Assalamualaikum wbt......selamat sejahtera semua.
|
bahan-bahan sudah ready |
Alhamdulillah.......berkat kerjasama semua pihak aktiviti masak-memasak che kiah Sweileh berjaya dijalankan pada jumaat lepas. Antara menu yang menarik pada hari tersebut adalah belajar gadun tepung untuk kuey teow dan mee kuning dari Pn Bad yang pernah 11 tahun menetap di bumi Mesir, Meat ball bakso yang sedap itu dari adik pelajar indonesia Tuti, Pemanis mulut dadih oleh acik Naz, kueh mueh juga tidak ketinggalan iaitu kueh kaswi oleh Pn Liza dan kueh lompat tikam.
Bermula dengan tadarus seterusnya kepada demo masakan. Perasaan seronok juga bila dapat belajar & berkongsi tips-tips masakan tambahan pula bukan selalu dapat berkumpul sebegini.
|
adunan tepung sebelum dimasukkan dalam mesin kuey teow |
|
kuey teow dh siap...lembut |
|
tengah gelek mee kuning pula |
|
untuk meat ball ...bakso |
|
semua dh siap...tunggu turn makan pula!!! Dadih belum hidang dh habis.. |
Sos pula original come from indonesia. Sebenarnya sudah lama ingin mencuba buat sendiri meat ball bakso tapi kali ini baru ada kesempatan. Syukur alhamdulillah. Sebelah malamnya pula jamuan kecil bagi warga Sweileh yang terlibat pula diadakan....ada yang dihantar lagi rumah ke rumah. Pendek kata semua dapat merasa 'kenduri' kali ini. Jika ada kesempatan akan datang insyallah menu berbeza menyusul oleh cheffah lain pula.
Akhir kalam ribuan kata terima kasih kepada tuan rumah dan barisan akhowat yang memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak terhingga. Sayang pada semua......
p/s: Lain kali jangan lupa join lagi....jangan serik2 tau!!!!
No comments:
Post a Comment