CdiQ™

Wednesday, 29 June 2011

Assalamualaikum wbt......

BAHRU MAYYIT

Semalam dengan izin Allah s.w.t ai'lah kami sampai lagi ke Bahru Mayyit (Laut Mati) bersama 4 ai'lah lg. Seingat bonda kali pertama sampai ke Bahru Mayyit tahun lepas, sebelum bayt Amzar balik ke Malaysia. Itu pun waktu balik Petra tempohari tapi kecewa ckit sbb dapat jejak kaki ke Bahru Mayyit pun dh malam. Agak ye waktu musim sejuk, waktu siang hari pun singkat. Kali ni alhamdulillah berpeluang lagi di samping meraikan ai'lah k.yusrina pula sebelum balik ke Malaysia. Rupanya Bahru Mayyit ni 45 minit shj dr Sweileh...kampung kami di Amman, Jordan ( dr kg Bonda ke Marang).
pemandangan sebelum matahari terbenam
anakanda Irfan di perairan pantai
batu-batu pantai penuh dengan garam

 Bila dalam perjalanan, Bahru Mayyit ni rupa-rupanya berada di tengah2 gunung ganang yang kering. Air Laut yang tiada punca saliran daripada mana2 muara sungai menuju ke laut. Dalam kajian2 juga mendapati ada kesan fosil (bermaksud ada kehidupan terdahulu). Terkesan di hati bonda betapa Allah itu Maha Kuasa tiada kuasa lain dapat menandingiNya. Ya Rabb...Dialah Pencipta Alam!!! Sembang2 dengan ayahanda (suamiku) mengenai Laut Mati...suamiku mengingatkan bila pergi ziarah tempat2 yang Allah pernah turunkan laknat ni kurang elok untuk hati ini bersuka ria....dengan ayat al-Quran, banyak sekali dikisahkan tentang kehancuran umat-umat terdahulu, akibat enggan tunduk dan beribadah kepada Allah s.w.t, mendustakan para utusan (Rasul) Allah, menyembah berhala, dan sebagainya.

Kisah-kisah itu dicerakinkan kembali di dalam al-Quran, agar umat Islam memperoleh hikmah dan pengajaran. Daripada pelbagai peristiwa itu, hendaknya umat Islam tidak melakukan hal yang sama, yang menerbitkan kemurkaan Allah s.w.t.

Salah satu kisah di dalam al-Quran yang perlu menjadi pengajaran kepada umat manusia ialah kisah umat Nabi Lut a.s. Sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran, umat Nabi Lut a.s dihancurkan kerana mereka melakukan perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah s.w.t, yakni melakukan hubungan seksual sesama jenis (homoseksual). Walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi Lut, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah tersebut, hingga Allah menimpakan azab terhadap mereka.

Kisah keazaban umat Nabi Lut a.s terdapat dalam surah al-Anbiya: 74-75, Hud: 82-83, dan al-Qamar: 33-38. Kisah kehancuran umat Luth a.s ini juga diceritakan di dalam Perjanjian Lama.

Dalam pelbagai kajian dan penelitian, peristiwa atau lokasi kejadian azabnya umat Lut a.s ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau Tasik Lut yang terletak di sempadan antara Israel dengan Jordan.

Berikut ini sekelumit cerita mengenai kehancuran umat Nabi Lut a.s yang dirakamkan di dalam al-Quran.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (asy-Syu’araa:165-166) .

copyright@www.dakwah.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...