CdiQ™

Friday, 31 December 2010

Assalamualaikum.....

Takziah buat K.liza sekeluarga

Pagi semalam 30/12/12 kami sekeluarga menerima khabaran ayah kak Asliza meninggal dunia di Hospital Kuala Terengganu lebih kurang pukul 5am(waktu malaysia). Semoga arwah ayah k.liza dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin...

p/s: Kak Asliza merupakan isteri ust annuar (staf UM) teman bonda senang dan susah di bumi Jordan ....bersama 4 orang anak dan bakal melahirkan anak kelima bln 2 akan datang. Menemani suami menyambung pengajian phd di jamiah WISE, Jordan.


4.50pm
Assalamualaikum.....

Dugaan dalam Jihad Pengembaraan Ilmu

Kami sekeluarga dikejutkan dengan ayah mertuaku dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana serangan strok. Tiba-tiba pula terlintas di fikiran...ayah makan apa? ayah jatuh ke? siapa ada ketika tu? macam2?....sedangkan difikiran kami ayah langsung tiada penyakit baik darah tinggi, kencing manis mahupun jantung. Risau dan bimbang menyelubungi fikiran. Ya Allah selamatkan ayah kami.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi...kami dikhabarkan ayah mengalami serangan di peringkat awal. Setelah 2 malam di hospital ayah dibenarkan pulang. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan suami tersayang....dalam menghadapi imtihan awal datang pula khabaran mengejut ini. Teringat pula pesan suamiku..dalam apa jua khabaran baik sedih mahupun gembira sesungguhnya Allah telah memilih orang tertentu untuk menerima dugaan tersebut. Dalam betul makna beriman pada qada' dan qadar Allah.....kalau dulu zaman kanak-kanak hanya pandai mengira rukun iman ada berapa tetapi sekarang belajar menghayati erti rukun iman ini. Ya Allah kami memohon kuatkan hati jiwa kami dalam menghadapi dugaan yang datang...amin.


4.35pm
Alfumabruk

Barakahu fikhi buat kakak tersayang Dr. Latifah Abdul Majid kerana mendapat anugerah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, mewakili Fakulti Pengajian Islam iaitu "Kursus yang paling aktif menggunakan SPIN/ELearning". Semoga dengan anugerah ini menyemarakkan lagi prestasi akan datang .......insyAllah.


4.11pm


Tuesday, 28 December 2010

Assalamualaikum....

MENEROKA KEBESARAN ALLAH SWT



Pengalaman meneroka keajaiban dan kebesaran Allah....mengambil masa 4 jam dari tempat kami, Amman dengan menaiki coaster. Dari tempat parking menuju ke dalam PETRA (gambar diatas) memakan masa 1 jam pergi dan 1 jam juga untuk patah balik. InsyAllah jika berpeluang ingin kami kunjugi lagi jika diizinkan. PETRA merupakan antara 7 tempat ajaib didunia.

Petra (Greek "πέτρα" (Petra), batuan yang bermaksud; Arab: البتراء, Al-Batra ʾ) adalah sebuah bandar sejarah dan arkeologi di Jordan Pentadbiran Ma'an yang terkenal dengan senibina memotong batuan dan sistem saluran air. Ditubuhkan sekitar tahun abad ke-6 SM sebagai ibu kota Nabataeans.

Petra merupakan ibukota Nabataeans dan pusat perdagangan kafilah mereka. Tertutup oleh batuan yang menjulang tinggi dan disiram oleh aliran abadi, Petra tidak hanya mempunyai kelebihan dari sebuah benteng, tetapi dikendalikan komersil laluan utama yang melaluinya ke Gaza di barat, untuk Bosra dan Damaskus di utara, untuk Aqaba dan Leuce Ayo di Laut Merah, dan melintasi padang pasir ke Teluk Parsi (kagum pada penglihatan kami).


Itu terletak di lereng Gunung Hor dalam cekungan antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Araba (Wadi Araba), lembah besar berjalan dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Petra telah menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.



Subhanallah cantik ye



perjalanan di celah-celah gunung batu



Dijamu pemandangan batu-batu yang diukir




kiri dan kanan kelihatan saliran air yang diukir kemas

Penggalian (batu-bata) telah menunjukkan bahawa itu adalah kemampuan Nabataeans untuk mengendalikan bekalan air yang menyebabkan munculnya bandar gurun, mencipta sebuah oase buatan. Daerah ini dikunjungi oleh banjir bandang dan bukti arkeologi menunjukkan Nabataeans dikendalikan banjir ini dengan menggunakan empangan, tangki air dan saluran air. Inovasi ini disimpan air untuk tempoh kering yang lama, dan membolehkan bandar untuk makmur.

Walaupun pada zaman kuno Petra mungkin telah mendekati dari selatan di pusat terkemuka di Jabal Harun ("Harun Mountain"), di seberang dataran Petra, atau mungkin dari dataran tinggi di utara, tetamu paling moden pendekatan halaman dari timur. Pintu masuk timur mengesankan mengarah tajam ke bawah melalui ngarai, gelap sempit (di tempat-tempat hanya 3-4 m (9,8-13 kaki) lebar) yang disebut Siq ("aci"), ciri-ciri geologi alam terbentuk dari perpecahan yang mendalam di batu pasir dan melayani sebagai pusat air yang mengalir ke Wadi Musa. Pada akhir dari ngarai sempit Petra berdiri paling rumit kehancuran, Al Khazneh (dikenali sebagai "Kewangan"), dipahat ke dalam tebing batu pasir.



Anakanda izzah di hadapan pintu gerbang



Teater Besar

Di kaki gunung (en-Nejr) adalah teater besar, sehingga ditempatkan sebagai untuk membawa jumlah terbesar dari kubur(mengikut pandangan pengkaji). Pada titik di mana lembah terbuka keluar ke padang, halaman bandar terungkap dengan kesan ketara. Amfiteater telah dipotong menjadi bukit dan masuk ke beberapa makam selama pembinaan. Jurang Rectangular di tempat duduk masih terlihat. Hampir melampirkan pada tiga sisi dinding gunung yang berwarna merah, dibahagikan menjadi kumpulan oleh celah yang mendalam, dan dilapisi dengan butang dipotong dari batu dalam bentuk menara.

Sejarah PETRA

Bukti menunjukkan bahawa penempatan telah bermula di dalam dan sekitar Petra di dinasti kelapan belas Mesir (1550-1292 SM). Hal ini dinyatakan di dalam akaun kempen Mesir dan surat-surat Amarna sebagai Pel, Sela atau Seir. Walaupun bandar ini ditubuhkan relatif terlambat, tempat suci ada di sana sejak zaman yang sangat kuno. Alkitabiah ditugaskan untuk orang Hori, pendahulu dari Edom kebiasaan dari pribumi asli mungkin telah mempengaruhi. Nabataean kebiasaan menanam mati dan menawarkan ibadah dalam setengah-gua digali. Walaupun Petra biasanya dikenalpasti dengan Sela yang bermaksud batu.

Satu-satunya tempat di Petra nama "Rekem" terjadi berada di dinding batu di Wadi Musa di seberang pintu masuk ke Siq. Sekitar 20 tahun yang lalu Jordan membina jambatan di atas wadi dan tulisan ini terkubur di bawah tan konkrit.



Lebih banyak bukti yang memuaskan dari tarikh penyelesaian Nabataean awal boleh diperolehi daripada pemeriksaan makam. Dua jenis telah dibezakan: Nabataean dan Yunani-Rom. Jenis Nabataean bermula dari makam-tiang sederhana dengan sebuah pintu ditetapkan dalam menara dimahkotai oleh ornamen tembok sekatan, meniru bahagian depan sebuah rumah tinggal. Kemudian, setelah melewati berbagai tahapan, jenis Nabataean penuh tercapai, mempertahankan semua ciri asli dan pada masa yang sama menunjukkan ciri-ciri yang sebahagian Mesir dan sebahagian Greek. Dari jenis ini terdapat parallels dekat di menara makam-di el-ejr saya ~ di Arabia utara, yang dikenakan inskripsi Nabataean panjang dan bekalan tarikh bagi monumen yang sesuai di Petra. Kemudian datang beberapa siri tombfronts yang berakhir pada sebuah lengkungan setengah lingkaran, sebuah ciri yang berasal dari Syria utara. Akhirnya datang bahagian depan gedung rumit disalin dari depan sebuah kuil Rom, namun semua jejak gaya asli telah lenyap. Tarikh yang tepat daripada tahap perkembangan ini tidak boleh diperbaiki. Anehnya, beberapa inskripsi dari setiap panjang telah ditemui di Petra, mungkin kerana mereka telah binasa dengan simen atau simen yang digunakan pada banyak dari bangunan. Tiang sederhana-makam yang termasuk ke dalam usia pra-Hellenic berfungsi sebagai bukti untuk tempoh awal. Hal ini tidak diketahui seberapa jauh kembali dalam tahap ini penempatan Nabataean berjalan, tetapi tidak kembali lebih jauh dari abad ke-6 SM.

Ia merupakan tamadun dominan yang menggabungkan unsur-unsur Yunani, Mesir dan Syria, jelas menunjuk ke usia Ptolemies.
Menjelang akhir abad ke-2 SM, ketika kerajaan Ptolemaik dan Seleukus sama-sama tertekan, kerajaan Nabataean datang ke depan. Dalam Aretas III Philhellene, (c.85-60 SM), koin-koin kerajaan bermula. Teater mungkin digali pada waktu itu, dan Petra mesti mempunyai diandaikan aspek dari sebuah bandar Yunani. Pada masa pemerintahan Aretas IV Philopatris, (9 SM-40 M), denda kubur dari el-aku.


Alhamdulillah...lega rasanya pengalaman kami dapat dikongsi bersama. Dalam perjalanan pulang kami singgah pula di Laut Mati (Dead Sea)...tapi perasaan diselami dengan kekecewaan kerana kami sampai di Laut Mati sudah waktu malam. Kami bercadang akan mengunjungi lagi Laut mati melihat pada anggaran /KM pun tidak jauh dari tempat kami lebih kurang dalam 60km sahaja. Kalau dari Kuala Terengganu hanya menuju ke Dungun. Terbayang di mata bagaimana Allah turunkan azab pada kaum nabi Luth sehingga menjadi laut yang tiada kehidupan. Besarnya kebesaran Allah SWT.



Sumber : wikipedia

Wednesday, 22 December 2010



UKHUWWAH MIN ALMALIZI

Alhamdulillah bertemu lagi saudara yang jaulah ke bumi anbiya'......pasangan bahagia mak cik dan suami tersayang ayahcik...jaulah di Amman, Jordan hanya 2 hari 2 malam kemudian terus ke Syria 4 hari di sana. Mereka menginap di Hotel Al- LIwan agak berdekatan dengan MSD, mudah untuk kami bertemu. Syukur alhamdulillah hanya beritahu pada pemandu teksi terus kami di bawa ke sana. Dalam kesejukan bawah pada 10c pada waktu malam.....bonda pula sudah lama xkeluar waktu malam....ish mengigil juga rasa ye. huhuhu. Risau pula kesihatan anak2..sebab dalam keadaan cuaca sekarang mudah terkena demam atau selsema. Bonda mana la xrisau...

Dengar cerita mereka seronok dapat pergi ke Gua Ashabu Kahfi dan Laut Mati teruja juga...keesokkannya pula pergi ke Petra. Kami pun dalam perancangan akan pergi juga dengan
diizinkan Allah dalam 2-3 hari lagi. Sebelum ini bukan tiada jaulah untuk ke sana cuma tiada kesempatan. Bila tarikhnya jaulah ada je alasan yang terpaksa kami delaykan dahulu.....insyAllah nanti ada kesempatan kami kongsikan bersama mengenai jaulah kami pula.


10.36am
23/12/10




Thursday, 16 December 2010

RENUNGAN 10 MUHARAM

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

*
BERTEMU LAGI


13 Dis 2010

Gembiranya anakanda Irfan bile bangun pagi nampak salji...terus je cakap abang nak salji. Ayah menjawab tak pe nanti jap lagi kita turun. Bukan main seronok anakanda yang sorang ni. Nasib baik adik masih kecil.....kalau tak agak ye dia ajak adik turun.

Bertamu lagi salji di Amman.... Sweileh terasa sunyi tanpa bunyi deruman enjin kereta atau bas sekolah kerana jika salji turun memang lumrah sekolah dan universiti cuti, hanya pejabat sahaja yang beroperasi. Kereta di jalan besar pun berkurangan.....mungkin sebelah petang sebaliknya.



Ceria ye anak bonda ni

.

Rangers n salji


5.45pm
16/12/10

Wednesday, 8 December 2010

AL FUMABRUK



Bakal DR (tengah) bersama panel

Mubarak2..Barakahallahu fikkum
pada DR baru Dr Ust Muhammad Najib Jaafar.....
selesai sudah perjuangan ilmu di bumi Jordan dengan tamatnya munaqhashah petang tadi.
Alhamdulillah....
Semoga dengan bertambahnya rakan dengan gelaran DR ni memekarkan semangat buat ayahanda untuk teruskan perjuangan ilmunya....
insyAllah.




Bersama rakan2 setia yang
turut memberi sokongan




Bersama keluarga tersayang
dan akhowat yang hadir



8/12/2010
5.15pm

Thursday, 18 November 2010

SALAM PERANTAUAN





SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA DARI BAYT IRFAN
BUAT KELUARGA TERSAYANG JAUH DI MATA DEKAT DI HATI.....KAMPUNG SERADA, TERENGGANU DAN KAMPUNG JABI, KEDAH.
JUGA BUAT RAKAN SEPERJUANGAN SERTA KENALAN YANG MENGENALI KAMI
BAIK DI MALAYSIA DAN DI BUMI JORDAN.
TAQABALLAH TA'ATAKUM......
INSYALLAH!!!!


18/11/10
3.46pm
Hari raya ketiga (eiduladha)



RAGAM BAYT IRFAN HARI INI




Alhamdulillah penantian seorang abang berakhir.....menantikan ahli baru. Sebelum ini seorang je sekarang sudah ada teman. Meriah la bayt Irfan....kami pula xmenang tangan. Nama adik, Izzah Ashwaq (kemuliaan/ kehebatan yang dirindui). Masuk hari ini sudah 22 hari......ish lambat betul rasanya nk lepas pantang.....huhuhu 'sengsara':). Terasa kelainan makin kami rindu pada adik beradik n keluarga di malaysia. Apa nk buat jarak memisahkan kami. Banyakkan sabar...ni jihad juga kate ayahanda.



Qurratu Ain kami


Ragam Red ranger




Irfan pula jika si adik menangis dia pula yg bising....mintak bonda cepat2 jeguk si adik. xnk bagi adik nngis lama2....ish kecoh betul. Merajuk pun mkin menjadi2.....kalau nmpk ayah dukung adik lagi la jelesnya.....mengada2. Agaknya ragam baru nk sesuaikan diri. Paling suka apa....kiss adik. xkira la bibir ada coklat ke? br minum jus ke? habis melekat kt adik.....apa nk buat biar jla. Nnti fikir bonda sayang adik sorg pulak....

Haaa....stu lg kalau adik nngis cmua toys adik abang Irfan kumpul kt tepi adik. Pastu boleh plak trus smbg tegok tv....

Harap2.....yang penting kesihatan kedua2 berada dalam keadaan baik...insyAllah. Mga Qurratu ain bonda n ayahanda ni menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat. Amin.

Monday, 1 November 2010

MABRUK ILA BAYT AMZAR ATAS KELAHIRAN PUTERA YANG KEDUA


Alhmdulillah selepas 4 hari bonda selamat melahirkan anak perempuan.....ummi ayu pula selamat melahirkan putera no 2 di hospital essra' pada pukul 10.30am waktu jordan (malaysia 4.30pm), berat bby 3.25kg, 1/11/10. Tahniah buat bayt Amzar...suhayu ehwan n u.najib. Mga kalian berdua ummi n bby chat walafiat......


8.00PM
1/11/10

Saturday, 30 October 2010



Bismillahirahmanirahim.......

Assalamualaikum wbt...
ALHAMDULILLAH.......KEHADIRAN
ORANG BARU



Hospital Isra'



Gaya si abang xnk duduk jauh dari si adik

Syukur pada Ilahi dengan penuh rahmat bonda selamat melahirkan anakanda kedua......nama belum disahkan dalam surat beranak lagi. Insyallah 2-3 hari lagi kami umumkan ye. Di samping berkat semua doa agar dipermudahkan perjalanan bersalin.




Tarikh 27/10/10 pada pukul 1.15 pm waktu Jordan (malaysia-5.15pm) di mustasfa Isra'. Bermula dengan last check-up pada sehari sebelum doc pakar sahkan dh tbuka 5 cm.......bonda pun terkejut tanpa rasa sakit. Doc hintkan jika hari tu xsakit keesokkan hari masuk hospital. So proses bersalin pun xlama..masuk pkul 9am, nurse masukkan induce ......rasa sakit dlm klu 11.30 gitu.....jp sakit jp ilang......pklu 12lbh dh buka penuh 8cm......steady nk bsalin. alhmdulillah.....berkat sokongan suami tersayang disisi bonda rasa diberi kekuatan. Lega sesangat rasanya...pertama kali pengalaman yang berbeza di negara orang hanya Allah sahaja yang tahu debaran di hati.

Terima kasih bebanyak pada bayt Amzar tgokkan Irfan n kwn baiknya Uwais ada temankan Irfan sepanjang bonda di hospital. Moga Allah permudahkan pula proses bersalin ummi Ayu pula.....insyAllah.

Kami menerima kunjungan rakan2 sweileh meraikan ahli baru memeriahkan wad kami.....terubat rindu pada ahli keluarga di Malaysia. Sayang pada semua dari ailah Irfan.....ok la nnti ada masa bonda coretkan lagi. Kebetulan si abang duk waching tv n adik pula tdo...agak ye cover yg mlm td xtdo....sejuk barangkali. Di sini baru mula pertukaran waktu menandakan musim winter pula akan berlabuh.

10.21am
30/10/10

Monday, 25 October 2010

DEBARAN MINGGU KE 40




Setiap masa ada je kerja yang bonda lakukan....ayahanda pun hairan...xpenat ke? Kalau penat rehat laa......itu je sokmo ayahanda pesan. Kalau bonda penat memang rehat je....tapi kalau dh rasa segar...cergas balik jalankan rutin. Menu best2 pun ada je sentiasa berlegar kat kepala nih.....:). Minggu lepas penah spai nk bjlan pun kena pegang dinding.....sakit belakang. Tpi 2 hari lps tu alhmdulillah ilang........

Kali ni betul2 mencabar sebab dh nk msuk 10 bulan dh.....adik irfan masih maintain. Kalau Irfan dulu minggu ke 38 dh lama keluar.....ntah kali ni pelik ckit. Sakit pun macam ada tp doktor ckp hri tu bkn contraction ...jp ada jp ilang.....adehhhh......dugaan betul. Harapan bonda agar Allah lindungilah adik Irfan mga selamat dilahirkan dengan baik dan sihat tubuh badan.....amin.....

11.38am
25/10/10


Sunday, 10 October 2010

SUATU PERKONGSIAN BERSAMA......
Iktibar Antara Kereta Dan ANAK...

(Bagi siapa2 yg tak langgan mastika bulan mei 2004..) Berlaku adilllah dalam setiap perkara..bersederhanalah semasa bertindak.....jauhilah keterlaluan...hindarilah melampaui batas...semoga dijauhkan kezaliman...........................ITTAQULLAH.....

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.


Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal
ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.

Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
"Ita buat ayah.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pemba
ntu rumah mengendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya
Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuanny
a bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap
" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.
" katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

*Semoga Bermanfaat Untuk Semua....

9.58am

10/10/10

Monday, 4 October 2010

KOTAK BERISI 'KASIH'

christmas-box.jpg
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

Untuk apa?? tanya si ayah.

Nak bungkus hadiah. jawab si kecil.

Jangan buang ok? pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya.

Yah, Ayah!! ada hadiah untuk Ayah.?

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab. Dahlah. nnti ayah bangun.

Tetapi si kecil pantang menyerah, Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.

Eh? kenapa ganggu ayah lagi nih? masih awal lagi untuk ayah bangun.?

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

Hadiah apa ni??

Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang. Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu?

Si kecil menjawab....Tak Ayah..ada isi tu! Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong isi lagi ye!

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

*Cara ank2 tunjukkan kasih sayang yang ibu bapa perlu beri perhatian dalam kesibukan rutin harian.....

6.32pm
4/10/2010

KEINSAFAN

“Maafkan Zeti, mak!” rintih Zeti. Kenangan silam menjelma silih berganti dalam ingatannya. Walaupun kini dia sudah berubah dan berjaya menjadi peguam, namun kenangan 5 tahun lalu masih segar dalam ingatannya.

“Zeti, kamu ni bila nak bertudung? Kamu harus ingat, sebagai seorang perempuan muslim, kamu harus jaga aurat kamu,” nasihat Mak Lijah lembut.

“Mak Lijah juga harus sedar yang Mak Lijah tu sekadar orang gaji dalam rumah ni. Mak Lijah juga janganlah pandai-pandai nak tunjuk ajar saya sebab saya masih ada mak bapak!” tengking Zeti.

Dia bergegas mengambil kunci motor dan menunggang laju menuju ke sekolah.

“Sorrylah geng! Aku lambat, ada pengacau dalam rumah aku tadi. Macam mana rancangan malam ni? Aku dah tak sabar dah ni!” gesa Zeti.

“Alah engkau ni, cuba bawa bertenang. Engkau jangan risau, semua member kita dah setuju nak race sama-sama. Engkau tahu, ramai awek cun datang malam nanti!” potong Edie.

“Hei budak! Engkau orang buat apa berkumpul pagi-pagi buta ni? Kamu semua tak dengar loceng dah berbunyi? Sebelum saya ambil tindakan, baik kamu semua masuk ke kelas!” tengking cikgu Haizan, guru disiplin di sekolah itu.

Mereka bergegas meluru ke kelas masing-masing.

Malamnya, Zeti tergesa-gesa hendak keluar.

“Zeti mahu pergi mana ni, nak?" tanya Mak Lijah lembut.

“Mak cik, mak cik boleh tak jangan panggil saya anak. Saya ni bukan dan tak nak jadi anak mak cik,” tegas Zeti.

“Zeti! Kenapa kurang ajar sangat ni? Kamu sebagai orang muda patut hormat kepada Mak Lijah yang lebih tua daripada kamu,” tengking ayahnya, Datuk Mansur.

Zeti hanya tunduk ke lantai. Dia cuba untuk tidak bertengkar dengan ayahnya kerana bimbang ayahnya tidak mengizinkannya keluar malam itu.

“Kamu nak berlumba lagi ya?” tanya Datuk Mansur.

“Saya nak pergi belajar di rumah Edie. Tak kan itu pun tak boleh. Kalau ayah tak percaya, nah tengok dalam beg Zeti ni, penuh dengan buku.”

“Apa yang ayah nak, sebelum pukul 12 tengah malam nanti kamu mesti ada di rumah,” pinta ayahnya.

Tatkala mendengar ayahnya berkata begitu, Zeti terus mencapai kunci motor. Hatinya melonjak gembira kerana entah kali keberapa Datuk Mansur dapat ditipunya. Di luar kedengaran enjin motor menderu membelah kegelapan malam.

Esoknya di tapak perhimpunan, cikgu Haizan menyebut satu per satu nama Zeti dan kawan-kawannya. Anehnya, mereka sedikit pun tidak berasa malu.

Di pejabat, mereka menerima syarahan daripada pengetua. Uargh... Zeti sengaja menguap tanpa rasa takut. Dia bosan menerima syarahan yang sama berulang kali.

Sesampai sahaja di rumah, ibu bapa Zeti sudah sedia menunggu di ruang tamu. Zeti dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Belum sempat Zeti melangkah ke bilik, dilihat ayahnya bingkas bangun.

“Zeti! Kamu ke mana malam tadi hah?” tengkingan ayahnya membuatkan Zeti terkejut.

“Saya... pergi belajar.”

“Dengan ayah pun kamu nak menipu! Ayah malu dengan sikap kamu. Kenapa Zeti? Kenapa engkau buat ayah macam ni?" Air mata mula bergenang di kelopak mata ayahnya.

“Zeti, kamu tak kesiankan ayah dan mak ke? Cuba kamu berterus terang dengan mak,” pinta ibunya sayu.

“Ya, memang malam tadi saya berlumba haram. Kenapa, salah ke? Mak dan ayah harus tahu kenapa saya jadi begini. Mak dan ayah langsung tak pedulikan saya. Saya kesunyian. Kerjaya lebih penting daripada saya. Mak biarkan saya membesar dengan belaian orang tua hina ni!

Pang...! Pelempang ayah hinggap di pipi Zeti. Zeti terperanjat dengan tindakan ayahnya lalu dia berlari menuju ke biliknya.

“Maafkan kami Mak Lijah, kami gagal untuk membentuk Zeti menjadi orang yang berguna,” ujar Datin Salbiah lalu memeluk Mak Lijah.

Keesokkan paginya, Zeti mendapati ada nota di atas meja makan. Nota itu dibacanya.

Zeti,
Ayah akan kawal kebebasan kamu selama sebulan. Kamu tidak boleh keluar rumah kecuali ke sekolah. Motor kamu ayah kuncikan di garaj. Kamu belajarlah ke sekolah menaiki bas. Petang nanti abang saudara kamu akan datang dan tinggal di rumah kita. Dia akan menjadi guru tuisyen kamu selama sebulan. Harap kamu jaga tingkah laku kamu di depan dia.
Ayah.

Nota itu direnyukkan dan dibuangnya ke dalam tong sampah. Dua hari berlalu bagaikan dua tahun Zeti terkurung di rumah itu. Dia sudah jenuh mendengar nasihat dan tunjuk ajar abang Azri.

Malam itu Zeti nekad untuk mencuri kunci motor. Hajatnya tercapai apabila dia berjaya keluar rumah dengan motor kesayangannya.

Kring... Kring...

“Hello, boleh saya bercakap dengan Datuk Mansur?”

“Maaf encik, Datuk Mansur tidak ada di rumah. Ada apa hal, encik?”

“Saya dari Hospital Tawakkal. Shazeti anak datuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hatinya rosak teruk.”

“Ya Allah! Anak aku...!” Jerit Mak Lijah. Dia bergegas memberitahu Datin Salbiah, lalu mereka berdua berkejar ke hospital.

Zeti membuka kedua-dua belah matanya perlahan-lahan. Dilihatnya ibu, ayah dan abang Azri. Dia sudah berada di rumah. Menurut ibu, Zeti terlantar di katil selama sebulan.

Seminggu kemudian Zeti sudah pulih seperti sedia kala. Dengan bantuan abang Azri, Zeti sudah mula berubah. Dia sudah pandai memakai tudung.

“Mak, boleh tanya sesuatu? Di mana Mak Lijah?”

Wajah ibunya yang manis tiba-tiba berubah.

“Zeti, nampaknya sudah sampai masanya Zeti mengetahui hal yang sebenar. Mak Lijah adalah ibu kandungmu sayang. Ayahmu meninggal ketika kamu masih bayi. Mak Lijah memberikanmu kepada mak dan mak mengambilnya sebagai orang gaji,” terang ibunya, sayu

Zeti terkesima.

“Tapi, di mana dia sekarang, mak?” tersedu-sedu Zeti merayu.

“Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika pemindahan hatinya kepada kamu.”

Zeti terjelepuk. Dia menangis mengenangkan dosanya kepada Mak Lijah, ibu kandungnya.

“Sudahlah Zeti, yang pergi tetap akan pergi. Kita hanya berserah kepada Allah. Sebelum pergi Mak Lijah ada tinggalkan bungkusan ini kepada kamu,” pujuk Datin Salbiah.

Zeti membukanya, terdapat baju kurung berwarna kuning lalu Zeti menciumnya. Ada sepucuk surat di dalam bungkusan itu. Dia lalu membacanya.

Anakku,
Hanya inilah yang dapat ibu berikan kepadamu tanda kasih sayang ibu terhadapmu. Ibu maafkan segala salah silap Zeti. Ibu harap Zeti cepat berubah.
Ibumu.

Petang itu Zeti menziarahi pusara ibunya. Rupa-rupanya baju kurung pemberian ibunya akan dipakai ketika menziarahi kuburnya.

Dalam hati Zeti merintih. “Maafkan Zeti, Mak.”

Petikan: Minda Pelajar

6.22pm
4/10/2010

Sunday, 3 October 2010

IRFAN ZAHAB MA'RAD KUTUB AD-DAULI 2010




1st experience Irfan pergi ma'rad kutub di Amman, seingat bonda sebelum datang sini kami dh pernah bawa Irfan pergi PWTC Pameran Buku 2009. Tapi xbeli pun apa bahan bercetak untuk anakanda Irfan. Tapi kali ni banyak juga bahan yang agak sesuai untuk anak bonda.....price pun kira ok la.....sempat la juga bonda beli beberapa buku untuk Irfan mengisi masa di rumah.







Kami pergi bersama U.Mus bersama isterinya.....secara kebetulannya bertemu u.Akramin, isteri dan anak2 di sana. Seronok la Irfan jumpa kawan di sana.

Tapi musykil laaa...buku psychology n counselling langsung xde......org arab ni xfamiliar ngn bidang psychology ke???? ntah laaa.....

11.05am
3/10/2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...