CdiQ™

Friday, 31 December 2010

Assalamualaikum.....

Takziah buat K.liza sekeluarga

Pagi semalam 30/12/12 kami sekeluarga menerima khabaran ayah kak Asliza meninggal dunia di Hospital Kuala Terengganu lebih kurang pukul 5am(waktu malaysia). Semoga arwah ayah k.liza dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin...

p/s: Kak Asliza merupakan isteri ust annuar (staf UM) teman bonda senang dan susah di bumi Jordan ....bersama 4 orang anak dan bakal melahirkan anak kelima bln 2 akan datang. Menemani suami menyambung pengajian phd di jamiah WISE, Jordan.


4.50pm
Assalamualaikum.....

Dugaan dalam Jihad Pengembaraan Ilmu

Kami sekeluarga dikejutkan dengan ayah mertuaku dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana serangan strok. Tiba-tiba pula terlintas di fikiran...ayah makan apa? ayah jatuh ke? siapa ada ketika tu? macam2?....sedangkan difikiran kami ayah langsung tiada penyakit baik darah tinggi, kencing manis mahupun jantung. Risau dan bimbang menyelubungi fikiran. Ya Allah selamatkan ayah kami.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...kami dikhabarkan ayah mengalami serangan di peringkat awal. Setelah 2 malam di hospital ayah dibenarkan pulang. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan suami tersayang....dalam menghadapi imtihan awal datang pula khabaran mengejut ini. Teringat pula pesan suamiku..dalam apa jua khabaran baik sedih mahupun gembira sesungguhnya Allah telah memilih orang tertentu untuk menerima dugaan tersebut. Dalam betul makna beriman pada qada' dan qadar Allah.....kalau dulu zaman kanak-kanak hanya pandai mengira rukun iman ada berapa tetapi sekarang belajar menghayati erti rukun iman ini. Ya Allah kami memohon kuatkan hati jiwa kami dalam menghadapi dugaan yang datang...amin.


4.35pm
Alfumabruk

Barakahu fikhi buat kakak tersayang Dr. Latifah Abdul Majid kerana mendapat anugerah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, mewakili Fakulti Pengajian Islam iaitu "Kursus yang paling aktif menggunakan SPIN/ELearning". Semoga dengan anugerah ini menyemarakkan lagi prestasi akan datang .......insyAllah.


4.11pm


Tuesday, 28 December 2010

Assalamualaikum....

MENEROKA KEBESARAN ALLAH SWT



Pengalaman meneroka keajaiban dan kebesaran Allah....mengambil masa 4 jam dari tempat kami, Amman dengan menaiki coaster. Dari tempat parking menuju ke dalam PETRA (gambar diatas) memakan masa 1 jam pergi dan 1 jam juga untuk patah balik. InsyAllah jika berpeluang ingin kami kunjugi lagi jika diizinkan. PETRA merupakan antara 7 tempat ajaib didunia.

Petra (Greek "πέτρα" (Petra), batuan yang bermaksud; Arab: البتراء, Al-Batra ʾ) adalah sebuah bandar sejarah dan arkeologi di Jordan Pentadbiran Ma'an yang terkenal dengan senibina memotong batuan dan sistem saluran air. Ditubuhkan sekitar tahun abad ke-6 SM sebagai ibu kota Nabataeans.

Petra merupakan ibukota Nabataeans dan pusat perdagangan kafilah mereka. Tertutup oleh batuan yang menjulang tinggi dan disiram oleh aliran abadi, Petra tidak hanya mempunyai kelebihan dari sebuah benteng, tetapi dikendalikan komersil laluan utama yang melaluinya ke Gaza di barat, untuk Bosra dan Damaskus di utara, untuk Aqaba dan Leuce Ayo di Laut Merah, dan melintasi padang pasir ke Teluk Parsi (kagum pada penglihatan kami).


Itu terletak di lereng Gunung Hor dalam cekungan antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Araba (Wadi Araba), lembah besar berjalan dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Petra telah menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.



Subhanallah cantik ye



perjalanan di celah-celah gunung batu



Dijamu pemandangan batu-batu yang diukir




kiri dan kanan kelihatan saliran air yang diukir kemas

Penggalian (batu-bata) telah menunjukkan bahawa itu adalah kemampuan Nabataeans untuk mengendalikan bekalan air yang menyebabkan munculnya bandar gurun, mencipta sebuah oase buatan. Daerah ini dikunjungi oleh banjir bandang dan bukti arkeologi menunjukkan Nabataeans dikendalikan banjir ini dengan menggunakan empangan, tangki air dan saluran air. Inovasi ini disimpan air untuk tempoh kering yang lama, dan membolehkan bandar untuk makmur.

Walaupun pada zaman kuno Petra mungkin telah mendekati dari selatan di pusat terkemuka di Jabal Harun ("Harun Mountain"), di seberang dataran Petra, atau mungkin dari dataran tinggi di utara, tetamu paling moden pendekatan halaman dari timur. Pintu masuk timur mengesankan mengarah tajam ke bawah melalui ngarai, gelap sempit (di tempat-tempat hanya 3-4 m (9,8-13 kaki) lebar) yang disebut Siq ("aci"), ciri-ciri geologi alam terbentuk dari perpecahan yang mendalam di batu pasir dan melayani sebagai pusat air yang mengalir ke Wadi Musa. Pada akhir dari ngarai sempit Petra berdiri paling rumit kehancuran, Al Khazneh (dikenali sebagai "Kewangan"), dipahat ke dalam tebing batu pasir.



Anakanda izzah di hadapan pintu gerbang



Teater Besar

Di kaki gunung (en-Nejr) adalah teater besar, sehingga ditempatkan sebagai untuk membawa jumlah terbesar dari kubur(mengikut pandangan pengkaji). Pada titik di mana lembah terbuka keluar ke padang, halaman bandar terungkap dengan kesan ketara. Amfiteater telah dipotong menjadi bukit dan masuk ke beberapa makam selama pembinaan. Jurang Rectangular di tempat duduk masih terlihat. Hampir melampirkan pada tiga sisi dinding gunung yang berwarna merah, dibahagikan menjadi kumpulan oleh celah yang mendalam, dan dilapisi dengan butang dipotong dari batu dalam bentuk menara.

Sejarah PETRA

Bukti menunjukkan bahawa penempatan telah bermula di dalam dan sekitar Petra di dinasti kelapan belas Mesir (1550-1292 SM). Hal ini dinyatakan di dalam akaun kempen Mesir dan surat-surat Amarna sebagai Pel, Sela atau Seir. Walaupun bandar ini ditubuhkan relatif terlambat, tempat suci ada di sana sejak zaman yang sangat kuno. Alkitabiah ditugaskan untuk orang Hori, pendahulu dari Edom kebiasaan dari pribumi asli mungkin telah mempengaruhi. Nabataean kebiasaan menanam mati dan menawarkan ibadah dalam setengah-gua digali. Walaupun Petra biasanya dikenalpasti dengan Sela yang bermaksud batu.

Satu-satunya tempat di Petra nama "Rekem" terjadi berada di dinding batu di Wadi Musa di seberang pintu masuk ke Siq. Sekitar 20 tahun yang lalu Jordan membina jambatan di atas wadi dan tulisan ini terkubur di bawah tan konkrit.



Lebih banyak bukti yang memuaskan dari tarikh penyelesaian Nabataean awal boleh diperolehi daripada pemeriksaan makam. Dua jenis telah dibezakan: Nabataean dan Yunani-Rom. Jenis Nabataean bermula dari makam-tiang sederhana dengan sebuah pintu ditetapkan dalam menara dimahkotai oleh ornamen tembok sekatan, meniru bahagian depan sebuah rumah tinggal. Kemudian, setelah melewati berbagai tahapan, jenis Nabataean penuh tercapai, mempertahankan semua ciri asli dan pada masa yang sama menunjukkan ciri-ciri yang sebahagian Mesir dan sebahagian Greek. Dari jenis ini terdapat parallels dekat di menara makam-di el-ejr saya ~ di Arabia utara, yang dikenakan inskripsi Nabataean panjang dan bekalan tarikh bagi monumen yang sesuai di Petra. Kemudian datang beberapa siri tombfronts yang berakhir pada sebuah lengkungan setengah lingkaran, sebuah ciri yang berasal dari Syria utara. Akhirnya datang bahagian depan gedung rumit disalin dari depan sebuah kuil Rom, namun semua jejak gaya asli telah lenyap. Tarikh yang tepat daripada tahap perkembangan ini tidak boleh diperbaiki. Anehnya, beberapa inskripsi dari setiap panjang telah ditemui di Petra, mungkin kerana mereka telah binasa dengan simen atau simen yang digunakan pada banyak dari bangunan. Tiang sederhana-makam yang termasuk ke dalam usia pra-Hellenic berfungsi sebagai bukti untuk tempoh awal. Hal ini tidak diketahui seberapa jauh kembali dalam tahap ini penempatan Nabataean berjalan, tetapi tidak kembali lebih jauh dari abad ke-6 SM.

Ia merupakan tamadun dominan yang menggabungkan unsur-unsur Yunani, Mesir dan Syria, jelas menunjuk ke usia Ptolemies.
Menjelang akhir abad ke-2 SM, ketika kerajaan Ptolemaik dan Seleukus sama-sama tertekan, kerajaan Nabataean datang ke depan. Dalam Aretas III Philhellene, (c.85-60 SM), koin-koin kerajaan bermula. Teater mungkin digali pada waktu itu, dan Petra mesti mempunyai diandaikan aspek dari sebuah bandar Yunani. Pada masa pemerintahan Aretas IV Philopatris, (9 SM-40 M), denda kubur dari el-aku.


Alhamdulillah...lega rasanya pengalaman kami dapat dikongsi bersama. Dalam perjalanan pulang kami singgah pula di Laut Mati (Dead Sea)...tapi perasaan diselami dengan kekecewaan kerana kami sampai di Laut Mati sudah waktu malam. Kami bercadang akan mengunjungi lagi Laut mati melihat pada anggaran /KM pun tidak jauh dari tempat kami lebih kurang dalam 60km sahaja. Kalau dari Kuala Terengganu hanya menuju ke Dungun. Terbayang di mata bagaimana Allah turunkan azab pada kaum nabi Luth sehingga menjadi laut yang tiada kehidupan. Besarnya kebesaran Allah SWT.



Sumber : wikipedia

Wednesday, 22 December 2010



UKHUWWAH MIN ALMALIZI

Alhamdulillah bertemu lagi saudara yang jaulah ke bumi anbiya'......pasangan bahagia mak cik dan suami tersayang ayahcik...jaulah di Amman, Jordan hanya 2 hari 2 malam kemudian terus ke Syria 4 hari di sana. Mereka menginap di Hotel Al- LIwan agak berdekatan dengan MSD, mudah untuk kami bertemu. Syukur alhamdulillah hanya beritahu pada pemandu teksi terus kami di bawa ke sana. Dalam kesejukan bawah pada 10c pada waktu malam.....bonda pula sudah lama xkeluar waktu malam....ish mengigil juga rasa ye. huhuhu. Risau pula kesihatan anak2..sebab dalam keadaan cuaca sekarang mudah terkena demam atau selsema. Bonda mana la xrisau...

Dengar cerita mereka seronok dapat pergi ke Gua Ashabu Kahfi dan Laut Mati teruja juga...keesokkannya pula pergi ke Petra. Kami pun dalam perancangan akan pergi juga dengan
diizinkan Allah dalam 2-3 hari lagi. Sebelum ini bukan tiada jaulah untuk ke sana cuma tiada kesempatan. Bila tarikhnya jaulah ada je alasan yang terpaksa kami delaykan dahulu.....insyAllah nanti ada kesempatan kami kongsikan bersama mengenai jaulah kami pula.


10.36am
23/12/10




Thursday, 16 December 2010

RENUNGAN 10 MUHARAM

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

*
BERTEMU LAGI


13 Dis 2010

Gembiranya anakanda Irfan bile bangun pagi nampak salji...terus je cakap abang nak salji. Ayah menjawab tak pe nanti jap lagi kita turun. Bukan main seronok anakanda yang sorang ni. Nasib baik adik masih kecil.....kalau tak agak ye dia ajak adik turun.

Bertamu lagi salji di Amman.... Sweileh terasa sunyi tanpa bunyi deruman enjin kereta atau bas sekolah kerana jika salji turun memang lumrah sekolah dan universiti cuti, hanya pejabat sahaja yang beroperasi. Kereta di jalan besar pun berkurangan.....mungkin sebelah petang sebaliknya.



Ceria ye anak bonda ni

.

Rangers n salji


5.45pm
16/12/10

Wednesday, 8 December 2010

AL FUMABRUK



Bakal DR (tengah) bersama panel

Mubarak2..Barakahallahu fikkum
pada DR baru Dr Ust Muhammad Najib Jaafar.....
selesai sudah perjuangan ilmu di bumi Jordan dengan tamatnya munaqhashah petang tadi.
Alhamdulillah....
Semoga dengan bertambahnya rakan dengan gelaran DR ni memekarkan semangat buat ayahanda untuk teruskan perjuangan ilmunya....
insyAllah.




Bersama rakan2 setia yang
turut memberi sokongan




Bersama keluarga tersayang
dan akhowat yang hadir



8/12/2010
5.15pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...