CdiQ™

Wednesday 2 May 2012

Sanah Helwa Habibi MuHammad IrFan

Assalamualaikum wbt.....salam sejahtera

Alhamdulillah...hari ini anakanda Irfan genap empat tahun. Dua tiga hari lepas bonda pula yang sibuk get prepared to suprised party for my little hero ni. Siap booking satu hari minta ayahanda luangkan masa free bawa Irfan main bowling di Mukhtar Mall. Seronok pula dia first time main bowling. Kebetulan tempohari Irfan berjaya khatam Iqra' 1 satu pun bonda tak bagi apa-apa hadiah pun. Kali ni bonda kumpulkan hadiah sekaligus.

Tiada yang lain harapan bonda dan ayahanda moga anakanda Irfan terus membesar sebagai seorang muslim sejati, berbuat baik kepada ibu bapa, abang contoh untuk adik-adik, rajin belajar solat, mengaji dan hafaz quran. Doa bonda dan ayahanda iringimu sentiasa sampai akhirat.


Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah Taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
 Surah Al-Baqarah (ayat 128)

Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
 Surah Ibrahim (ayat 40-41)

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Syukur padaMu ya Allah dengan anugerah tidak terhingga dalam usaha mendidik anak-anak. Diberi peluang girang menimang cahayamata, bonda boleh mengacah anakanda dengan berunsurkan didikan tarbawi, sambil mendodoikan, bonda boleh menyanyi nasyid atau zikir yang boleh membangkitkan jiwa, sambil bergurau senda, bonda boleh menerapkan nilai membantu dan kerjasama, taat, sopan, dosa pahala dan sebagainya, pendeknya bermacam-macam cara atau medan untuk bonda didik anakanda dengan penuh kasih sayang.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
 Surah Al-Furqan (ayat 74).

Bonda dan ayahanda sayang abang.....
Adik Izzah sayang abang.... 
Abang Irfan...
Abang contoh... 
Moga dirahmati Allah selalu...
Amin... 

Tidak lupa juga sanah helwa untuk pak uda dan toki ayah.....sama-sama dilahirkan dalam bulan mei!!! Moga kalian diberkati Allah sokmo....

Ailah Irfan
Sweileh 

6 comments:

@LeenShamsh said...

muge membesar sebagai alim besar abg irfan? bestnye hadiah abg irfan..kat sini susah nk dapat..untung kecik2 ikut ummi dgn abi ;)

Unknown said...

salam ukhuwah ummu muhammad. syukran untuk doa itu. amin2....saya pula kena kuatkan semangat dalam didik tambah2 usia mcm ni kan tengah lasak....

Ummu Ammar said...

Bonda Irfan,

Syukran jazilan atas huluran ukhuwwah. Semoga ikatan ini akan berpanjangan..:))

Sanah helwa buat irfan. Semoga menjadi anak soleh yang berguna pada ibubapa, agama dan negara..

p/s: sedapnya kek..:))

Unknown said...

salam syukran ummu ammar sudi ziarah,

Mga dapat berkongsi idea selalu

amin2

kek tu try n error aja, alhmdulillah niat nk celebrate untuk anak menjadi juga kek tu

Ummi's Kitchen said...

Sanah Helwah Buat Irfan...

Moga doa dan cita2 ayahbonda dimakbulkan Allah..amiin

cantik kek nya..blk msia nnt, molek tu dikembangkan lagi.. ;)

p/s: bestnya buku2 hadiah irfan tu... :) uwais punya yg bw blk dr sana dulu, msh ada tp biasalah ada yg dh ter'siat2'.. heh

Unknown said...

wsalam ummi ayu...

syukran atas doa itu....mga dimakbulkan Allah s.w.t

kek deko sendiri, ubah ckit dr resepi asal dr kek indulgence yg mintak resepi tempohari. akhirnya jumpa jga. alhmdulillah....

buku2 tu blh klu nk kirim untuk ank2 ummmi tu..nnti PM ye...gtau awl sempat crikan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...