CdiQ™

Sunday, 11 July 2010

DUGAAN

Setelah 2 minggu kembali daripada tanah suci kami dikhabar khabaran dari malaysia...toki yang baru kami jumpa di Kota Makkah dan Madinah lepas dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyyah, Kuala Terengganu atas sebab kesihatan batu karang yang makin kritikal. Lagi menyedihkan logi bernafas dengan bantuan oksigen. Jika kami berada di bumi malaysia ingin kami menjenguk toki selagi hayat masih ada. Hanya doa yang berpanjangan mampu kami hulurkan. Sedih datang bertandang rasa ye baru sahaja nampak toki dukung Irfan di depan mata. Ya Allah bekalkan kekuatan fizikal dan rohani untuk toki dan keluarga tersayang dalam menghadapi dugaan. Toki dijadualkan akan dibedahkan pada pertengahan julai ini jika keadaan kesihatan mengizinkan.

Rabu lepas anakanda Irfan asyik muntah non stop....ketika tu ayahanda tiada disisi pergi talaqi. Bonda ingatkan perut Irfan kembung sebab sudah 2 hari Irfan xusik makanan berat. Ketika bonda halib (susu botol) untuk kali kedua Irfan muntah lagi. Lagi pucat bonda xtau apa yang berlaku pada Irfan. Irfan bukan jenis yang suka menangis....so Irfan diam je buat bonda lagi takut. Cepat2 call ayahanda nasib baik ayahanda dh sapai area rumah. Petangnya kami pergi klinik berhampiran Irfan kena inject tapi masih muntah.......malam muntah lagi....esokkan hari muntah lagi........badan Irfan xpanas mcm orang yang demam panas. Apa nk buat lagi......masa mcm ni teringat keluarga di malaysia. Sedih xtau apa yang harus kami buat lagi. Irfan hanya kami bekalkan air zamzam je.....Irfan pula asyik dahaga je. Tapi minum je ...muntah. Badan Irfan pun dh kurus...mata cengkung......sedih sangat rs ye. Ayahanda decide pergi klinik lain pula. Doktor sahkan kerongkong Irfan kena virus.......sebab tu asyik muntah.

Hari Jumaat bonda pula rasa xchat,Irfan masih keadaan yang sama masih muntah...tapi sudah makin kurang. Tambah satu lagi Irfan asyik berak pula......tye pula farmasi berdekatan diorg bagi ubat nk bagi supaya neutralkan kembali perut Irfan. Bayangkan stu hari hampir 20 keping pampers kami tukarkan......cian anak bonda. Bonda pula xleh makan, pening.....perut rs loya...muntah2. Agakye dh 2 hari 1 malam asyik risaukan Irfan...Irfan je.... dh jejaskan kesihatan bonda sekali. Ayahanda lak risau semua xchat......Alhmdulillah hari ini Irfan dh berselera makan.........doakan agar kesihatan Irfan kembali cergas dan sihat sepenuhnya. Amin..:)

11/7/2010
1.16pm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...