CdiQ™

Wednesday, 23 June 2010

ANAKANDA IRFAN

Satu kegemaran Irfan pantang sangat kalau nampak 'bubu' (baby) seronok sangat la dia. Tak tau la dia kalau jumpa sepupu2 'baru' kt Malaysia xblk agak ye...asyik nk riba n kiss je kerja ye. Kebetulan kami sebelah ayahanda pun dapat baby baru n sebelah bonda pun ada. Alhmdulillah rezeki yang Allah berikan tidak ternilai harganya. Nasib baik la Irfan dapat 'adik' kat sini.....seronok la dia. Dah puas kiss n pegang2 baru nk bermain. Tapi apa nk buat adik 'bubu' Nu'ym balik Malaysia untuk shoifi ni....lepas raya la nmpak ye br jumpa balik.



Gaya anakanda bile dapat riba bubu
SALAM UKHUWWAH

Setelah beberapa bulan bonda xupdate blog. Ramai ye yang bertanya kenapa.....salam maaf dari kami disebabkan kesihatan bonda tidak mengizinkan. Tetapi selepas je sihat terus aktif dengan pelbagai aktiviti masih xsempat juga nk update blog. Alhamdulillah..... hari ini kesihatan kami sekeluarga sihat hendakNya walaupun kami baru sahaja balik dari mengerjakan umrah.

Dalam masa berlalu, anakanda Irfan dah pun masuk umur 2 tahun.....rasa ye sekejap je anak bonda dh besar depan mata. Banyak yang Irfan dh belajar....'mulut' pun dh banyak cakap. Tenang dan seronok rasanya bila dapat melihat perkembangan anakanda tersayang.



Wajah anakanda Irfan sebelum masuk 2 tahun



Wajah baru anakanda Irfan


23/6/2010
10.22am

Wednesday, 17 February 2010

Assalamualaikum...wbt.
JALAN-JALAN CARI MAKAN BUMI ANBIYA'

Edisi I
Buat pertama kalinya ingin dikongsi makanan yang kami jumpa di bumi anbiya'.....terasa menyelerakan gitu. Dulu be4 datang ke sini ayahanda cukup risau bonda tak dapat menerima makanan di sini. Teringat pula mat'am saba' di cyberjaya...kerap juga ayahanda menjamu kami di mat'am Yaman itu. 'Belajar2 makan makanan arab' ayahanda cakap. Sekali makan bonda terus 'melekat' ngn kebabnya. Memang sedap...tapi bile jumpa di sni lagi sedap...namanya syawarma (kebab)...lg original. xde campur funfries dh..

Belakang Irfan ramai tgh que nk beli syawarma
Singgah sebentar di mat'am Halawiyat......tauke cakap BEST!!!!!

Roti Canai sini....huhuhu

Sape yang berjaya habiskan satu ni...kira hebat laaa.
Leh kahwin ngn orang arab...:)..isi borang..
hehehe
Shi (tea) panas ditabur na'na'...hmm sedap!!!
Wangi gitu..
Kisahnya ust Syed n K.Pah la ni ajak kami berkenalan ngn roti canai arab...pergi la kami ramai2 termasuk family ust Anuar....wow..rs excited pun ada bila 1st time nmpak roti tu.....tapi bila dh makan tertanya2 pulak bile lah bjaya nk mghabiskan...last2 kami bungkus jugak sambung makan kt rumah. Bayangkan roti tu kami makan 3 keluarga xbjaya gak habiskan....teringat lak kt pak ngah Shidi kan Irfan ....agak2 pak ngah leh habiskan x?.....ayahanda pun setuju juga...kih3...camne gaya ye....?????? hehehe. Mashi (okey) bersua lagi untuk edisi akan datang...insyAllah. Jangan lupa...JALAN-JALAN CARI MAKAN BUMI ANBIYA'.....
17/02/10
7.55PM
Assalamualaikum....wbt.


Dua minggu lepas warga Amman menerima kedatangan ahli baru.....ust Anuar n K.Liza....bersama anak-anak seramai 4 orang...wah bertambah juga bilangan warga Malaysia di sni. Ahlan wasahlan ila ai'lah ust Anuar n k.Liza ke bumi Anbiya'. Dua hari selepas itu kami dikunjungi ai'lah dari Irbid iaitu ai'lah ust Sufian n family. Petang itu bayt Irfan dimeriahkan kunjungan staf UM semuanya....ish gamat la rasa ye....dh lama xmeriah:). Rindu pula rsye...ai'lah di Malaysia. Allah saje yang tahu....perasaan ni. Hmm....

Kunjungan staf Um ila bayt Irfan....termasuk ai'lah baru Sweileh:)

Sempat snap abi Syamil n ayahanda Irfan

17/02/10

7.03pm

Friday, 5 February 2010

Assalamualaikum....wbt.


Pada Khamis 28/1 lepas kami warga Sweileh dapat berkumpul bersama-sama di Hadiqah Al-Husayn....anjuran PPMA. Seronok la jgak apabila boleh berjumpa semua rakan-rakan setelah habis musim imtihan (exam). Kami disediakan beberapa aktiviti bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kami.


Antara aktiviti kami semua diminta berdiri dalam bulatan. Satu bekas akan bergerak mengikut muzik dan akan berhenti apabila muzik dihentikan. Yang xbest ye...untuk akhowat bonda pula yang mula sekali terkena...huhuhu. Bonda diminta mengambil satu kertas yang disediakan dan melakukan apa yang terkandung dalam arahan tersebut. 'Anda adalah salah seorang saudagar arab dan dikehendaki berniaga dalam Bahasa Arab'...kuan3. Alamak.....camne??? Nasib baik adik2 penganjur sporting...haaa ignore je. Kalau x..haa siapa yang jadi mangsa bonda...ayahanda laa....pakai talian hayat....hahahaha....Ada juga yang kena minum telur ayam tanpa masak....kuan2..itu lagi terer...hahaha


Program ini diserikan dengan kehadiran ust. Sulaiman...pengarah MSD Jordan...Aktiviti kedua kami diminta mengisi satu borang...dan mengisinya mengikut masa yang ditetapkan. Tapi setelah itu rupanya soalan2 yang banyak perlu diisi tapi berkait hal2 personal diri sendiri dan kalangan kami. Seronok juga. xtau befday..favourite apa dll. Msa ni la kita explore kan.......Kami dijamu nasi goreng, ayam percik, salad dan macam2 lagi. Semuanya...hmm sedap. Program diakhiri dengan sedikit tazkirah oleh ust Osamah.....hehehe:).

Apa la anakanda Irfan main dengan kakak Hanin ni agaknya?


Comel je gaya anak-anak Sweileh ni...

Duhai anakanda apakah gerangannya bermuram duka??
Irfan tgh pikir masalah Ummah ni...

Serius je muka k.pah kan...sejuk kot!!!! hehehe..


Friendship forever.....n ever


Khusyuk x ni dgr tazkirah al-fadhil ust Usamah ...


Keesokkan hari pula, Jumaat 29/1 kami semua mendapat jemputan makan malam mengejut dari ust syed n k.pah sekeluarga......kami akhowat datang tolong apa yang patut. Seronok la jugak rasanya mcm kenduri kt kampung je.....buat kje masak2 ramai2.......terubat rindu kt mak n ayah. Kami dijamu gulai ayam (ala kawah), daging masak kicap, ulam n sambal belacan dan buah-buahan yang segar2. Desert pun ada.........

Berseleranya kaum ikhwah ni menjamu selera....

Pakar kueh kita, Pn Marwah diapit ayman, nazirah n Anis


3 sekawan....

Pengalaman pertama dalam hidup boleh lihat snow turun depan mata.....Hari Khamis 4/2/10 hehehe.....tercatat dalam kamus fikiran bonda n family......Ya Allah best rasanya nikmat Allah tu di mana-mana je. Alhamdulillah.......Allahuakhbar...Allahukhbar.....Allahuakhbar...

Salji tepi tingkap rumah kami..


Irfan n salji....waduhhhhhhh....gigil...!!!!


Sempat bergaya di hadapan rumah

Ayahanda n anakanda tersayang
p/s: K.chik: Special untuk tatapan k.chik n fmily...tertunai permintaan kakak letak pict banyak2:)

5/2/10

6.16pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...