CdiQ™

Monday, 11 June 2012

Taaruf dengan mereka

Assalamualaikum wbt......

Berasal dari keluarga sederhana dan ada kala diajar apa erti susah dan payah membuatkan diri ini dari kecil bermotivasi untuk keluar dari persaan tersebut. Tetapi sebagai hamba Allah setiap yang susah itu Allah datangkan nikmat dan kemudahan yang tidak difikirkan akal. Itulah hikmat dan tidak pasti sama antum pun menyedari atau sebaliknya. 

Dilahirkan sebagai anak sulung perempuan & selepas SPM seingatku menjadi pengganti ayah menemani emak ke mana jua destinasi. 

Anak kedua, Norida yang kami kenali k.ngah.....seorang yang agresif, garang, mudah mendapat kawan dan sangat ambil berat dengan kebajikan kami semua.

Anak ketiga, Norisuhada kini bekerja sebagai pegawai eksekutif akaun siapa tahu siapa dapat ramalkan rezeki Allah tetapkan dia mendapat kerja dengan title sedemikian dengan sekeping diploma sahaja. Untuk adik-adik di luar sana amalkan rasa tidak memilih sesungguhnya Allah akan sediakan tempat yang terbaik untuk anda asalkan berani mencuba walaupun bermula dari tangga gaji rendah. Seorang sensitif, bijak, manja dengan mak dan bertanggungjawab. 

Anak keempat juga perempuan, nama Norinajiah. kami gelarkan k.jie......walaupun tidak minat untuk melanjutkan pengajian kami galakkan belajar kemahiran yang k.jie gemari. Terima bahawa untuk berjaya bukan semua perlu masuk universiti. Seorang peramah, ringan tangan & baik hati.

Anak kelima lelaki, Muhammad Ammar suka melayan anak-anak kecil, pandai mengemas dan masih belajar apa itu bertanggungjawab.

Anak keenam Muhammad Akid Azfar suka bercakap dan suka tolong orang. Anak bongsu Nur Izzati menjadi tumpuan semua kakak dan abang......tidak dapat dinafikan semua ciri-ciri pada yang sulung sehingga keenam ada pada dirinya. 

Dengan doa moga semua berjaya dan sentiasa diberkati Allah s.wt. Amin ya Rabb..............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...