CdiQ™

Monday, 17 December 2012

Jasa & Ilmu mereka

Assalamualaikum wbt......


Alhamdulillah dengan IzinNya kesihatan diriku makin bertambah baik. Cuma kesihatan anak-anak sedikit terjejas maklumlah sudah berakhirnya musim luruh dan bertemu winter pula demam, batuk & selsema berselang-selang....si abang sihat lepas itu si adik pula. Doa bonda anakanda-anakanda cepat sihat.

Sahabat lamaku merangkap peranan seorang kakak.....dikhabarkan lecturer kami semasa BA dulu dua orang hendak bersara. Sedih pula dan terkenang jasa dan ilmu mereka tidak terhingga buat becth kami ( group kedua utk Sarjana Muda Kaunseling). Manakan tidak dari tahun 1 sehingga tahun akhir mereka ini lah yang kami berkongsi dan menelaah apa itu ilmu psikologi kaunseling. Bila-bila masa kami boleh ketuk pintu pejabat mereka bertanya pelbagai soalan, berbincang dan dapatkan nasihat. Even sudah tamat belajar pun kami tidak segan-segan untuk datang menuntut ilmu. Semoga mereka sentiasa mendapat keberkatan dan lindungan dari Allah s.w.t.


Sweileh, Amman
6c

Friday, 7 December 2012

Trimester 1

Assalamualaikum wbt......

Alhamdulillah ala kulihai lama betul tak menulis...keuzuran kesihatan berpanjangan dengan pelbagai dugaan membuatkan diri ini 'bercuti' dari segala kerja hanya perlukan rehat atas nasihat doktor. Buat pengetahuan semua kandunganku sudah melewati 3 bulan, morning sicknes makin berkurangan tapi badanku masih belum sihat sepenuhnya. Hanya doa, sabar dan sokongan kasih sayang dari suami dan anak-anak menjadi kekuatan utama.

Apa pun syukur ke hadrat Ilahi emosi dan fizikal kembali pulih sedikit demi sedikit bertemankankan hari-hari nan berlalu. Tambahan pula Jordan sekarang sudah dalam musim syita' lagi la kena berganda-ganda kuat semangatnya dengan kesejukan macam ais ( 9c).

Perasaan rindukan tanahair membuak-buak....betullah sekarang memang hormon tak stabil. Macam-macam rindukan masakan Malaysia...apakan daya satu perkataan sahaja 'SABAR'. Dugaan ...dugaan....dugaan.....yang penting diriku dan kandunganku sihat.

Semoga diberi kekuatan dan dilindungi kesihatan bagi diri ini....Amin Ya Rabb....!!!

Sweileh,
9 c

Thursday, 18 October 2012

Jelajah Bumi Urdun

Assalamualaikum wbt.....

Sekadar perkongsian dengan semua....tempat-tempat menarik yang kami pernah jejaki sepanjang di bumi urdun.

Teater Rom, City Center

Salah satu rumah yang didiami semasa Tamadun Tsamud, PETRA

Liku-liku ukiran batu sepanjang menuju ke pintu gerbang PETRA

Pintu Gerbang PETRA, antara tujuh tempat ajaib dunia

Ashabul Kahfi

Pantai Aqabah

Glass Boat, antara daya tarikan ke Aqabah

Dead Sea, Bahru Mayyit atau dikenali Laut Mati


Alhamdulillah, ini yang kami jumpa tika musim syita'


Qurattul Aina..

Assalamualaikum wbt....


Salam Sejahtera semua....kami semua dalam keadaan tidak berapa sihat. Anakanda Irfan sudah empat hari tidak ke sekolah....demam, batuk, selsema yang paling kasihan mata sentiasa berair. Setiap pagi bila jaga dari tidur mesti bertanya 'abang pergi sekolah tak hari ni?' dan dia sekali jawab 'tak payah la pergi sekolah abang demam lagi'.

Anakanda Izzah pun turut sama kena demam, batuk, selsema, yang paling teruk bila batuk bunyi macam batuk kering. Mata pun berair je....Moga anak-anak bonda cepat sihat dan kembali ceria. Letih kan kalau anak-anak tak sihat.

Monday, 15 October 2012

Sayang anakku Sayang

Assalamuaalikum wbt........walhamdulillah
Minggu lepas anakanda Irfan mengajak ayahanda main buaian di taman berhampiran tempat tinggal kami. Macam biasa la kalu nak pergi kena bangun awal pagi. Alasan kami sementara masih tidak byk kenderaan di lalulintas bertemankan udara sejuk dan segar.  Perasaan pun tenang damai.

Anak-anak kami baik hari sekolah atau hari minggu memang mudah bangun awal pagi. Kalau mengantuk lagi lepas pukul 10 am nanti sambung rehat kembali. Suamiku memang tiada dalam kamus diarinya tidur selepas subuh. Never & ever....mengikut ulama mana pun tiada yang cadangkan amalan tidur selepas syuru'. Diriku kalah juga bila fully BF anakanda Izzah....alhamdulillah selepas berhenti menyusu aku kembali kepada rutin lama, boleh mulakan tugas-tugas harian awal pagi. Jika tidur awal pagi, rasa hari-hari berlalu begitu cepat tanpa disedari untuk pengisian yang lebih bermakna. Banyak kelebihan awal pagi, mood segar, fikiran tenang..fizikal pun kuat setelah berehat sebelah malamnya.

Anakanda Irfan bukan tak main buaian di raudah padahal tiap-tiap hari bermain dengan kawan-kawan. Terfikir kami agaknya dia ingin kongsikan keseronokkan tu bersama ahli keluarganya. Kebahagiaan anak-anak mungkin terletak pada keriangan dan keseronokan yang dirasakan bersama keluarga tersayang.

Hari ini demam selsema pula....terpaksa duduk rumah tidak dapat pergi raudhah. Lagipun dari semalam lagi Irfan minta supaya tak pergi sekolah. Moga cepat sihat. Ini kali ketiga Irfan demam sepanjang pergi sekolah. Kebetulan pula jordan sekarang dalam perubahan musim dari summer kepada winter....sekejap sejuk sekejap panas yang pasti cuaca terasa kekeringan padang pasir.....Allahuakhbar. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...