CdiQ™

Saturday, 7 January 2012

HARAPAN BARU

Assalamualaikum wbt.....

Salam ukhuwwah fillah semua.....cuaca di Amman amatlah sejuk!!!

Masa makin berganjak....umur makin meningkat insyallah pengalaman demi pengalaman mematang seseorang itu. kadang kala bonda terfikir bagaimana hebatnya seseorang itu bila diberi ujian dari Allah...bukan sahaja kehilangan orang yang tersayang malah bagi seorang gadis atau remaja yang baru mula mengenal kebahagiaan bercinta tetapi cintanya tidak kesampaian......sedih......perasaan nk bangkit semula mesti masa juga pengubatnya. Pesanan bonda bagi adik2 dirimu bagaikan kain yang 'putih bersih'...jaga la ia kerana itu adalah nilai maruahmu......

Tahun ini bermula pengalaman ayahanda meneruskan usaha bagi mencapai cita2 .....semoga usaha ayahanda dipermudahkan dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah swt. Kami semua menyokong ayahanda.....

Ya Allah sesungguhnya anak2 adalah kebahagiaan sebuah keluarga....lindungilah anak2 ku dari perkara mungkar dan lurusilah jalan mereka  supaya berada dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin ya Robb.......

Setiap perkara gembira dan seronok ada pengajaran di sebalik yang berlaku. Bila baca akhbar....sedih rasanya kadar perceraian di malaysia, terasa kerapuhan institusi kekeluargaan semakin menular, parah dan makin parah. Ya Allah lindungilah dan berilah hidayah kepada mereka dlam menjadikan keluarga sebagaimana dalam garisan islam. Indah sebenarnya berkeluarga kalau dihayati dgn hati yang tenang.......

Harapan sempena tirai baru..tahun baru..apa yang lepas dijadikan iktibar dan pengajaran, yang elok itu diperbaiki dan dimantapkan lagi. Insyallah......bonda berusaha dan berazam untuk ke arah isteri solehah dan ibu mithali. Moga diberkati Allah selalu hendakNya...amin ya Robbalamin.....

15c...3.16pm

1 comment:

Unknown said...

assalam..

mabruk..tahun baru, berwajah baru juga.. menarik tertarik... :)

puan yana, shoutmix tu dh kna tukar tu..tukarke cbox pulak.. shoutmix no longer free plan lg... :)

nanti peminat2 blog puan senang nk berchat box..hehe

p/s: nnt klu turun salji, jgn lupa update sini..kih3x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...