CdiQ™

Sunday, 13 January 2013

Pengalaman Awal tahun 2013

Assalamualaikum wbt.....

Lama juga tak update blog ni...bukan kering idea tapi mood bercampur dengan ' -ve' ++  ni melebihi tahap rajin susah juga kan? Alhamdulillah kesihatan diriku morning sickness makin berkurangan. Tambahan pula suamiku decide kami sekeluarga akan jaulah ilmu sambil menyelusuri kisah nabi di Egypt  lagi la kena kuatkan semangat dan doa2 kami sekeluarga sihat pergi dan pulang. Antara alasan utama kami adalah untuk ke Fiesta Buku antara tarikan utama di sana. Ibarat kalau ada PWTC, KL tu....di sana mungkin ada 5 atau lebih gedung pameran buku. Berganda-ganda lagi banyak bukunya.

9/1 lepas suatu pengalaman baru walaupun menetap di bumi anbiya' ni hampir menjangkau 4 tahun. Salji turun memutih bumi Jordan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tapi diri ini berbadan dua tak boleh heavy sangat dalam hati seronok tak terhingga mungkin ini salji terakhir kami sebelum meninggalkan bumi barakah ini. Tak larat pun sempat juga turun main bersama anak-anak dan suami....dah penat bermain demam pulak. Badanku tak tahan sejuk apa taknya suamiku cakap aku pakai baju nipis.....badan tak tahan. Pelik pula...anak-anak aku pastikan mereka pakai banyak lapis tapi terlupa diri sendiri. Memang macam tu kalau jadi ibu ni diri sendiri pun boleh lupa. Alhamdulillah demam dua hari sahaja.

Teringat pelarian Syria yang menumpang berteduh di khemah pelarian di sekitar border Syria-Jordan...bagaimana mereka melalui salji yang tebal tanpa pemanas elektrik? Moga mereka dilindungi Allah. Rupa-rupanya salji kali ni salji yang hanya sekali dalam 20 tahun....betul tak betul hanya Allah sahaja yang Lebih Mengetahui.
Area depan 'Imarah kami
Pengalaman dua beradik ni pula, seronok memanjang kali ini...Anakanda Izzah pula dah pandai lontar salji.....baring-baring dalam snow yang sejuk tu. Anakanda Irfan pula siap bawa tools kalau di Malaysia kanak-kanak lain main pasir dia mik cangkul dan senduk korek salji. Apa-apalah anakanda berdua ni. Bonda dah demam....bising pula dua beradik ni nak naik main kt atas sutuh (bumbung) pula. Ayah la pula yang kena temankan anak-anak. Bonda langsung tak larat nak bangun.....
Happy landing in snow

turn abang pula

Simpang depan rumah

 Moga-moga ini menjadi kenangan bermakna buat keluarga kami anak beranak.


Sweileh
3c

Monday, 17 December 2012

Jasa & Ilmu mereka

Assalamualaikum wbt......


Alhamdulillah dengan IzinNya kesihatan diriku makin bertambah baik. Cuma kesihatan anak-anak sedikit terjejas maklumlah sudah berakhirnya musim luruh dan bertemu winter pula demam, batuk & selsema berselang-selang....si abang sihat lepas itu si adik pula. Doa bonda anakanda-anakanda cepat sihat.

Sahabat lamaku merangkap peranan seorang kakak.....dikhabarkan lecturer kami semasa BA dulu dua orang hendak bersara. Sedih pula dan terkenang jasa dan ilmu mereka tidak terhingga buat becth kami ( group kedua utk Sarjana Muda Kaunseling). Manakan tidak dari tahun 1 sehingga tahun akhir mereka ini lah yang kami berkongsi dan menelaah apa itu ilmu psikologi kaunseling. Bila-bila masa kami boleh ketuk pintu pejabat mereka bertanya pelbagai soalan, berbincang dan dapatkan nasihat. Even sudah tamat belajar pun kami tidak segan-segan untuk datang menuntut ilmu. Semoga mereka sentiasa mendapat keberkatan dan lindungan dari Allah s.w.t.


Sweileh, Amman
6c

Friday, 7 December 2012

Trimester 1

Assalamualaikum wbt......

Alhamdulillah ala kulihai lama betul tak menulis...keuzuran kesihatan berpanjangan dengan pelbagai dugaan membuatkan diri ini 'bercuti' dari segala kerja hanya perlukan rehat atas nasihat doktor. Buat pengetahuan semua kandunganku sudah melewati 3 bulan, morning sicknes makin berkurangan tapi badanku masih belum sihat sepenuhnya. Hanya doa, sabar dan sokongan kasih sayang dari suami dan anak-anak menjadi kekuatan utama.

Apa pun syukur ke hadrat Ilahi emosi dan fizikal kembali pulih sedikit demi sedikit bertemankankan hari-hari nan berlalu. Tambahan pula Jordan sekarang sudah dalam musim syita' lagi la kena berganda-ganda kuat semangatnya dengan kesejukan macam ais ( 9c).

Perasaan rindukan tanahair membuak-buak....betullah sekarang memang hormon tak stabil. Macam-macam rindukan masakan Malaysia...apakan daya satu perkataan sahaja 'SABAR'. Dugaan ...dugaan....dugaan.....yang penting diriku dan kandunganku sihat.

Semoga diberi kekuatan dan dilindungi kesihatan bagi diri ini....Amin Ya Rabb....!!!

Sweileh,
9 c

Thursday, 18 October 2012

Jelajah Bumi Urdun

Assalamualaikum wbt.....

Sekadar perkongsian dengan semua....tempat-tempat menarik yang kami pernah jejaki sepanjang di bumi urdun.

Teater Rom, City Center

Salah satu rumah yang didiami semasa Tamadun Tsamud, PETRA

Liku-liku ukiran batu sepanjang menuju ke pintu gerbang PETRA

Pintu Gerbang PETRA, antara tujuh tempat ajaib dunia

Ashabul Kahfi

Pantai Aqabah

Glass Boat, antara daya tarikan ke Aqabah

Dead Sea, Bahru Mayyit atau dikenali Laut Mati


Alhamdulillah, ini yang kami jumpa tika musim syita'


Qurattul Aina..

Assalamualaikum wbt....


Salam Sejahtera semua....kami semua dalam keadaan tidak berapa sihat. Anakanda Irfan sudah empat hari tidak ke sekolah....demam, batuk, selsema yang paling kasihan mata sentiasa berair. Setiap pagi bila jaga dari tidur mesti bertanya 'abang pergi sekolah tak hari ni?' dan dia sekali jawab 'tak payah la pergi sekolah abang demam lagi'.

Anakanda Izzah pun turut sama kena demam, batuk, selsema, yang paling teruk bila batuk bunyi macam batuk kering. Mata pun berair je....Moga anak-anak bonda cepat sihat dan kembali ceria. Letih kan kalau anak-anak tak sihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...