbt......selamat sejahtera dan alhamdulillah bertemu kembali.
Kali pertama tengok vlog dan celotehnya buat tertanya-tanya untuk mengenali siapa orangnya. Kreatif, berbakat dan mempunyai mesej tersendiri. Hari ini pelbagai bentuk saluran untuk tonjolkan bakat yang ada dalam diri. Mungkin cara ini boleh kurangkan masalah sosial dan budaya buang masa di kalangan pelajar pengajian tinggi. Dan secara tidak langsung berjaya menarik golongan anak muda supaya tanam dan amalkan sikap yang positif dan usaha untuk membantu masyarakat. Tahniah buat Mohd Lutfi, pelajar universiti Austria, Australia.....
Monday, 11 June 2012
Meriah kan dunia masakan!!!
Assalamualaikum wbt......selamat sejahtera semua.
bahan-bahan sudah ready |
Alhamdulillah.......berkat kerjasama semua pihak aktiviti masak-memasak che kiah Sweileh berjaya dijalankan pada jumaat lepas. Antara menu yang menarik pada hari tersebut adalah belajar gadun tepung untuk kuey teow dan mee kuning dari Pn Bad yang pernah 11 tahun menetap di bumi Mesir, Meat ball bakso yang sedap itu dari adik pelajar indonesia Tuti, Pemanis mulut dadih oleh acik Naz, kueh mueh juga tidak ketinggalan iaitu kueh kaswi oleh Pn Liza dan kueh lompat tikam.
Bermula dengan tadarus seterusnya kepada demo masakan. Perasaan seronok juga bila dapat belajar & berkongsi tips-tips masakan tambahan pula bukan selalu dapat berkumpul sebegini.
adunan tepung sebelum dimasukkan dalam mesin kuey teow |
kuey teow dh siap...lembut |
tengah gelek mee kuning pula |
untuk meat ball ...bakso |
semua dh siap...tunggu turn makan pula!!! Dadih belum hidang dh habis.. |
Sos pula original come from indonesia. Sebenarnya sudah lama ingin mencuba buat sendiri meat ball bakso tapi kali ini baru ada kesempatan. Syukur alhamdulillah. Sebelah malamnya pula jamuan kecil bagi warga Sweileh yang terlibat pula diadakan....ada yang dihantar lagi rumah ke rumah. Pendek kata semua dapat merasa 'kenduri' kali ini. Jika ada kesempatan akan datang insyallah menu berbeza menyusul oleh cheffah lain pula.
Akhir kalam ribuan kata terima kasih kepada tuan rumah dan barisan akhowat yang memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak terhingga. Sayang pada semua......
Taaruf dengan mereka
Assalamualaikum wbt......
Berasal dari keluarga sederhana dan ada kala diajar apa erti susah dan payah membuatkan diri ini dari kecil bermotivasi untuk keluar dari persaan tersebut. Tetapi sebagai hamba Allah setiap yang susah itu Allah datangkan nikmat dan kemudahan yang tidak difikirkan akal. Itulah hikmat dan tidak pasti sama antum pun menyedari atau sebaliknya.
Dilahirkan sebagai anak sulung perempuan & selepas SPM seingatku menjadi pengganti ayah menemani emak ke mana jua destinasi.
Anak kedua, Norida yang kami kenali k.ngah.....seorang yang agresif, garang, mudah mendapat kawan dan sangat ambil berat dengan kebajikan kami semua.
Anak ketiga, Norisuhada kini bekerja sebagai pegawai eksekutif akaun siapa tahu siapa dapat ramalkan rezeki Allah tetapkan dia mendapat kerja dengan title sedemikian dengan sekeping diploma sahaja. Untuk adik-adik di luar sana amalkan rasa tidak memilih sesungguhnya Allah akan sediakan tempat yang terbaik untuk anda asalkan berani mencuba walaupun bermula dari tangga gaji rendah. Seorang sensitif, bijak, manja dengan mak dan bertanggungjawab.
Anak keempat juga perempuan, nama Norinajiah. kami gelarkan k.jie......walaupun tidak minat untuk melanjutkan pengajian kami galakkan belajar kemahiran yang k.jie gemari. Terima bahawa untuk berjaya bukan semua perlu masuk universiti. Seorang peramah, ringan tangan & baik hati.
Anak kelima lelaki, Muhammad Ammar suka melayan anak-anak kecil, pandai mengemas dan masih belajar apa itu bertanggungjawab.
Anak keenam Muhammad Akid Azfar suka bercakap dan suka tolong orang. Anak bongsu Nur Izzati menjadi tumpuan semua kakak dan abang......tidak dapat dinafikan semua ciri-ciri pada yang sulung sehingga keenam ada pada dirinya.
Dengan doa moga semua berjaya dan sentiasa diberkati Allah s.wt. Amin ya Rabb..............
Perbaiki niat anda
Assalamualaikum wbt.........
Semoga anda semua berada dalam lindunganNya.
Semalam terbaca satu post di Facebook, seorang individu yang meminati ilmu kaunseling dan berpendapat perlu bekerja juga dalam bidang kaunseling. Asalnya diriku berpendapat begini juga untuk tiga empat tahun lepas tetapi sebenarnya ilmu Allah ini luas bukan terhad kepada pekerjaan tetap, pangkat an etc.
Memang tidak dinafikan setiap orang mengimpikan pekerjaan tetap bagi membolehkan merealisasikan impian masing-masing tetapi sedarkah anda ramai di luar sana memerlukan khidmat bantuan kaunseling keluarga, kerjaya, pengurusan kewangan daln pelbagai lagi. Setiap lapis masyarakat memerlukan khidmat anda. Usahlah berkira dan mengejar pangkat capai dahulu apa yang anda miliki.
Berbalik kepada basic asal perbaiki dan mantapkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikirkan masalah orang lain. Sesungguh cabaran sebenar sedang menanti anda.
Sunday, 10 June 2012
Buah zaitun
Assalamualaikum wbt..........
Kenali lagi produk buah zaitun atau salah satu aset jualan antarabangsa dari bumi urdun adalah minyak zaitun. Kali pertama makan yang dijeruk pahit dan masin. Ish asalnya tidak lalu nak mencubanya tetapi bila selalu melihat arabian menjadikan buah zaitun makanan harian mereka perasaan mencuba lagi menebal. Kami bertanya lagi bagaimana cara makan yang betul. Rupa-rupanya makan dengan nasi arab amat menyelerakan.
bawah rumah kami..sebelum dijeruk |
Di sini macam-macam ditambah didalam buah zaitun, diletak jibnah + habatu sauda', carrot, dan digemari oleh suamiku zaitun bersama jibnah. Tips untuk kurangkan rasa masin jeruk perahkan asam lemon ke atas buah zaitun barulah sedap dimakan.
Minyak zaitun pula sedap digunakan untuk masak makanan harian cuma harganya mahal sedikit berbanding harga biasa. Bagi mereka yang perlu menjaga kesihatan eloklah mengamalkannya.
Khasiat
minyak zaitun dijamin tiada kolesterol |
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

http://www.ikim.gov.my
Kenali aLmond
Assalamualaikum wbt...........
Salam sejahtera....Alhamdulillah makin hampir usia tiga tahun menetap di bumi anbiya'. Menikmati bagaimana rasa berada di negara empat musim, waktu sejuk sesangat la sejuk dan bila masuk musim panas terasa hangatnya cahaya matahari.
Kali ini berkesempatan meneroka lagi buah-buahan di bumi urdun iaitu buah karas. Rupa-rupanya buah karas ini yang sampai di malaysia dikenali sebagai kacang almond untuk buat biskut dan kek.
musim bunga |
tidak mati cuma daun-daun keguguran sewaktu winter & sekarang mula tumbuh bunga sewaktu musim bunga |
akhir musim bunga.....sebelum dikupas diambil biji untuk biji almond |
Bagaimana rasanya? Agak masam dan sangat sedap jika makan dengan kicap. Alahai tetap tidak tinggal budaya makan orang malaysia. Apa nak buat Malaysia pun Malaysia la....janji rasa semua buah. Jika tidak amat la rugi.
Diriku seorang kakak
Assalamualaikum wbt.....
Lewat petang semalam terima mesej dari kampung berbunyi ' kakak, mak suruh call nak tanya pendapat, k.cik dapat kerja ++++......'.
Rindunya pada semua. Diri yang tinggal jauh di perantauan pun diberi peluang untuk tanya pendapat. Semoga semua berada dalam lindungan rahmatNya.
Thursday, 7 June 2012
Percaya
Assalamualaikum wbt..........
Bertemu kembali dan selamat sejahtera. Apa pendapat anda mengenai seorang wanita berjaya? Bukannya susah untuk belajar menjadi seorang isteri yang independent. Lately ini banyak perkara berjaya diselesaikan sendiri. Teringat pula pada Albert Bandura, satu-satu teori yang masih segar dalam minda ini....teori pembelajaran sosial yang amat mudah difahami dan jelas.
Pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku, sikap dan hasil tingkah laku orang lain. "Tingkah laku yang manusia belajar observationally melalui permodelan: daripada memerhatikan orang lain, salah satu bentuk idea bagaimana tingkah laku baru dilaksanakan, dan pada masa kemudian maklumat berkod ini berfungsi sebagai panduan untuk tindakan." (Bandura).
Berbalik semula kisah diriku......awal usia perkahwinan berlaku perubahan transisi kelakuan. Sejak kecil independent (lasak- anak sulung) tiba-tiba selepas kahwin melalui proses adaption keluarga baru. Tapi tahun demi tahun proses observation dari suamiku. Apa yang dia boleh buat aku pun belajar dari situ. Serius dulu buka penutup botol kicap pun hanya ketuk-ketuk buat lubang asal kicap keluar udah ler.......tu la ni la.........macam-macam kena komen. Haaa sekarang senang aja nak buat.
Diri ini boleh anda pun boleh........ayuh majulah diri untuk Baiti Jannati!!!!
Monday, 4 June 2012
Sunday, 3 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)