TERKESAN
Dua hari lepas bonda terbaca artikel akhbar online.....seorang kanak-kanak 3 tahun mati didera. Alahai sayunya dalam hati siapa yang kejam memukul kanak-kanak kecil, masih tidak tahu erti apa2. Sedih pula rasanya. Teringat anakanda Irfan agaknya kanak-kanak meninggal tu sebaya Irfan. Apakan daya kanak-kanak membesar hari ini tegur esok buat lagi. Memang begitu lumrah kanak-kanak.
Menurut berita tersebut bukan orang lain yang terlibat kemungkinan ibu tiri kanak-kanak tersebut. Andaian bonda kenapa agaknya ibu tiri itu melayan kanak-kanak demikian sebegitu...benci ke? meluat ke? ish2....terlibat juga adik mangsa yang berumur 1 tahun. Masih di hospital juga doktor mendapati banyak kesan2 lebam di badan dan demam. Terlintas difikiran....kalau Irfan demam bonda juga rasa berdebar2. Kesian sangat rasanya bila anakanda sakit. Jenis apa ibu tiri .......sanggup melayan kanak=kanak kecil demikian. Moga Allah memberi pembalasan yang setimpal atas perbuatannya.
9.31am