CdiQ™

Tuesday, 15 May 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt....

Selamat Hari Guru buat semua mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan tidak kira guru pra-sekolah, sekolah rendah, menengah, kolej, universiti (dari umur kanak-kanak sehingga peringkat tertinggi dalam dunia ilmu). Sumbanganmu tiada bandingan......Thank you so much and May Allah Bless You All.

Guru Oh Guru...............

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
JIka hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan dengan guru biasa
Dengan lembut mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu guru
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin beerti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr Usman Awang
Dipetik dari buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggara oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa (DBP), Kuala Lumpur, 1989

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...