Assalamualaikum wbt....
Alakulihal...ingin kongsikan bersama2 bagi siapa yang belum mengenali kedua orang tuaku yang hebat walaupun tiada segenggam ijazah tapi usaha dan pengorbanan mereka tetap dikagumi.
Cinta buat ibuku..
Menyayangimu Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini…
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini…
Terima kasih di atas segalanya
Kau tidah pernah mengeluh
Malah sentiasa tersenyum
Walau digamit keperitan
Kini segala pengorbananmu
Hampir terbalas
Anakmu kini berjaya ke menara gading
Dan percayalah
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu
Yang pasti aku tak pernah lupakanya
Aku begitu merinduimu
Walaupun kita berjauhan
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini
Demi masa depanku dan harapanmu
Anakmu dirantauan ini
Tidak pernah sesekali melupakanmu
Dan percayalah aku begitu menyayangimu.
No comments:
Post a Comment