CdiQ™

Wednesday, 11 April 2012

HEWI DAY'S MPPMJ 2011

Assalamualaikum wbt...



Semoga semua berada dalam keadaan ceria selalu.

Di kesempatan yang ada bonda ingin mengulas satu program di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) iaitu 'HEWI Day' atau nama penuhnya 'Hari Hal Ehwal Wanita Islam' buat kali pertama diadakan untuk semua pelajar muslimah satu jordan melibatkan empat mantiqah Mu'tah, Mafrad, Irbid dan Amman. Wah meriah pada hari tersebut dengan di luar dewan besar ada pelbagai booth makanan dan pakaian. Sementara di dewan berlangsung diskusi pengurusan diri, lakonan dan nyanyian secara tak langsung mengasah bakat dalam diri pelajar. Sebelah petang pula diisi dengan forum yang mana salah seorang panelnya adalah bonda sendiri.
Kenangan bersama isteri Pengarah EMJ, ahli panel, dan Barisan kepimpinan HEWI MPPMJ 
Untuk pengetahuan, agak lama bonda tinggalkan maklumlah sudah bertukar status pensyarah kepada surirumah sepenuh masa. Jadi sedikit kekurangan dirasakan bonda mohon seribu kemaafan. 

Di sini bonda ulaskan secara ringkas sekadar gambaran. Versatile, Intelligent dan Professional (VIP). Sebenarnya bila membuka peluang bicara mengenai wanita ini amatlah menarik. Tambah-tambah lagi semua audien adalah wanita. Wanita selalu dikaitkan dengan emosional, tidak rasional, lemah, ditindas dan sebagainya. Tetapi kalau ikut kajian dalam kaunseling wanita adalah golongan yang kuat dari segi mental dan fizikal terutama bagi wanita yang kematian suami mereka ini kuat dalam menyara hidup anak-anak dengan mengorbankan keutamaan diri dalam mencari pengganti pasangan. Jika suami yang kehilangan atau kematian pasangan adalah sebaliknya.

Wanita dan versatile. Perlu atau tidak wanita versatile? Pengalaman bonda dulu pernah kerja di satu Consultancy Training yang ada hari ditugaskan menyediakan skrip atau lakonan kelakar. Nak atau tidak memang kena buat juga. Maksudnya di sini dalam diri dengan ada tekanan walaupun dirasakan susah tetapi boleh dilakukan juga

Wanita dan complicated. Mesti ada yang fikir, tak nama wanita kalau tak complicated. Sebenarnya setiap orang ada waktu kesusahan sendiri tidak mengira jantina ketika diuji oleh Allah s.w.t. Bila seseorang individu dilanda musibah, rasa keseorangan, putus cinta, difitnah dan macam-macam lagi kita melihat bagaimana individu ini melaluinya. Adakah pertolongan diminta adalah hanya pada yang nyata atau mengadu pada yang Maha Esa. Dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t membuatkan keyakinan dan kekuatan diri membawa kepada alternatif atau jalan penyelsaian yang diredhai Allah. Jangan la pula sudah dilanda musibah masih jauh dari Allah....nauzubillah.

Ketiga-tiga VIP ini perlulah seiring...setiap wanita mesti memilikinya barulah boleh dicirikan sebagai 'Serikandi Ummah'. Wanita yang kreatif, dan bijak akan menghasilkan profesional. Masalah yang makin meningkat dari hari ke hari adalah kalah kepada jiwa remaja. Contohnya terlalu ikut kata hati disebabkan putus cinta pengajian diabaikan walhal menimba ilmu dan menghabiskan pengajian dengan pointer bagus adalah lebih utama. Bila dah begini semua harapan keluarga sudah dibuang jauh. Bukan ke anda salah seorang pelajar pandai malah diiktiraf oleh guru-guru di sekolah dan dikira antara kalangan yang terpilih bila berjaya menempatkan diri di mana-mana institusi pengajian tinggi tidak kira di dalam negara atau luar negara. Anda mesti muhasabah kembali apa yang berlaku atas diri  sebenarnya ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Hikmah tu mungkin bukan secara terus anda sedari tapi harus ingat bahawa Allah Maha mengetahui. Sayang bila ada kes-kes pelajar gagal disebabkan oleh sebab musabab yang boleh dihindari dan dipelajari oleh individu tersebut.

Satu lagi bagi pelajar luar negara diri anda antara orang bertuah kerana berjaya menimba ilmu dan mendapat pengalaman berbeza dengan kawan-kawan yang menuntut di dalam negara. Jangan disebabkan masalah penyesuaian diri atau tidak boleh adapt dengan kaedah pembelajaran anda tergolong orang gagal dalam univerisiti. Carilah dan bentuk identiti diri anda supaya penampilan serta tingkatkan keyakinan diri.

Semoga sedikit sebanyak bonda nukilkan dapat membuka minda anda. Ingat, anda adalah seorang Serikandi Ummah....jika bukan anda siapa lagi. Moga bersua lagi..

Selamat Berjaya!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...