CdiQ™

Thursday, 28 June 2012

Sepetang عل سطح

Assalamualaikum wbt......

Alhamdulillah bersua kembali dengan harapan semua berada dalam keadaan ceria selalu.

Sebenarnya sudah banyak kali anakanda Irfan mengajak kami keluar temankan dia untuk bermain wau...kebetulan kami balik Malaysia tahun lepas jumpa wau yang boleh packing2 dilipat boleh juga di bawa ke sini. Bukan di Jordan tidak ada wau malah macam-macam wau ada tambah la pula musim panas. Ramai syabab main wau. Niatnya hanya untuk mengambil hati anakanda Irfan. Tapi di sini tiada tempat atau lokasi yang sesuai...kebiasaan mereka bermain di sutuh (bumbung atas). Berbeza dengan Malaysia ada padang, bendang ataupun pantai yang amat sesuai dengan angin yang kuat.


Petang tadi alhamdulillah kami sekeluarga dapat luangkan masa temankan anak teruna bonda main wau malah bukan Irfan sahaja dapat belajar Izzah pun minat sekali.

Ok bersambung lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...