CdiQ™

Thursday, 17 May 2012

Selongkar ilmu Kaunseling

Assalamualaikum wbt.......... 

Konsep Bimbingan Dan Kaunseling

Definisi Kaunseling

Kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang bersifat proses menolong yang dibina atas perhubungan antara kaunselor dank lien yang dilaksanakan dalam suasana professional dan beretika. ( Chong Lean Keow, PHD, ( 2007); Kaunseling ( Teori & Praktis ) ; UG Press Sdn. Bhd. )

Good menyatakan kaunseling adalah cara tersendiri dan peribadi dalam mendidik serta membantu seseorang, baik dari segi masalah pelajarannya mahupun masalah vokasionalnya, apabila ia berasa sukar menganalisa / menyelesaikannya dan memerlukan seorang pembantu yang khusus baik di sekolah mahupun di dalam masyarakatnya sendiri.

Jones & Hand menyatakan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada membantu individu-individu menemui serta mencapai segala kehendaknya, membimbing serta menilai potensi individu itu, membina tujuan hidup mereka serta menggubal dan merancang tindakan bagi memenuhi khidmat mencapai tujuan mereka.

Wrenn menyatakan kaunseling ialah suatu hubungan yang dinamik diantara dua manusia. Kaunseling bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi kehendak seorang pelajar, tetapi juga penyertaan dan persefahaman yang ditunjukkan oleh kaunselor dan kliennya dan boleh berinteraksi dengan baik. Kaunselor dank lien boleh memusatkan perhatian terhadap penjelasan dan penetapan diri sendiri.

Tyler & Wrenn menyatakan proses kaunseling merupakan suatu proses pembelajaran. Kaunselor dank lien terpaksa belajar menetapkan dan juga menjelaskan diri mereka sendiri. Kedua-duanya perlu mempelajari pemahaman ini terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan sesi kaunseling. (Mohd Mansur Abd. & Siti Nordinar Mohd Tamin ; Proses Kaunseling )

Boy & Pine menyatakan kaunseling ialah satu hubungan bersemuka di mana seoarang klien mendapatkan pertolongan daripada kaunselor

Smith G.E. menyatakan kaunseling ialah proses di mana seorang kaunselor membantu seorang individu (klien) mentafsir fakta yang berkaitan denga suatu pilihan, perancangan ataupun penyesuaian yang perlu dibuat.

Cottle & Downie (1970) menyatakan kaunseling sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya dan interaksi dengan orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif mengenai pilihan dalam hidupnya.

Delaney & Eisenberg (1977) menyatakan kaunseling ilah satu proses di mana kaunselor membantu klien supaya bertingkah laku dengan cara yang berkesan.

Mc. Daniel dan Shaftel (1956) menyatakan kaunseling sebagai satu siri pertemuan secara langsung dengan individu bertujuan membantu menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. (Ee. Ah Meng (2002 & 2004) ; Bimbingan & Kaunseling I ‘Edisi Kedua’; Fajar Bakti) 

Definisi Bimbingan

Bimbingan ialah proses ikhtisas bersistem menolong orang perseorangan melalui anturan-aturan didikan dan taksiran memperolehi kefahaman yang lebih baik tentang sifat tabi’inya dan keupayaannya sendiri serta menghubungkan dirinya dengan lebih memuaskan lagi kepada kehendak masyarakat dan peluang yang bersesuaian dengan nilai kemasyarakatandan kesusilaan. (Arthur D. Lloyd, Terj: Aminah Haji Hashim ; Bimbingan & Kaunseling Di Malaysia )

Dw. Leferer menyatakan bimbingan ialah satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidupnya serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.

Mc. Daniel & Shaftel (1957) menyatakan bimbingan satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

Shertzer & Stone (1981) menyatakan bimbingan adalah suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Pembimbing atau guru bimbingan akan menolong individu tersebut untuk menyedari kekuatan dan kelemahan diri mereka.

Alice Crow (1964) menyatakan bimbingan adalah bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu. (Ee. Ah Meng (2001&2002); Bimbingan & Kaunseling I ‘Edisi Kedua’; Fajar Bakti)


Matlamat Kaunseling

1.    Menyediakan perubahan tingkah laku

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1995), menyatakan tingkah laku perlu disesuaikan dengan :
·      siapa klien berinterkasi
·      bila klien berinteraksi
·      tujuan klien berinteraksi
·      situasi dimana klien berada untuk berinteraksi

Kaunselor mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar, ia boleh merupakan perubahan yang kecil. Apa yang penting kaunseling dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku supaya berkekalan. 

2.    Membantu membuat keputusan

Melalui proses kaunseling, kaunselor perlu merasionalkan pemikiran klien agar berfikir secara logik untuk membuat pilihan atau mengambil keputusan yang wajar untuk mencapai matlamat. Kaunselor membimbing klien membuat keputusan dank lien akan menimbang sendiri beberapa perkara yang akan memudahkan klien membuat keputusan. Menurut George & Cristiani (1981), keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira pengorbanan peribadi, masa & tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

3.    Membentuk kemahiran daya tindak

Kaunselor memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menolong klien bertindak ke atas keputusan yang dibuat.

4.    Mempercepatkan seseorang menjadi rasional

Kaunseling dapat mempercepatkan seseorang menjadi rasional dan dapat menghadapi hidupnya dengan lebih baik. Ini kerana kaunselor dapat memberi sokongan kepada klien dan menolong mendapat alternative dan menolong klien menerima kenyataan.

5.    Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya

Klien yang bertanggungjawab akan berusaha sendiri sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Sekiranya timbul sebarang masalah, klien yang akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain.

6.    Memperbaiki imej yang negative

Biasanya imej diri negative merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan dan akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi diri klien. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej diri yang positif sebagai tanda kestabilan personality diri klien. Menurut Paterrson, matlamat kaunseling adalah untuk membolehkan klien menajdi seorang yang bertanggungjawab bebas dan mencapai kesempurnaan kendiri serta berupaya menentukan perilakunya.

Peranan Dan Fungsi Kaunseling

1.    Menurut Suradi Salim ( 1996 ) :
a.     Memberikan peluang kepada pelajar atau individu untuk melihat masalahnya secara objektif dan untuk mendapatkan pemahaman tentang diri.
b.     Merancang masa depannya dengan lebih realistic iaitu memberi peluang kepada pelajar atau individu untuk memperoleh nirwana kendiri.

2.    Manja Mohd Ludin ( 1990 )
a. Membantu pelajar mengenal dirinya sendiri dan seterusnya dapat membuat pertimbangan dan penentuan sendiri terhadap masalah peribadi, pelajaran, penyesuaian dengan alam sekitar dan pemilihan kerjaya yang tepat berdasarkan kepada minat, kebolehan dan kemampuan sendiri.
b.  Membantu guru atau kaunselor memahami pelajar dengan lebih dekat lagi hasil daripada kerjasama guru kaunseling.

3.    Mempereratkan hubungan antara anak dengan ibubapa yang turut membantu mengembangkan personality dan pilihan kerjaya anak-anak.

Copyright @ suzyliana mamat
Pensyarah kaunseling Kolej Teknologi Islam, Melaka
2010

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...