Assalamualaikum wbt.........
Salam ramadhan alMubarak. Rasanya lama tidak bersiaran. Maaf sesangat buat mereka yang selalu singgah di laman bonda yang tidak berada aktif kebelakangan ini. Sebenarnya sebelum ini diri ini tidak berapa sihat disebabkan alahan anak ketiga kami.
Buat pengetahuan semua janin dalam kandunganku telah pergi buat selama-lamanya. Setelah usia kandunganku hampir 11 minggu (alahan hampir 5 minggu) sekejap sahaja Dia yang Memberi dan Dia juga yang MenentukanNya. Ya Allah.....hanya padamu aku berserah. Moga diriku, suamiku, anak-anakku dan ahli keluarga semua berada dalam lindunganMu dunia akhirat. Perasaan sedih bila mengenangkan aku masih lagi alahan tetapi Allah sayangkan dia. Moga kita diizinkan dapat berjumpa akhirat kelak anakku.
Hari rabu lepas mula-mula turun darah, kami cepat-cepat pergi ke hospital Islami, setelah doktor check up katanya janin kami masih ada.....datang lagi untuk check up lagi 2 minggu. Kami pulang dengan rasa tenang sedikit. Tetapi keesokkan hari, khamis tu aku mula rasa tidak selesa datang perasaan berdebar-debar bila memikirkan kandunganku. Darah makin banyak keluar. Bila sharing dengan suamiku, suamiku menenangkanku. Jika Allah memberi Dia juga berhak mengambilnya. Apa-apa yang berlaku kita terima dengan redha. Lepas iftor malamnya tanpa menunggu lama aku rasa macam makin sakit, darah makin banyak, terasa sakit depan belakang pinggang, aku ajak suamiku pergi hospital dalam masa yang sama terasa janinku keluar. Tanpa berlegah kami minta tolong salah seorang kawan yang mempunyai kenderaan hantar ke hospital. Kami bawa janin tadi untuk pengesahan doktor. Bila doktor check up memang betul rahimku sudah kosong. Perasaan sedih tu hanya Allah sahaja yang tau.
Malam itu kami semua bermalam di hospital kerana rahimku kena dicuci. Kesian anakku irfan dan izzah terpaksa stay di hospital menemani bonda terlantar di hospital. Mereka pun turut sama tidur di tilam hospital. Ya Allah pengalaman tu semua.
Sebelum wadded, kami kena settlekan bil hospital, kebetulan kami bawa duit tak mencukupi nasib baik kawan kami, ust rozaimi yang hantar kami tadi masih ada sama sudi pinjamkan duit tetapi kena tunggu sekejap sementara beliau pulang ambil duit di rumah. Malam semakin menghampiri tengah malam, anakanda izzah sudah keletihan dan mengantuk. Irfan masih lasak. Sambil memangku & dodoikan Izzah, sementara suamiku uruskan kemasukanku ke wad, seorang makcik datang cakap dengan kami.....sambil bertanya 'bukan doktor suruh ko balik ke'.'operation esok?'. Kami dah confius pula.....siap makcik tu confirmkan semula dengan kaunter bagaimana kes kami.....rupanya betul kami kena wadded malam ini juga. Tak lama lepas itu aku perasan la makcik tu call seseorang sambil cakap ...'malizi bla bla....'. Pastu dia datang pada kami cakap 'aku nak bagi ko duit boleh bantu ko'. terkejut la kami. Kami menolak sebetul-betulnya. Tapi makcik tu sekeras-kerasnya nak bagi juga duit. Waktu itu kami terasa Allah sentiasa bersama kami, Dia menarik rezeki anak kami, Dia hulurkan rezeki sewaktu kami kesempitan. Dia yang berhak menentukanNya. Selepas itu sebelum naik wad, makcik tu peluk-peluk diriku sambil doa 'insyallah khir, ko akan kembali sihat'. Terasa mak kat kampung ada di sisi.....Ya Allah hebatnya perasaan ini. Bersama sokongan suami tercinta di sisi aku kuatkan semangat hadapi ini semua. Ya Allah Subhanallah, Alahamdulillah, wa Allahuakhbar.
Bermula la episod pantang bulan ramadhan.
No comments:
Post a Comment