Alhamdulillah ala kulihai lama betul tak menulis...keuzuran kesihatan berpanjangan dengan pelbagai dugaan membuatkan diri ini 'bercuti' dari segala kerja hanya perlukan rehat atas nasihat doktor. Buat pengetahuan semua kandunganku sudah melewati 3 bulan, morning sicknes makin berkurangan tapi badanku masih belum sihat sepenuhnya. Hanya doa, sabar dan sokongan kasih sayang dari suami dan anak-anak menjadi kekuatan utama.
Apa pun syukur ke hadrat Ilahi emosi dan fizikal kembali pulih sedikit demi sedikit bertemankankan hari-hari nan berlalu. Tambahan pula Jordan sekarang sudah dalam musim syita' lagi la kena berganda-ganda kuat semangatnya dengan kesejukan macam ais ( 9c).
Perasaan rindukan tanahair membuak-buak....betullah sekarang memang hormon tak stabil. Macam-macam rindukan masakan Malaysia...apakan daya satu perkataan sahaja 'SABAR'. Dugaan ...dugaan....dugaan.....yang penting diriku dan kandunganku sihat.
Semoga diberi kekuatan dan dilindungi kesihatan bagi diri ini....Amin Ya Rabb....!!!
Sweileh,
9 c
1 comment:
salam ziarah dari bumi Irbid..moga Allah mudahkan urusan yer bonda..dah sihat2..jemput datang irbid yer...
Post a Comment