CdiQ™

Wednesday, 28 December 2011

BAKING2 N MORE BAKING....

Assalamualaikum....wbt.

BAKING2 N MORE BAKING....

Salam mesra untuk semua,

Lama juga bonda xupdate.....bukan ye apa. Sekarang sibuk melayan dua orang cahaya mata ni...kadang2 tu hari berlalu dgn cepat. Anakanda Irfan pun mkin petah bercakap...selalu je rs seronok ngn diri sndiri...klu dulu agaknya susah nk berbicara klau sekarang sebut aja...terus je ckap ' eh abang dh pandai cakap???'....kelakar je. terus bonda jawab 'yla abang kan dh besar'.....respon ye apa tau....'ooooooo' sambil tersenyum. pjg ooo dia. Sebelah pagi bonda biasakan anakanda Irfan dengan buku...menulis. Lunch time br boleh buka tv....nmpk macam seronok je dia. Bila abang sibuk ngn rutin harian mcm tu si adik pun terikut la juga. Abang tengok buku dia pun buku...abang pegang pensel dia pun ngn pensel.....xrebut2 dh la. 

Dalam psikologi kemahiran anak2 lingkung umur 3-4 tahun mmg perkembang bahasa makin cepat....seeloknya ibu bapa pelbagaikan bahasa insyallah ank2 pada umur ini akan cepat memperoleh bahasa. Bonda pun tengah usaha ajar irfan......

 adik pun nk piss juga
Si adik pula.....Izzah pndai hentak2 kaki bila tegok AlToyor Jannah. kelakar pun ada.....konon ye menari la tu. Ish macam2 laaaa.......:)

beef lasagne

Di samping tu bonda terus berusaha menjadi suri rumahtangga yang boleh masak apa jua bagi hidangan juadah buat keluarga tercinta....klu xjadi try .....try....try.....next time. mcam tu laa...bebehari lepas bonda sediakan lasagne daging. xsangka pula ayahanda cakap ' xsangka boleh makan lasagne. Dulu tegok aja nk buat xpandai..nk beli jauh sekali sebab mahal'. alamak touching la plak diolog ayahanda kali ni........tp apa yg tersemat di hati bonda. Insyallah bonda berusaha ke arah itu....mksud bonda berusaha ke arah melengkapi apa kekurangan diri kita yang lepas....:)....nama pun saling melengkapi antara suami dan isteri. Ok bertemu lagi .......


layan blog :)
ank2 tgh tdo....
ayahanda tgh study..
13c...sejuk 
kul 2.30pm




Thursday, 10 November 2011

SANAH HELWA YA HABIBATI
  IZZAH ASHWAQ

Pengalaman keseronokan berhari raya aidilfitri bersama keluarga di malaysia membuatkan bonda sekeluarga xberkesempatan nk update blog.....maaf ye pada mereka yang gemar singgah kt blog 'Raudhah Mardhiah' terima kasih banyak2 kerana tidak jemu untuk ziarah. Sempat juga menambah ilmu masakan bersama mak dan mak mertua...hak mana dan jla:). Bagi anakanda Irfan seronok la sangat balik kali ni ke Malaysia berpeluang mengenali saudara mara....makcik n pakcik, sepupu sepapat cuma kt kampung ayah xmasuk main kt bendang aja. Nikmat rasanya bila berada di tanahair sendiri.

Alhmdulillah sepanjang perjalanan kami dari Jordan- Kl mahupun Kl- Jordan...dipermudahkan Allah SWT. Syukur atas nikmat Allah bagi....xterkata rasanya.

 Abang Syahmi n Izzah
Ahlan wasahlan juga buat anak menakan ayahanda Ammar Muhammad Syahmi yang datang dari jauh untuk menghabiskan cuti sekolah dengan masuk markaz lughoh untuk memantapkan ilmu BA....mga berjaya. Makin riuh la bayt Irfan untuk 2-3 bulan ni.....

Sanah helwa untuk anakanda Izzah 1 tahun 14 hari....jordan pun dh 1 ming bertukar masa dilewatkan 1 jam menandakan Jordan dh bertukar dr musim Shoifi ke musim Syita', terasa macam baru je tahun lepas bertukar waktu. Masa bonda lahirkan Izzah hanya 2 hari awal Jordan bertukar waktu. hmm....sekejap je. Anakanda Izzah dh pandai apa? Boleh la sebut perkataan...'abg', 'ayih'(ayah), 'ma..ma'(bonda), 'air' 'oo..oo', 'cik'(nasi)....eh mana arab ye?????:) Dh pandai solat...pntang nmpak sejadah mesti cepat niarap atas sejadah, nk pakai kasut sendiri, nk suap makanan sendiri even nasi pun nk suap sendiri. Buah..hmm semua makan....anggur, delima apa2 buah mesti makan. nnti try bg strawberry boleh mkan x?:)

 Kek befday Izzah....1 sanah


Agaknya nk tunggu masuk 1 tahun dulu br boleh berjalan....alhmdulillah perkembang Izzah berkembang dengan baik. Doa bonda mga Anakanda dapat membesar dengan didikan yang baik dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT...amin. We are love u so much....!!!!

Saturday, 13 August 2011



Bismillahirahmanirahim.......

PROGRAM RAMADHAN AL- MUBARAK


Alhamdulillah selesai diskusi ke-4.....tahniah ayahanda!!!
Bismillahirahmanirahim.....
THANK YOU FATAFEAT......

 salah satu halawiyat....

Salam ramadhan semua.....alhmdulillah dh hampir pertengahan kita menyambut bulan penuh barakah ini. Menemani suami ke luar negara, proses menyesuaikan diri dengan tempat baru......budaya dan persekitaran sedikit sebanyak merubah gaya dan personalitiku. Jika dulu title isteri dan ibu bekerjaya sekarang surirumah 24 hours.....antara masa hobiku sepanjang tinggal di bumi anbiya' ni adalah tonton 'fatafeat' satu rancangan untuk surirumah 4 da 24hours...apa lg memang minatku menonton rancangan masak memasak tambah lg klu di malaysia dulu xlupa rancangan 'Jalan-jalan Cari Makan' di TV3. 

Pendapatku menonton rancangan sebegini xde stress beza dengan tonton movie yang perlukan mood untuk menghayatinya. Sekarang aku merasa selesa klu berada di dapur....ada sahaja yg boleh diriku create sebagai resepi baru menggunakan bahan mentah yg ada di sini. Misalnya bumi anbiya; xde daun kunyit tapi sebenar diorg ada daun ln yg lh gantikan daun kunyit malah baunya lg harum.....wah indah sangat. Bagiku setiap tempat ada keistimewaanya...cuma antara kita sedari ataupun tidak....subhanallah lg bertambah imanku pada Allah s.w.t. bahawa Dialah Pencipta alam....

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN LAGI.....DI PERANTAUAN

Rasanya belum terlambat bonda ucapkan 'Selamat Berpuasa' buat mereka yg sudi berkunjung blog ni. Ahleen2.....Alhmdulillah dengan IzinNya rs ye ni kali ke 3 kami sekeluarga menyambut kedatangan ramadhan di bumi anbiya' ni. Moga Allah menerima puasa, qiyam, tadarus Al-Quran, sadaqah dan amalan lain yang kita lakukan sepanjang bulan berkat ini.

Macam mana sambutan di sini? Arab meraikan bulan ramadhan macam esok adalah syawal. Berbeza ngn budaya di Malaysia. Selang 5 minit ada bunyi letupan bunga api...kiri, kanan, depan dan belakang imarah kami. Subhanallah meriah ye ditambah lagi dgn bunyi riuh rendah suara budak2. Sekitar 1 jam sebelum waktu imsak ada je arab datang jln2 meriuhkan sekitar imarah2 dengan pukul gendang mengejutkan kita supaya bangun sahur. Market Tol Karam...huish penuh dibanjiri org setempat. Teringin juga nk terawih sama2 di masjid...bila fikirkan anakanda Izzah mesti xmau duduk...lgkan jika bonda nk solat. Sabar jla.....

Macam biasa rutin persatuan...alahai kali ni lagi rancak dengan diskusi(5 sesi), aktiviti tadarus, buka puasa ramai2, tafaqquh dan lain2 lg. Bertemankan cuaca musim panas (around 40c) hampir 15 jam berpuasa......lagi menguji kesabaran menahan lapar makan dan minum memerlukan keazaman kuat. Ya Allah berikan kekuatan kepada kami. Teringat cabaran para sahabat dalam Perang Badr yang berlaku setelah difardhukan berpuasa. Berbekal barisan tentera 313 orang hanya kelengkapan musafir bjya melawan 1000 orang tentera musuh di tengah2 padang pasir. Allahuakhbar...hebatnya para sahabat. Kuatkan ketahananku Ya Allah dalam usaha berpuasa dan masih meneruskan menyusukan ank kecil. Tabahkan diriku ......Ya Rabb!!!!

Hulurkan kata maaf buat yang mengenali kami disini dan ditanahair.....jika ada salah dan silap.
Mga amalan kami diterima oleh Allah SWT.....amin2 ya rabbul alamin!!!!



Saturday, 30 July 2011

UKHUWWAH TERINDAH......KYRGYZSTAN!!!

Bersama barisan prof sheikh dr.....teman ayahanda yang 
memakai topi (budaya negaranya) 
tika munaqhashah phd

Semalam kami sekeluarga sempat ziarah teman ayahanda (suamiku)....teman satu kuliah di Jamiah Ulum Islamiah orang dr negara Kyrgyzstan....adoiiii berbelit nk menyebut ye. Malam td pun diorg betulkan semula sebutan bonda....:). lucu plak. Anak2 ye ramah skli. Sebelum pergi dh berdebar2 plak ni nnti nk sembang apa la ngn zaujah ye. Kebiasaannya tetamu diasingkan lelaki ngn perempuan. Suamiku berpesan xlh kalam arabic ...speaking je ngn diorg. Dalam hati mga Allah permudahkan. Amin....

Sampai di sana tepat tekaanku....tetamu diasingkan. Alamak macamana ni???? Rupa-rupanya silap tekaanku... zaujah ye fasih bertutur arabic.....wah kagum pula rs ye. Secara xsedar aku lh fhm apa yg dia ckp. Sempat berkongsi pengalaman sepnajang tinggal di bumi urdun. Bermula dr ank2 masih kecil...suamiye xpndai kalam arabic, masuk markaz lughoh, mik BA dan sambung MA di Jamiah Urduniah kemudian lanjutkan lg ke peringkat dokturah dalam bidang Feqh dan usul tanpa sebarang tajaan. Isterinya pun banyak bergaul dgn masyarakat setempat...mik kls untuk hafal kalam Al-Quran...msuk markaz lughoh. kemudian berjaya mik ijazah pertama di jamiah Urduniah. Dia juga berkongsi berkat kesabaran...kesungguhan diorg lh bjya sampai hr ni. Ank2 mereka boleh kalam arabic dan speaking english more better than arabian. Dh la wajah diorg ala korean or japanese gtu....kiut sgt. Subhanallah......
Diorg tye psl malaysia......bile kuceritakan di malaysia ramai pakar dan pendakwah dlam bidang Syariah...diorg jwb masyallah. Rupa-rupanya negara diorg kekurangan pakar agama......isterinya berpesan byk sbr dan niat bersungguh2 dlm menuntut ilmu paling penting. Muhasabah bile aku mendengar ye.....kagum pun ada. Esok atau lusa diorg blk ke kyrgyzstan. Kawan ayahanda Sheikh Dr Shamsudin akan memulakan perjuangan di negara sendiri xlama lg...barakallah fikum!!!!
Ayahanda bgaya topi kyrgyzstan....
 
Mga ukhuwwah fillah antara kita.....dan juga ziarah mahabbah ini menambah kekuatan dan membangkit semangat suamiku dalam meneruskan kembara ilmu di bumi penuh barakah ini. Nk menulis pun perlu mood juga:).....cpt bih cpt la blk....kuan2!!!

jumpa lg ramdhan nnti......

Friday, 22 July 2011

SHARING2...

Dah lama juga rs ye break group sharing atas pelbagai sebab...hr ni alhmdulillah bjya juga berkumpul. Tapi ada juga ahli tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesihatan dan sebagainya. Teringat pula bonda dulu waktu mengajar di KDH....pernah juga masuk ke kuliah dan yang ada pelajarnya seorang sahaja. Bukan jumlah pelajar seorang tapi seorang je yang hadir. Nak xnk kna juga mengajar walaupun kedatangannya seorang sahaja. Tapi kaedah ye bonda tukar dalam bentuk perbincangan. ok aja!!! Kadang2 bukan apa yang dirancang berlaku mengikut aturannya. Tak kan nk marah, xpuas hati.....terima la seadanya. Pengalaman ni bonda kongsikan kot2 boleh dijadikan pengajaran supaya mereka yang bergelumang dalam bidang ilmu ini xboleh mudah putus asa......insyallah Allah bersama dengan orang yang sabar dan dijanjikan pahala yang besar.

Wednesday, 20 July 2011

Bahaya Mengumpat



Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

copyright@http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
Bismillahirahmanirahim......

Salam untuk semua!!!

APA YANG ADA .....CUKUP LA

Maaf la sekarang br ada kesempatan nk mengulas psl program family day. Bulan lepas kami sekeluarga berkesempatan join sama untuk program family day PPMA.....walaupun dalam keadaan sambutan ahli tidak memberangsangkan tapi alhmdulillah program ini berjaya dan dilengkapi dengan kedatangan pengarah MSD sekeluarga untuk majlis penutup pada sebelah petang.  

Maaf la...gmbr xclear. Ayam masak kunyit. Pemenang IRON CHEF 2011
time kaseh la bebyk kt fotographer ye:)

Apa menarik boleh bonda kongsikan bersama....peserta dibahagikan 5 kumpulan. Pada sebelah pagi banyak aktiviti sukaneka termasuk kanak-kanak. Dinihari pula slot IRON CHEF.....kami ahli2 kumpulan dikehendaki memilih bahan2 mentah yang disediakan dan diminta menyediakan 2 hidangan dalam masa yang diberikan. Apa yang kelakar....bila dh semua mengambil tpt setelah memilih bahan. Masalah juga nk nyalakan api dapur arang...sbr2 akhirnya berasap juga dapur kami. Tapi apa yang bonda nk kongsikan...menu ye adalah masak berdasarkan bahan yang ada. Akhirnya ada menu ayam masak kunyit, ayam halia sweet sour, masak kari, masak kurma n group kami msk ayam goreng kari merah (lh thn juga pedasnya). Sebenarnya kita boleh je masak mengikut apa yang ada....lg buatkan masakan kite lain dr yang lain dan juga hasilkan minda kite pun kreatif. Group yang menang plak ayam msk kunyit.....dh la mereka yang last ambil bahan tu pun apa yang tinggal je. Sedap pula....terasa betul kunyit ye.

Moral of da story....blk dr fmily day tempohari ayahanda (suamiku) berpesan...'sebenarnya masakan kita asalnya bahan mengikut kreativiti...kalau bahan kicap misalnya habis boleh jer cr alternatif lain untuk gantikan kicap'. Kebetulan bonda mengeluh beberapa hari lepas ada bahan dah habis...ayahanda ckp ritu fmily day blh je masak. Dalam hati betul juga jawapan suamiku.....'kreatif...kreatif.':)

Gaya model si kecil yang comel
 
Papan markah sepanjang program
 
Selain tu...kesempatan program tu juga kami sekeluarga dapat mengenali lg ahli2 PPMA lebih dekat. Mengeratkan ukhuwwah silaturahim dgn yg ada. Dh byk kali kami xbkesempatan mengikuti bersama program under PPMA. Insyallah ada kesempatan dan diizinkan Allah...bersua lg fmily day akan datang.
Mereka yang hadir menceriakan
program fmily day PPMA

Thursday, 30 June 2011

ISRAK MIKRAJ 
NABI MUHAMMAD SAW

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
 
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaKsikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

    Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. 

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah  HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan  salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang  ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini  betul-betul  di atas Baitullah di Mekah).

11x. Langit Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar  menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Langit Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.   Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah  dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:



Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj


Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

p/s: Kalau ikut fikiran logik memang tidak munasabah nabi Muhd SAW boleh sampai ke Masjid Aqsa dalam satu malam....kerana pada masa tersebut mengikut pengalaman mereka dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa mengambil masa lebih kurang 40 hari lebih. Tersemat di benak fikiranku Allah Maha Esa.....Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! dengan yakin....lagi bertambah imanku!!!!

Keseluruhan fakta2 di atas di ambil daripada blog (di bawah). Bonda menaqalkan sahaja. Sekian

copyright@http://fullfilth.blogspot.com

Wednesday, 29 June 2011

Assalamualaikum wbt......

BAHRU MAYYIT

Semalam dengan izin Allah s.w.t ai'lah kami sampai lagi ke Bahru Mayyit (Laut Mati) bersama 4 ai'lah lg. Seingat bonda kali pertama sampai ke Bahru Mayyit tahun lepas, sebelum bayt Amzar balik ke Malaysia. Itu pun waktu balik Petra tempohari tapi kecewa ckit sbb dapat jejak kaki ke Bahru Mayyit pun dh malam. Agak ye waktu musim sejuk, waktu siang hari pun singkat. Kali ni alhamdulillah berpeluang lagi di samping meraikan ai'lah k.yusrina pula sebelum balik ke Malaysia. Rupanya Bahru Mayyit ni 45 minit shj dr Sweileh...kampung kami di Amman, Jordan ( dr kg Bonda ke Marang).
pemandangan sebelum matahari terbenam
anakanda Irfan di perairan pantai
batu-batu pantai penuh dengan garam

 Bila dalam perjalanan, Bahru Mayyit ni rupa-rupanya berada di tengah2 gunung ganang yang kering. Air Laut yang tiada punca saliran daripada mana2 muara sungai menuju ke laut. Dalam kajian2 juga mendapati ada kesan fosil (bermaksud ada kehidupan terdahulu). Terkesan di hati bonda betapa Allah itu Maha Kuasa tiada kuasa lain dapat menandingiNya. Ya Rabb...Dialah Pencipta Alam!!! Sembang2 dengan ayahanda (suamiku) mengenai Laut Mati...suamiku mengingatkan bila pergi ziarah tempat2 yang Allah pernah turunkan laknat ni kurang elok untuk hati ini bersuka ria....dengan ayat al-Quran, banyak sekali dikisahkan tentang kehancuran umat-umat terdahulu, akibat enggan tunduk dan beribadah kepada Allah s.w.t, mendustakan para utusan (Rasul) Allah, menyembah berhala, dan sebagainya.

Kisah-kisah itu dicerakinkan kembali di dalam al-Quran, agar umat Islam memperoleh hikmah dan pengajaran. Daripada pelbagai peristiwa itu, hendaknya umat Islam tidak melakukan hal yang sama, yang menerbitkan kemurkaan Allah s.w.t.

Salah satu kisah di dalam al-Quran yang perlu menjadi pengajaran kepada umat manusia ialah kisah umat Nabi Lut a.s. Sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran, umat Nabi Lut a.s dihancurkan kerana mereka melakukan perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah s.w.t, yakni melakukan hubungan seksual sesama jenis (homoseksual). Walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi Lut, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah tersebut, hingga Allah menimpakan azab terhadap mereka.

Kisah keazaban umat Nabi Lut a.s terdapat dalam surah al-Anbiya: 74-75, Hud: 82-83, dan al-Qamar: 33-38. Kisah kehancuran umat Luth a.s ini juga diceritakan di dalam Perjanjian Lama.

Dalam pelbagai kajian dan penelitian, peristiwa atau lokasi kejadian azabnya umat Lut a.s ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau Tasik Lut yang terletak di sempadan antara Israel dengan Jordan.

Berikut ini sekelumit cerita mengenai kehancuran umat Nabi Lut a.s yang dirakamkan di dalam al-Quran.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (asy-Syu’araa:165-166) .

copyright@www.dakwah.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...