Salam sayang untuk semua dan hiasilah diri anda dengan senyuman ikhlas dari wajahmu yang cantik itu. Semoga anda dirahmati Allah selalu.
Slogan Baiti Jannati (rumahku syurgaku) makin pudar dalam kalangan masyarakat tenggelam dek arus kesibukan rutin harian. Kalau 10 tahun lepas slogan ini asyik berkumandang di sidang media. Dua Minggu lepas kandungan murabbi (usrah) membincangkan Tips Keluarga Bahagia.
Untuk makluman kami ada aktiviti bersama isteri-isteri pelajar Phd dinamakan murabbi. Di sini kami gunakan masa dan peluang untuk pengisian ilmiah dan perbincangan isu semasa.
Walaupun bunyi tajuk simple tapi penting pengisiannya sebab setiap ahli keluarga memainkan peranan penting selagi dia mempunyai keluarga dan menjadi ahli keluarga. Ianya bukan bergantung seratus-peratus pada ibu bapa sahaja malah anak-anak, nenek, datuk dan semua. Pernah waktu masih mengajar ada seorang pelajar bagus akhlak dan prestasi tapi pada akhir semester mejadi seorang yang berlawanan karektor dengan alasan tension dengan tindakan ibu bapa bercerai. Mungkin kesan daripada perceraian kedua ibu bapa tetapi remaja tersebut sudah berumur 20-an lebih akil baligh orang tua-tua kata boleh kendalikan diri sendiri apa terjadi adalah sebaliknya tidak. (Nanti ada masa bonda bincangkan pula bab perceraian dan kesan negatif kepada anak). Menunjukkan tindak tanduk ibu bapa penting dalam idola anak-anak.
Bagaimana nak elak krisis rumahtangga? Dalam mencari keredhaan Allah s.w.t lengkapkan diri anda dengan pertingkatkan keimanan padaNya. Bila diberi nikmat kesenangan, kerjaya mantap, pasangan cantik lagi bergaya, kewangan kukuh mesti lagi dekatkan diri pada Allah Maha Pencipta. Kita bukan orang yang maksum (perfect) di mana-mana ada kesilapan jadi penting juga dalam ilmu tips keluarga bahagia. Sikap memaafkan, sentiasa muhasabah bersama-sama dan berusaha perbaiki hubungan dalam mencana keluarga bahagia.
Persoalannya kenapa nilai kekeluargaan yang ideal makin luntur dalam kalangan masyarakat hari ini? Contoh Nabi Muhammad s.a.w semakin jauh...jauh dari amalan seharian. Astagfirullah...minta Allah jauhkan azab kepada kita semua.
Allahu ta'la a'lam...........
No comments:
Post a Comment