Dugaan dalam Jihad Pengembaraan Ilmu
Kami sekeluarga dikejutkan dengan ayah mertuaku dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana serangan strok. Tiba-tiba pula terlintas di fikiran...ayah makan apa? ayah jatuh ke? siapa ada ketika tu? macam2?....sedangkan difikiran kami ayah langsung tiada penyakit baik darah tinggi, kencing manis mahupun jantung. Risau dan bimbang menyelubungi fikiran. Ya Allah selamatkan ayah kami.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...kami dikhabarkan ayah mengalami serangan di peringkat awal. Setelah 2 malam di hospital ayah dibenarkan pulang. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan suami tersayang....dalam menghadapi imtihan awal datang pula khabaran mengejut ini. Teringat pula pesan suamiku..dalam apa jua khabaran baik sedih mahupun gembira sesungguhnya Allah telah memilih orang tertentu untuk menerima dugaan tersebut. Dalam betul makna beriman pada qada' dan qadar Allah.....kalau dulu zaman kanak-kanak hanya pandai mengira rukun iman ada berapa tetapi sekarang belajar menghayati erti rukun iman ini. Ya Allah kami memohon kuatkan hati jiwa kami dalam menghadapi dugaan yang datang...amin.
4.35pm

No comments:
Post a Comment