CdiQ™

Thursday, 30 June 2011

ISRAK MIKRAJ 
NABI MUHAMMAD SAW

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
 
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaKsikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

    Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. 

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah  HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan  salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang  ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini  betul-betul  di atas Baitullah di Mekah).

11x. Langit Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar  menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Langit Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.   Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah  dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:



Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj


Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

p/s: Kalau ikut fikiran logik memang tidak munasabah nabi Muhd SAW boleh sampai ke Masjid Aqsa dalam satu malam....kerana pada masa tersebut mengikut pengalaman mereka dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa mengambil masa lebih kurang 40 hari lebih. Tersemat di benak fikiranku Allah Maha Esa.....Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! dengan yakin....lagi bertambah imanku!!!!

Keseluruhan fakta2 di atas di ambil daripada blog (di bawah). Bonda menaqalkan sahaja. Sekian

copyright@http://fullfilth.blogspot.com

Wednesday, 29 June 2011

Assalamualaikum wbt......

BAHRU MAYYIT

Semalam dengan izin Allah s.w.t ai'lah kami sampai lagi ke Bahru Mayyit (Laut Mati) bersama 4 ai'lah lg. Seingat bonda kali pertama sampai ke Bahru Mayyit tahun lepas, sebelum bayt Amzar balik ke Malaysia. Itu pun waktu balik Petra tempohari tapi kecewa ckit sbb dapat jejak kaki ke Bahru Mayyit pun dh malam. Agak ye waktu musim sejuk, waktu siang hari pun singkat. Kali ni alhamdulillah berpeluang lagi di samping meraikan ai'lah k.yusrina pula sebelum balik ke Malaysia. Rupanya Bahru Mayyit ni 45 minit shj dr Sweileh...kampung kami di Amman, Jordan ( dr kg Bonda ke Marang).
pemandangan sebelum matahari terbenam
anakanda Irfan di perairan pantai
batu-batu pantai penuh dengan garam

 Bila dalam perjalanan, Bahru Mayyit ni rupa-rupanya berada di tengah2 gunung ganang yang kering. Air Laut yang tiada punca saliran daripada mana2 muara sungai menuju ke laut. Dalam kajian2 juga mendapati ada kesan fosil (bermaksud ada kehidupan terdahulu). Terkesan di hati bonda betapa Allah itu Maha Kuasa tiada kuasa lain dapat menandingiNya. Ya Rabb...Dialah Pencipta Alam!!! Sembang2 dengan ayahanda (suamiku) mengenai Laut Mati...suamiku mengingatkan bila pergi ziarah tempat2 yang Allah pernah turunkan laknat ni kurang elok untuk hati ini bersuka ria....dengan ayat al-Quran, banyak sekali dikisahkan tentang kehancuran umat-umat terdahulu, akibat enggan tunduk dan beribadah kepada Allah s.w.t, mendustakan para utusan (Rasul) Allah, menyembah berhala, dan sebagainya.

Kisah-kisah itu dicerakinkan kembali di dalam al-Quran, agar umat Islam memperoleh hikmah dan pengajaran. Daripada pelbagai peristiwa itu, hendaknya umat Islam tidak melakukan hal yang sama, yang menerbitkan kemurkaan Allah s.w.t.

Salah satu kisah di dalam al-Quran yang perlu menjadi pengajaran kepada umat manusia ialah kisah umat Nabi Lut a.s. Sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran, umat Nabi Lut a.s dihancurkan kerana mereka melakukan perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah s.w.t, yakni melakukan hubungan seksual sesama jenis (homoseksual). Walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi Lut, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah tersebut, hingga Allah menimpakan azab terhadap mereka.

Kisah keazaban umat Nabi Lut a.s terdapat dalam surah al-Anbiya: 74-75, Hud: 82-83, dan al-Qamar: 33-38. Kisah kehancuran umat Luth a.s ini juga diceritakan di dalam Perjanjian Lama.

Dalam pelbagai kajian dan penelitian, peristiwa atau lokasi kejadian azabnya umat Lut a.s ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau Tasik Lut yang terletak di sempadan antara Israel dengan Jordan.

Berikut ini sekelumit cerita mengenai kehancuran umat Nabi Lut a.s yang dirakamkan di dalam al-Quran.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (asy-Syu’araa:165-166) .

copyright@www.dakwah.com.my

Tuesday, 28 June 2011

Bismillahirahmanirahim.....

terlupa pula bonda dalam kesibukan harian sedar tak sedar bulan rejab nk sampai penghujung dh.....sma2 kita fahami syair di bawah:)...selamat la kita mengambil pahala puasa sunat bulan sya'ban pula....
Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya’ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala


Copyrights@ http://soaljawab.wordpress.com

Monday, 27 June 2011

Tuesday, 14 June 2011


Bile lihat cite nih..lupa plak 1st time tegok xtau bonda darjah berapa tapi yang masih ingat pengorbanan si abang terhadap adik ya terpaksa bkongsi kasut hendak ke sekolah. 

Terlintas di fikiran bonda bila bonda dulu kayuh basikal tiap2 pagi ke sekolah. Terpaksa pulak bonceng si nori (adik no.2) dh la si nori berbadan bsr berbanding dgn bonda (sory ya). Tambah pulak dgn 2 beg penuh buku. Jalan raya pulak sibuk dengan lori2 bsr2 angkut pasir masuk keluar kampung. Basikal pun bkn basikal cantik macam kawan2 ln...basikal yang ayah beli 2nd hand....2 basikal dengan harga rm 100. bila tye ayah npe basikal xlawa...ayah kte basikal ni murah. huhuhu...teringin bukan kepalang nk basikal cantik. Di hati sangat xsetuju dgn ayah. Tapi apa nk buat pemberian ayah tu mungkin sesuai dgn kemampuan ayah. Adik2 bonda sekarang dapat basikal racing tu tuk pergi....tu pun xtau la nk ckp cmne xrajin lg nk belajar. Kadang2 terpkr susah2 dulu buat bonda xhenti rasa nk belajar...belajar lagi...belajar untuk bantu kesusahan itu.

Harap2 boleh kongsikan cite ni dengan anak2 bonda sekarang. Boleh motivate diorg tentang kesusahan...insyallah. Bagaimana kita menghargai barang hak milik sendiri? Kalau Irfan bile dapat toys baru sampai  malam pun toys tu skli temankan dia tidur...tapi lepas 2-3 hari bila tanya mana toys tu xtau dh kt mana letak ye. Aishhhh.......

Specel for my beloved husband's ...

 Based on the sacrifice and hard work ... he was successful! Hopefully his success to the power for himself and members of our family. There is no success without sacrifice ...May Allah bless my beloved husband's!!!
Gud Luck 4 Ur Exam...

Sunday, 12 June 2011


sekadar hiasan

bahagiakah anda jika memiliki banglo yang cantik?

SAMA2 KITA RENUNG2KAN
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta dikerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada dijiwa mahkota di singgah sana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang

Kebahagian itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi

Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran

~Hakikat Bahagia, UNIC~

Bagaimana kita mentafsir diri kita bahagia?

Rasanya semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Orang gila lagi-lagi lah nakkan bahagia, malah mereka diberi bahagia bila dihantar ke Hospital Bahagia.

Bila seseorang itu bernikah, biasanya dia akan dapat ucapan “Selamat Berbahagia” daripada rakan taulan dan kenalan mereka, kerana perkahwinan itu membahagiakan.

Tapi, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.

Apakah sebenarnya yang  itu boleh kite fahamkan....kebahagiaan?

Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Ada orang miliki rupa paras yan cantik, tapi masih xbahagia.

Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?

Abstrak kan....

Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”
Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”(Surah Ar-Ra'd :28)

Bila berada dalam situasi ini kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?

Allah berfirman lagi dalam surah Ali Imran ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”

Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.

Bina hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tindakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” tetapi berfikir apa jalan penyelesaian yang boleh membantu diri kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, jobless, pasangan yang curang dan zalim, anak-anak menderita sakit sebab takde duit….macam2 lagi.


4. Menjadikan hari ini memperbaiki diri dan akan datang, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.

5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan sebab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.

9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!

Ala kulli hal....sama2 kita renungkan kembali...apa yang bahagia untuk diri, ibu bapa dan sekeliling kita....SELAMAT BERJAYA!!!!

Tuesday, 7 June 2011


 
 Buat K.mie...

Monday, 6 June 2011

WISHES


Selamat pengantin baru bagi mak teh jie n pak teh Borhan....mga hubungan yang dibina mendapat keberkatan dunia akhirat....terima kasih buat makcik pakcik sebelah mak dan ayah kerana banyak menolong kami sekeluarga bagi menjayakan majlis kenduri kali ni. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.....

Saturday, 4 June 2011

ANGGAP JE CABARAN NAK MEMBESAR

Lama rasanya xupdate blog....bukan ya apa xdan pun betul juga. Tambah2 lagi kalau anak2 xchat. Apa khabar bagi mereka yang tak jemu singgah blog bonda ni? Harap2 mmg xjemu la singgah ye.....lama xmencoret....laju je menaip :). Anak2 sekarang tengah tidur boleh la mengadap komputer ni lama ckit.

Pertengahan musim bunga ni biasa la jap sejuk jap panas. Cuaca nak bertukar dari musim sejuk ke musim bunga....sejuk kepada kering. Kesihatan anak2 la mudah terjejas....kali ni semua terkena demam selsema kecuali ayahanda aja yang cuma selsema. Doa2 chat sentiasa tambah pula minggu akan datang musim imtihan bagi jamiah WISE pula. Kuatkan semangat ye.....ayahanda.

Hari ni bukan kali pertama anakanda Irfan main & jatuh tika main sorang2....tapi lain ye td dia nangis kuat n berdarah bibir atas n bawah, hidung pun keluar darah...menjerit bonda sambil menanya apa yang berlaku. Dia pun xmenjawab takut agak ye kne marah....kita yg tegok la panik jd ye. Umur dh masuk 3 tahun ni macam2....lompat makin tinggi. ada je aksi stunt lain....doa2 xjejas kesihatan biarlah membesar dengan elok. Sekarang bonda dh control langsung xbg abang irfan watching Tom & Jerry siries....No! No! No!....xelok kan sebab kartun tu sentiasa je bergaduh....risau bonda. Irfan pun bile dah jumpa kawan2.....ada je nk berebut toys la apa la. Dia je nk menang....xboleh ni...

nnti smbg cite lg....ada yg dh memanggil tu..!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...