Assalamualaikum wbt.....
Alhamdulillah bersua kembali dengan IzinNya.......
Bertemu jodoh dengan suami tercinta Mohd Nasir Abdul Majid dan dikurniakan permata rumahtangga lebih selesa digelarkan 'bonda Irfan'. Anakanda sulung dinamakan Muhammad Irfanulhakim dan anakanda kedua Izzah Ashwaq.
Sebelum ini tidak pernah langsung terlintas akan bertemu pasangan dengan orang utara, rupanya ada hikmah Allah s.w.t tentukan. Seronok juga dengan travel untuk balik kampung dapat mengenali banyak tempat-tempat menarik, makanan, pergaulan dan budaya, jika tidak bila lagi dapat selalu untuk smpai ke utara? Dipertemukan pula dengan k.Aliza sini kagum dengan dirinya sanggup berkorban dan menjalani kehidupan jauh di perantauan demi suami dan keluarga tercinta.
Membuat decision berhenti kerja kerana mengikut suami tercinta menyambung pengajian di Amman, Jordan berpeluang diri ini melihat perkembangan anak-anak membesar di hadapan mata juga suatu anugerah tidak terhingga nilainya. Dan juga lebih mengenali dan kenali lebih dekat expectation suamiku, bahtera rumahtangga yang kami bina dalam usaha mendapat keberkatan dunia akhirat, insyallah. Bukan sesuatu yang mudah.
Tahun 2008 mendapat title kaunselor berdaftar, walaupun sudah beberapa tahun berhenti sebagai pensyarah tetapi masih aktif dalam usaha menabur khidmat bimbingan dan kaunseling kepada adik-adik pelajar BA di Jordan. Insyallah dengan IzinNya sekadar termampu.
No comments:
Post a Comment