Assalamualaikum wbt.......
Ada individu sanggup membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan alasan mahu meluangkan bacaan dengan buku dan menulis. Hebatnya dia. Banyak masa bertemankan buku. Pernah ada kisah benar seorang anak dikurung oleh ayah kandung sepanjang hidupnya tetapi dipenuhkan minda anaknya dengan beribu-ribu buah buku. Bila disedari ramai anak itu banyak ilmu sedangkan hanya dengan membaca.
Ya
Rabb, janganlah disinggahkan rasa jemu untuk belajar dan menadah ilmu, sungguh iringilah diriku dengan limpahan ilmu! Moga Allah membuka luas lorong perjalananku menuntut
ilmu, amin.
Rindu betul dengan Kolej Dar al-Hikmah, rindu ukhuwwahnya, syarahan dan idea-idea keilmuan Fadhil ustazzzzzzz yang kami gelar sebagai ayahanda Dato' Dr. Siddiq Fadzil.
"Wahai orang yang dapat bersabar bagi menyendiri, yang dibukakan untuknya pintu pengetahuan dan wawasan. Wahai insan yang bersabar hanya bertemankan buku. Jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana sudah kehilangan beberapa hal di luar sana. Ini kerana, sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan ataupun orang yang pemarah. Orang yang merasakan nikmatnya 'uzlah' (menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun pengganti itu berupa Kerajaan Kisra dan Kaisar". (Dr. Aidh al-Qarni)
Contohnya, dalam membesarkan anak-anak pun perlu banyak membaca, mendengar pelbagai motivasi dalam memberi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa hari ini dengan pelbagai cabaran zaman sekarang.
Semoga semangat Iqra terus kekal dalam diri ini. Amin.....
Sweileh, Amman.
No comments:
Post a Comment