CdiQ™

Thursday, 6 June 2013

Anugerah Allah

Assalamualaikum wbt....

Tiada ungkapan selain dari kalimah syukur walhamdulillah pada Ilahi, diri ini selamat melahirkan seorang lagi puteri penyeri keluarga kami. Anak ketiga kami Iffah Syifa' binti Mohd Nasir...2.85kg di Mustasfa Essra' Amman, Jordan. 

Syifa' umur 3 hari


Syifa' umur 7 hari
3 penyeri kami

Sweileh, Amman
4.25pm

Jejak Ustaz

Assalamualaikum wbt....

Sekadar perkongsian....

Lumrah bila anak didik berjumpa guru lamanya. Begitulah kami...suatu hari terima panggilan telefon yang mengelarkan dirinya bernama Mahathir bekas pelajar suamiku datang ke Jordan dan bercadang untuk datang ke rumah kami.

Rupanya bekas pelajar Kolej Dar al-Hikmah tempat lama kami mengajar. Jauhnya perjalanan ilmu Mahathir ni. Semoga beliau succes dalam ilmu yang diceburi.


Diariku di Mekah & Madinah 2013

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah syukur pada Ilahi dengan IzinNya kita dapat bersua lagi. Lama betul tak update bukan apa kesihatan diri ini tidak mengizinkan. Setelah satu bulan lebih batuk dan selsema melanda diriku...macam-macam antibiotik dan ubat ditelan tapi masih belum reda. Tambah-tambah lagi berbadan dua. Alahai hanya Allah sahaja yang tahu terseksa betul rasanya. 

Buat pengetahuan semua kami sekeluarga menunaikan umrah pada kandunganku dalam 30 minggu    ( 7 1/2) bulan. Ditambah lagi rombongan ahli keluarga dari Malaysia....ibu bapaku, ibu bapa mertua, ipar-ipar dan anak buah turut serta. Perasaan seronok tak tergambar la dapat buat ibadat umrah sama-sama. 

Bertolak dengan flight Royal Jordan kami selamat tiba di Kota Madinah untuk ziarah Rasulullah s.a.w sekitarnya selama 4 hari sebelum ke Masjidilharam pada hari seterusnya.

Pada hari kedua di sana tiba diriku bleeding.....berdebar-debar, risaukan kandunganku. Kebetulan ada student Malaysia yang kami kenal belajar di sana boleh hantarkan kami ke hospital. Semua ahli keluargaku panik, mak mertuaku cadangkan suami dan makku yang ikut sekali. Kami pergi ke Hospital Kementerian Kesihatan Madinah tapi tidak diterima jika pesakit nisa' (perempuan). Rupanya disana ada hospital khusus untuk nisa' sahaja. Apa lagi kami diminta naik ambulans....pengalaman pertamaku naik ambulan. Kulihat wajah emakku, sempat lagi mak pesan selawat banyak-banyak. 

Tiba di Hospital Uhud, kami terus ke bahagian emergency......doktor cadangkan aku masuk wad. Airmata dah tak tertahan-tahan lagi memikirkan apa akan jadi pada diriku dan kandunganku. Suami dan emakku banyak beri kekuatan. Bila wadded aku terus dimasukkan bahagian bersalin, tunggu punya tunggu doktor check, scan...macam tak ada yang perlu dirisaukan. Lepas 3 jam aku dihantar ke wad biasa pula. Kebetulan mata aku memerah sehari sebelum datang umrah...itu pun aku tak sure kenapa.....suamiku pesan apa-apa keputusan doktor pun kita redha aja. Jangan risaukan kos ke apa sebab semua ditanggung oleh pihak hospital dengan alasan kami datang dengan tiket umrah. 

Setelah 1 malam di wad aku minta untuk pulang doktor pun cakap diriku tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Mungkin badan keletihan untuk beberapa hari ini. Suami tak dibenarkan masuk, memikirkan anak-anak di hotel walau ada ramai boleh tengokkan tapi rasa risau tu tetap ada. Bila doktor benarkan aku pulang ke hotel perasaan syukur ......alhamdulillah.

Terkilan juga seterusnya tak dapat tunaikan ibadat umrah bersama yang lain. Suamiku minta diri ini berehat di hotel. Sebelum hari bertolak balik aku gagahkan juga diri pergi ke masjid masjidilharan. Syukur tidak terkata rasanya. Dalam hati banyak kali aku berdoa moga-moga diizinkan lagi menjadi tetamu rumah Allah yang menjadi tumpuan orang Islam serata dunia. InshaAllah....

Antara kenangan kami sekeluarga di sana.

Bersama ahli keluarga tercinta

sekitar masjid nabawi


Anak-anak bersama toki dan nenek

kenangan bersama


Airport Jeddah

kenangan bersama besan
Ini semua kenangan yang bermakna buat kami sekeluarga walaupun diri ini tidak dapat menunaikan ibadat umrah tetapi masa bersama dapat dimanfaat sepenuhnya. Syukur walhamdulillah.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...